Tuesday, April 30, 2013

Pakatan menang PTPTN hapus



Apakah perasaan anda apabila tengok perkataan pakatan rakyat menang PTPTN hapus. Sudah tentu ada yang rasa lega tetapi tak kurang juga yang tak boleh percaya.

Ibu Bapa yang anak anak mereka  melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA dan IPTS meminjam PTPTN pasti lega, kerana dapat ringankan satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

Cuba bayangkan mereka yang selama ini terbeban dengan pinjaman yang kena tanggung akan dihapuskan bayaranya. Lebih lebih lagi bagi mereka yang belum dapat kerja, tetap dan kena bayar pinjaman PTPTN sekarang ini.

Jika tak bayar balik pinjaman,mereka telah diberi surat akan kenakan tindakan undang undang ke mahkamah dan didakwa.

 Sekarang  ini seramai 80 ribu lepas IPTA menanggung beban kerana terpaksa bayar balik pinjaman miskipun belum dapat kerja.

Jadi, apabila ada tawaran  pakatan rakyat menang PTPTN di hapus dan pendidikan di Negara ini adalah pendidikan percuma sepertimana janji manifesto Jingga.

Profesor Di Raja Engku Aziz pernah berkata, Cuma RM 8 bilion setahun untuk membiayai pendidikan percuma satu satu tahun.

Jika RM 8 bilion satu tahun, bermakna 4 tahun baru RM 32 bilion berbanding Najib habiskan duit rakyat dikatakan sejumlah RM 58 bilion untuk pertahankan umno/BN PRU 13.

Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos beli undi yang dilakukan Datuk Najib Razak sejumlah RM 58 bilion sepanjang dia jadi perdana menteri.

Jika beli undi boleh dilakukan dengan seweng wenangnya, masakan  jadi beban RM 8 bilion untuk melabur dalam bidang eset Negara.(modal insan)

Kalau untuk menang piliharaya umum ke 13 kerajaan sanggup menghabiskan wang sejumlah RM 58 bilion masakan untuk pendidikan Negara tak boleh.

Mana lebih utama membeli undi atau menghabiskan wang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.



Sunday, April 28, 2013

Pakatan Rakyat ulangi PRU 2008


Penulis tidak tahu mengapa pakatan rakyat telah membariskan calon macam Osman Jailu punca Perak telah menang dan memerintah jatuh semula apabila tiga ADUNnya lompat dan lati.

Pada PRU 13 ini PAS telah memilih Dato’ Fauzi Shaari bertanding Parlimen Lurut, manakala Parti Keadilan rakyat memilih Mej (B) Ir Haji Ahmad Mazlan bin Othman bertanding DUN Lintang,Mej (B) Abdullah Hassan DUN 
pengkalan Hulu, laksmana (B) Imran Abdul Hadi DUN Lumut dan Brigader Jenaral (B) Hadi Abdul Khattab DUN Behrang.

Tajuk tulisan penulis diatas maknanya Pakatan rakyat boleh menang mudah dan memerintah semula pada PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei 2013 iaitu pada hari Ahad.

Kedua, tidak mustahil akan ada ADUN yang lompat parti sepertimana yang pernah dilakukan oleh Kapt (B) Osman Jailu punca Kerajaan Perak yang di perintah Pakatan rakyat tumbang.

PRU 13 PAS meletakan Dato’ Fauzi parleman Larut yang dikatakan seorang pegawai kanan Polis yang kuat agama, malahan beliau pernah jadi Imam solat jumaat.

Parti Keadilan rakyat meletakan dan memberi kepercayaan dua Meja (B) seorang laksmana dan seorang Brigader Jenaral (B).

Sebelum ini penulis pernah mempertikaikan kemasukan mereka ini dalam PAS dan Parti Keadilan rakyat, tetapi ditentang hebat dan ada yang mengatakan, jangan “buruk sangka” kerana Islam melarang sangkaan.

Sesetengah ada yang memesan agar bersangka baik kepada mereka. Pada penulis baik sangka pada manusia juga dilarang, kerana islam larang dengan sangkaan, kecuali kepada Islam, Allah dan Rasulullah SAW.

Penulis tidak buruk sangka pada mereka ini, tetapi mengingatkan puncuk kepimpinan PAS dan PKR kerana sejarah telah membuktikan dan tidak dapat dinafikan.

