Monday, January 28, 2013

Berebut calon menghantui umno Terengganu



Soal siapakah yang akan bertanding di DUN Telemung menjadi semakin kalut. Demikian di DUN Ajil Milik Datuk Rasul Wahid.

Penulis ada dengar perkataan “langkah mayat aku dulu” menjadi buah mulut kebanyakan penyokong Datuk Rasul Wahid. Manakala orang Datuk Seri Ahmad said mahu calon lain bertanding di DUN Ajil PRU 13 nanti.

Demikian desas desus yang bertiup kencang dua minggu ini. Apa pun Datuk Tengku Putera Awang menuntut kerusi tersebut kerana kerusi Dun Telemung hanya dipinjam kepada Cik Gu Rozi pada PRU 12 lepas.

Sekarang Tengku Putera Awang dikatakan akan mengambil balik kerusi DUN itu PRU 13 nanti miskipun enggan diserahkan oleh Cik Gu Rozi PRU 13 ini.

Dikatakan antara mereka sama keras. Tengku tetap berkeras untuk mengambil balik semula kerusi yang dipinjamkan itu. Manakala Cik gu Rozi tetap enggan serah balik dan mahu bertanding juga.

Setakat hari ini kedua dua DUN berkenaan masih belum selesai ssiapakah calonnya.

Ahmad Said pengerusi perhubungan umno Terengganu dikatakan akan meletakkan Tengku Putera Awang , kerana  Yang di pertua dewan undangan negeri Terengganu antara orang yang serasi dengannya.

Bising dan soseh soseh pasal calon kedua dua DUN tersebut belum reda, malahan berlaku krisis yang berlanjutan dek Rozi dan Tengku putera tetap berkeras satu sama lain. 

Rasul Wahid tidak akan berganjak dengan pendirianya yang “aku tetap mahu bertanding lagi”.dan “aku tidak akan menyerah kalah”

Alasan yang diberikan PRU 10 kebanyakan calon lain termasuk menteri besar Tan Sri  Wan Mukhtar Ahmad kalah di Dun Cukai, akan tetapi dia (Rasul Wahid) masih menang dan menjadi calon mencipta rekod yang tidak pernah kalah setakat ini.


Thursday, January 24, 2013

Jelas dan nyata umno pengkhianat


Memang sah umno adalah pengkhianat kepada bangsa, agama dan Negara. Buktinya telah didedahkan Tun Dr Mahathir Muhamad ketika bercakap di Permantang Pauh Pulau Pinang.

Tun Dr Mahathir Mohammad membuat pengakuan itu, mengatakan Melayu berkorban dan banyak menyerahkan hak melayu demi perpaduan dan keharmonian.

Perkara ini juga pernah disebut Tengku Razaliegh Hamzah lama dahulu bahawa umno adalah pengkhianat.Lebal umno pengkhianat sangat tidak disenangi pucuk kepimpinan seluruh Negara.

Mengapa tidak. Tidak ada seorang manusia yang hidup diatas muka bumi ini yang sanggup menerima label seumpama itu, miskipun mereka adalah seorang pengkhianat.

Persoalan yang timbul sekarang seolah olah semua orang Melayu terbabit dengan usaha umno mengkhianati bangsa , agama dan Negara.

Yang peliknya mereka yang terbabit tak rasa berdosa dan bersalah setelah diberi amanah dan pengkhianati amanah.

Penulis tidak setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan Melayu banyak serah haknya kepada orang asing membabit semua melayu.

Sangat tidak wajar semua Melayu terbabit dengan pengkhinatan yang dilakukan umno sepanjang memerintah Negara ini.

Kerana  melayu terbagai kepada dua golongan. Satu yang jadi ahli dan penyokong umno satu golongan. Manakala Melayu ahli  dan penyokong PAS satu golongan yang  mustahil terbabit dengan kerja jahat itu.

Kejahatan itu  membuat rakyat melayu terpinggir dan hilang segala galanya dan pemimpin Negara jadi kayaraya kumpul harta, Macam Tun Dr Mahathir yang dikatakan memiliki harta sejumlah RM 146 bilion sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu.



Sunday, January 20, 2013

Pengundi citarasa penentu kalah/menang BN dan PR




Penulis sungguh tertarik dengan ramalan beberapa orang penganalisa politik tanah Air  yang mengatakan umno/BN menang tipis PRU 13 nanti.

Sesetengah mengatakan  parti Pakatan rakyat yang akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 yang dikatakan akan diadakan pada 23 mac 2013.

 Barisan Nasional (BN) yakin dan percaya partinya boleh menang mudah berdasarkan pengundi citarasa masih memihak pada kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun ini.

Pucuk kepimpinan BN yakin dan percaya atas sebab penungi citarasa disamping pengundi rasional yang yang walaupun sudah berbelah bahagi sokongannya, tetapi masih ada harapan untuk menang dan memerintah.

BN yakin dan percaya  bantuan RM500 kepada isu rumah, RM 250 kepada orang bujang dan RM 100 kepada semua pelajar seluruh Negara yang sudah pun dibayar mula sekarang dapat meraih undi untuk menang.

Sesetengah mengatakan DAPlah yang mendapat untung dalam PRU 13 nanti.Penulis boleh setuju, kerana orang china walaupun mereka ada dalam MCA dan parti GERAKN, tetapi mereka PRU 13 nanti solid untuk DAP disamping undi Melayu di parlimen parlimen yang  ia bertanding.

Itulah politik orang China. Berbeza dengan politik orang Melayu, kerana orang melayu jumlahnya ramai yang menjadi pengundi citarasa berbanding pengundi rasional.