Pada hemat penulis ingat mengingat satu sama lain wajar. Lebih lebih lagi zaman jahiliah moden ini terlalu ramai dajal, malahan “hakjuj makjuj” memainkan peranan untuk merosakan penghuni bumi Allah ini jelas terbukti.





Wednesday, April 24, 2013

Tumbangkah BN pada PRU 13 ini


Pakatan begitu yakin boleh dan memerintah Malaysia pada PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 (Ahad) depan

Barisan nasional tetap yakin dapat mempertahankan kerajaan yang diperintah lebih 50 tahun ini dengan majoriti lebih 2/3.

PRU 12 (2008) Barisan nasional walaupun menang tetapi  dinafikan 2/3 parlimen iaitu kurang 8 kerusi dari 140 yang diraih.

Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yakin rakyat akan beri undi kepada BN lebih besar berbanding PRU 12.

Alasannya, BRIM RM 500 yang diberi kepada isi rumah seramai 4.2 juta kepala serta janji BRIM yang akan dinaikan pada angka RM 1,200 bermula tahun 2014.

 Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat memberi undi pakatan rakyat, atas alasan janji pendidikan percuma, turun harga minyak petrol dan hapus TOL.

Janji BN janji yang sebahagiannya sudah jadi realitinya, manakala janji pakatan belum dapat dirasai oleh rakyat dan diserang bertubi kali.

Janji Bn dan janji pakatan rakyat telah dijual kepada rakyat jelata menerusi manifesto masing masing agar dbeli tanpa sebarang keraguan.

Persoalan yang timbul sekarang 63.06 peratus rakyat Negara ini masih yakin dengan BN dan membeli produk yang dijualnya pada PRU 12.

Bermakna 36.93 peratus rakyat jelata percaya dengan pakatan rakyat dan membeli produk yang dijualnya punca lima negeri jatuh pada PRU 12 lepas.

Kini pakatan rakyat menyatakan 45 peratus sokongan rakyat jelata pada pakatan rakyat. Bermakna naik 8 peratus berbanding PRU 12.

Jika betul apa yang dinyatakan itu, bermakna sokongan terhadap BN turun dan tinggal 55 peratus yang masih boleh menang tetapi tipis.

Justeru iyu, harapan Pakatan rakyat untuk tawan Putrajaya masih samar samar. Kecuali sokongan rakyat dapat di naikkan 5 peratus lagi jadi 50 peratus sepanjang kempen 21 April hingga 4 Mei Jam 12 Malam.

Nisbah 50-50 baru boleh memberi jaminan kepada pakatan rakyat untuk menduduki putrajaya dan sah BN dapat ditumbangkan.



Friday, April 19, 2013

Umno nafi edar video seks?



Penulis boleh terima alasan bahawa umno tidak terbabit dengan edaran video seks setiausaha gung PAS Mustafa Ali.

Mengapa? Kerana dari segi bahasa umno adalah parti yang jelas tidak boleh buat macam apa yang diperlakukan oleh manusia.

Oleh itu, sangat wajar Umno hari menghantar surat tuntutan kepada Harakahdailymenuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwaHarakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajukMustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

Betul sungguh itu bukan kerja umno, tetapi ia adalah kerja orang umno sepertimana yang diperlakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sahabatnya, termasuk ditahan dibawah Akta ISA.

Kita masih belum lupa video seks mengenai Anwar Ibrahim tidak lama dahulu itu adalah kerja orang umno tetapi bukan kerja umno (parti) yang tidak ada kaki dan tangan tetapi ada kakitangan yang buat kerja jahat untuk menjatuhkan Anwar.

Kali ini kerja jahat itu dilakukan untuk jatuhkan Datuk Mustafa Ali dan parti PAS agar reputasi parti yang memperjaungkan islam tercemar.

Rakyat Malaysia percayai umno tetap terbabit dengan pengedaran video ssks yang kononnya ada kaitan dengan Mustafa Ali, kerana sejarah telah membuktikan apa apa yang diperlakukan keatas Anwar tiada kes yang boleh dibuktikan oleh mahkamah."
 

Saturday, April 13, 2013

Takut yang amat sangat



Penulis berani mengatakan Tun Mahathir amat takut apabila Pakatan rakyat menang PRU 13 ini.Hatta Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga.Pendek kata semua penyokong rasional umno takut BN  kalah.

Sememang orang orang umno seartus peratus takut dan bimbang dengan peralihan kuasa.Hilang kuasa bermakna hilang segala galanya, termasuk tak dapat kumpul harta yang jadi matlamat politik mereka.

Cuba anda bayangkan jika  selama ini mereka hidup senanglenang dapat kumpul harta tiba tiba kerajaan bertukar tangan dan kuasa duduk pada orang lain pasti habislah peluang untuk mengumpul harta. Siapa tak takut.

Ini pada orang Melayu, lain pula pada orang China. BN memang orang china dapat untung, kerana kerajaan selama lamanya telah utamakan China berbanding Melayu yang semakin hari semakin papa kedana.

Pakatan Rakyat menang orang China berbahagia, kerana dari segi demokrasi siapa yang dapat kerusi lebih banyak dialah yang jadi ketua sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, Parti Keadilan dan PAS jadi alat dan mangsa.

Usah Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor turut jadi mangsa, termasuk tidak boleh melaksanakan peraturan Islam yang telah digubal. Contohnya peraturan genda perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki yang berjalan hampir 20 tahun itu telah ditarik balik.

Demikian juga mengenai penjualan arak di kawasan penduduk Melayu juga mendapat tentangan hebat dengan alasan peraturan itu seolah olah telah menutup reseki orang China, pada penulis Bn menang china untung dan pakaran menang china bahagia.

Oleh itu, apabila kerajaan bertukar tangan habislah peluang dan rung para pemimpin umno, terutama peluang untuk mengumpul  harta yang sekian lama dijadikan matlamatnya. Mengapa?  kerana orang lain pulak yang dapat peluang dan ruang itu.

Inilah amalam yang dilakukan oleh umno/BN sepanjang menjadi kerajaan. Orang lain tidak ada harapan untuk hidup senang lenang dan kayaraya.

Orang kalau jadi kakitangan kerajaan pun mustahil dapat naik pangkat dengan mudah jika tidak sokong umno, lainlah jika orang china.Orang China tak kira kamu parti apa akan diberi layanan yang cukup istimewa.

 Demikian juga yang duduk di  universiti. jangan diharap untuk jadi naik cesonler kalau tak sokong umno.Untuk dapat Profesor pun jauh sekali. Mereka akan kekal dengan gelarang Profesor madya sampai pencen.

Di sekolah pun begitu. Jangan diharap akan dilantik sebagai  pengetua jika tak sokong umno. Inilah yang menakutkan orang yang sokong umno.

Anwar ketika jadi menteri pendidikan dulu pun begitu. Pedek kata habis orang orangnya naik pangkat dalam kementerian tersebut.

Inilah yang membuat orang orang rasional umno turut takut. Usah orang macam Datuk kadir jasin, malah Tun Mahathir pun turut merasai ketakutan itu jika pakatan rakyat jadi kerajaan, sebab itu Najib melakukan tranformasi ekonomi konon, BRIM yang jelas dan nyata membeli undi agar BN menang lagi PRU 13 ini.



Wednesday, April 10, 2013

Macam mana boleh begini ini



Penulis dimaklumkan ada lagi permasalahan yang masih belum selesai dalam pakatan rakyat, sedangkan pilihanraya umum ke 13 akan pada 5 Mei 2013.

Jika benar ada beberapa permasalahan yang belum selesai beterusan juga dalam menghadapi PRU 13 sudah tentu untuk menang menjejak kaki putrjaya gagal

Permasalahan yang dimaklumkan itu tidak lain tidak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Tan Sri Khalid Ibrahimnya. Azmin Ali dengan Azmin Alinya. Kahalid Samad dengan kalah khlida Samadnya.

Masing masing ada perancangan tersendiri. Maklum sahaja di Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang punya kuasa untuk menentukan calon, manakala Azmin Ali pula nak tunjuk kuasanya kerana beliau adalah Tilmbalan presiden Parti Keadilan rakyat.

Yang penulis hairan apa pula dengan Khalid Samad membuat Dr Mohd Rani pesuruhjaya Pas Selangor pening kepala dan risau dibuatnya.

Mustahil tak setuju dengan PAS Pusat melantik  Dr Mohd Rani sebagai pesuruhjaya PAS Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang di pecat itu.

Atau ada yang tak kena dilakukan oleh Dr Mohd Rani sepanjang menjadi pesuruhjaya Pas Selangor saehingga membuat Khalid Samad bertindak menzahirkan sikap “kekitaan” yang disebut Khalid samad dengan khalid Samadnya.