Pengundi citarasa (melayu) tidak pernah kisah nasib bangsa mereka. Hal ini dapat kita lihat betapa pucuk kepimpinan Melayu  umno yang dasar asalnya membela bangsa, agama dan Negara sudah lama dikhianati.

Apatah lagi pengundi citasa (melayu) yang pernah ambil kisah langsung siapakah yang memerintah asalkan mereka dapat apa mereka hajati dari pihak pemerintah.

Atas sebab itulah UMNO/BN tidak pernah bimbang dan takut dengan perkembangan politik termasuk himpunan kebangkitan rakyat  yang diadakan PR di Stadium Merdeka baru baru ini.

Pada hemat penulis, PAS akanm,enjadi mangsa, kerana sokongan pengundi  rasional sudah berbelah bahagi atas banyak sebab, termasuk isu  sensiitif “salahfaham” boleh dan tak boleh, termasuk isu pengggunaan kalimah Allah.

Salahfaham ini berlarutan dek pendapat umum yang dinyatakan oleh Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mengatakan tiada halangan penggunaan kalimah Allah pada orang kafir.,tanpa melihat tuntutan “khususiah” Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu yang akan diterjemahkan khusus untuk orang Melayu.

Mujur Syura ulama PAS faham bahawa kalimah Allah akan disalahgunakan dalam penerbitan Bible versi bahasa Melayu tersebut, lantas membuat ketetapan dan memutusan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bercanggah dan salah, kerana bible bukan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa. A.S.

Penulis percaya antara pemimpin PAS salah faham antara “penggunaan” dan “sebutan” sepertimana yang dinyatakan oleh presiden PAS berdalilkan ayat Allah ayat 64 surah Ali- Imran.





Monday, January 14, 2013

Bagaimana pula god diterjemah Allah





Harus jika bible itu kitab asli sepertimana hujah Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berdasarkan nas ayat 64 surah Al Imran.

Apakah bible perjanjian baru yang hendak tarjemah kedalam bahasa Melayu itu asli tidak diselewengkan.
Kalau bible itu asli dan tidak diseleweangkan harus dalam kelimah "Allah" masih kekal, bukan "god" ,sedang
Allah tetap Allah bukan god dan god tetap god, tuhan bukan Allah.

Seperkara lagi bagaimana mungkin orang yang kufur dengan Allah mahu menggunakan kalimah Allah.
Mustahil. Oleh itu tujuan mahukan nama Allah pada penerbitan bible versi bahasa Melayu pasti ada niat jahat untuk mengelirukan orang Melayu.

Mengapa perlu bible diterjemahkan kedalam bahasa melayu? Tidak dinafikan sudah banyak Melayu yang masuk kristian. Dan ada lojiknya bible diterjemahkan.

Apakah akan jadi apabila GOD diterjemah ke bahasa melayu ALLAH, sedangkan Allah itu Allah yang maha Esa dan god adalah tuhan tuhan selain Allah.

Sangat tidak tepat jika god diterjemah Allah dan suatu penyelewengan yang tidak boleh dimaafkan. Mereka ada tujuan dan berniat jahat sudah tentu akan berbuat demikian.

Apabila dalam bible perjanjian baru sudah ada kalimah Allah sudah tentu boleh mengelirukan. Mungkin anak cucu kita nanti akan berkata kristian adalah agama Allah yang sama dengan agama Islam.

Hal sudahy berlaku. Orang orang Islam leberal sudah pun mengatakan agama sama saja, sedangkan barangsiapa menyamakan agama lain sama dengan agama islam automatik jadi kafir. Ada ulama mengatakan mereka jadi kafir mutlak. 



Tuesday, January 8, 2013

Betulkah amanat hadi bercanggah dengan ajaran Islam




Penulis boleh setuju dengan majlis fatwa kebangsaan Negara ini bahawa “amanat hadi” bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengapa penulis boleh setuju dengan majlis fatwa kebangsaan Negara ini. Kerana Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presiden PAS yang jelas dan nyata bukan satu puak dengan pihak kerajaan yang memerintah.

Puak pemerintah punya fahaman yang berbeza dengan puak PAS yang jelas dan nyata mahu melaksanakan undang undang Islam di Negara ini. Manakala puak pemerintah sedia ada tidak mahu melaksanakan syariah Allah.

Atas sebab itulah mereka berbeza, tetapi kita kena ingat Islam tetap Islam sepertimana yang diajar Rasulullah SAW. Ia bukan fikiran manusia, baik pasal batas batas iman dan kufur seseorang yang menganuti agama Islam.

Perkara ini dinyata dan dijelaskan olej Allah dalam Al Quran yang bermaksud: Pagi Islam, petang kafir dan petang Islam pagi kafir.

Mengapa boleh jadi demikian. Pasti ada sebab musababnya. Ini telah dijelaskan dalam banyak hadis, termasuk hadis yang terkandung dalam kitab MASTIKA hadis terbitan Jabatan perdana menteri.

Persoalan yang timbul mengapa Allah menyatakan demikian. Ini tidak lain dan tidak bukan bahawa manusia yang diciptaNya ada yang menjadi kafir waktu pagi dan menjadi islam  waktu petang dan menjadi islam waktu pagi dan menjadi kafir waktu petang.

Ini bererti batas batas iman dan kufur boleh berlaku secara automatik pada manusia yang bernama umat Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai  umatku.umatku, umatku.

Umatku ini dinyata dan dijelaskan oleh Rasulullah SAW terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima keisalamannya iaitu yang ikutNya.

Bermakna 72 puak lagi ditolak keislamannya atas sebab enggan melaksanakan segala perintah dan larangan yang disebut oleh para ulamak sebagai “zalim”. Apatah lagi mereka yang mengamalkan politik suku, agama suku sepertimana dinayatakan Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 1981 dulu.