Bermakna aku lebih baik atau aku lebih lama dalam PAS berbanding dengan Dr Mohd Rani merupakan orang baru dalam PAS sudah diberi kepercayaan untuk megepalai Pas Selangor.

Setahu penulis PAS tidak pernah mengambil kira sama mada kamu lama dalam pas atau baru. Demikian juga soal calon, miskipun dalam perlembagaan dinyatakan seseorang calon sekurang kurang istiqamah  dengan parti selama lima tahun.

Akan tetapi harini, macam Fauzi Shaari yang baru sahaja menyertai PAS sudah diberi bertanding sebagai calon parlimen P 056 Larut Perak.

Sepatutnya PAS kena awasi dan berhati hati. Jangan ikut macam parti Keadilan rakyat yang meletakan KPT (B)Osman Jailu yang lompat parti punca kerajaan Perak dirampas semula BN pada PRU 12 lalu.

Kini nampaknya parti keadilan rakyat telah mengulangi kes sama iaitu meletakkan Laksamana pertama (B) Imran Abdul Hamid bertanding di parlimen Larut, Perak (P074) dan Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab bertanding di parlimen Tanjong Malim yang dikatakan belum diumumkan lagi.

Penulis barani mengatakan bahawa parti Keadilan rakyat tidak mengambil pengajaran dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Sepatutnya awasilah dan jadikanlah pengajaran dengan apa apa yang telah berlaku.  

PAS juga harus mengawasi. Jangan pakai serah bulat bulat pada takdir, sedangkan sudah banyak kali telah dipatuk ular dalam satu lubang.

Jangan sekali kali ukur dahulu tak betul sekarang ini Nampak sudah betul semula sepertimana suatu masa dahulu pernah tertipu dengan spesies Tun Mahathir yang serang Tun Abdullah dan berkata, Alhamdulillah Tun Mahatir sudah sedar dan insaf

Terbaru Subky Latif telah menilai Zaid Ibrahim yang dahulu tak betul tetapi sekarang sudah betul semula tanpa buat kajian terlebih dahulu sepertimana yang diperintah oleh Allah jika kamu menerima berita dari orang munafik selidik dahulu.

Sunday, April 7, 2013

Anwar tidak selamat bertanding di Selangor


Biar pun Profesor Negara, Profesor ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata Anwar boleh menang ke dua dua kerusi DUN dan parlimen jika bertanding di Selangor pada PRU 13 ini.

Akan  tetapi Jika benar begitu pada penulis Anwar akan kecundang pada PRU 13 nanti kerana Selangor merupakan negeri yang paling besar kosnya untuk umno/BN merampas semula dengan pelbagai janji yang dibuat oleh Perdana menteri.

Pertama, faktor kemasukan pengundi baru ke Selangor yang dikatakan angkanya ratusan ribu orang sepertimana pernah dinyatakan oleh parti Keadilan rakyat tidak lama dulu itu sudah tentu Anwar tidak selamat bertanding di negeri yang di perintah Pakatan rakyat.

Silap hari bulan Selangor juga akan jatuh ke tangan umno/BN semula PRU 13 ini atas faktor kedua, iaitu umno/BN membelanjakan wang sejumlah RM 4 bilion disamping berjaya membeli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM).

Mengapa penulis berkata demikian? Pengundi baru yang dibawa masuk ke negeri Selangor solid undi umno/BN. Manakala 50 peratus daripada 60 peratus pengundi akar umbi penentu kalah menang parti parti yang bertanding pada PRU 13 nanti akan menolak PR.

Berita terbaharu presiden Parti Keadilan rakyat dikatakan akan bertanding di DUN Selangor.Jika benar Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diletakkan bertanding di Dun Selangor Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding Di Perak jika tak bertanding di Permatang Pauh parlimen asalnya.

Anwar boleh selamat jika bertanding di Perak. Lebih lebih lagi parlimen Ipoh Timor yang akan ditinggalkan oleh Lim Kit Siang akan bertanding Di parlimen Galang Patah Johor merupakan parlimen selamat.

Tidak mustahil Perak akan dirampas semula oleh Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti disamping Negeri Sembilan yang ditadbir oleh kerajaan semantara dan dikatakan turut jatuh, kerana DAP sudah menang 10 kerusi, parti keadilan rakyat 3 kerusi dan PAS 2 kerusi DUN pada PRU 12 lepas.

Anwar sah bertanding di Permatang Pauh.