Friday, February 29, 2008

Kalau kita biarkan umno/BN memerintah, negera ini akan bangkrap


Semasa berkempen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak berpakat menghukum parti pembangkang dengan berkata: “jika pembangkang memerintah negeri ini akan “hancur”.

Ini mengambarkan parti lain selain daripada parti umno/BN tidak mampu memerintah. Jika diberi mandate memerintah Negara Malaysia yang aman, maju dan makmur konon akan hancur.

Bukan setakat itu sahaja kedua-dua orang ketua Negara itu berkata. Malah dia turut berkata: “jika harga minyak di turunkan sudah pasti rakyat akan “sengsara” dan Negara akan “bangkrap”.

Itulah hukuman yang dijatuhkan tanpa menyedari yang rakyat malsysia sekarang ini hidup sengara dan Negara hanya tunggu masa sahaja untuk jadi “bangkrap”. Bukan setakat Negara akan jadi bangkrap, malah akan “tergadai”.

Negeri Johor hamper separuh sudah dijaul kepada Singapura,. Wilayah pembangunan Iskandar (wpi) yang sedang dalam proses untuk dijual kepada Singapura, Thailand. Korea dan China.

Kita hanya tunggu masa sahaja untuk melihat nagara ini “tergadai” jika umno/BN diberi mandate memerintah dalam musim pilihanraya umum ke 12 ini. Percayalah. Kerana kesemua pemimpin yang ada sekarang ini mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya.

Bukan setakat itu sahaja mereka sedang mengujudkan “dinasti” dan mengumpulkan seberapa banyak yang boleh tanpa menyedari rakyat “sengsara” Negara akan “bangkrap”.

Seperkara lagi yang menyedihkan kita yang kedua ketua Negara ini sering berkata: “UMNO membela Malayu” tanpa menyedari segala tindak tanduknya kelihatan dengan jelas bahawa umno “pengkhianat” orang Melayu.

Mana tidaknya? Orang Melayu semakin hari semakin “susah” hidup kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Yang kayaraya hanya para pemimpin. Mereka bukan sahaja kayaraya, malah terlalu “rakus” mengaut keuntungan diri setelah diberi kuasa.

Jadi jika kita beri mandate kepada umno/BN berkuasa semula dalam musim pilihanraya umum ke 12 ini bermakna kita setuju Negara jandi bangkrap. Kita setuju rakyat sengsara kita setuju Negara tergadai.

Wednesday, February 27, 2008

mengundi ada dosa dan pahala

Jangan ingat mengundi dalam sesuatu pilihanraya umum atau kecil tidak ditanya oleh Allah subha nahu wataala nanti. bermkana kalau sekiranya kita salah pilih maka berdosalah. Jika betul pilihanraya kita maka dapat pahalalah kita.

Kita kena ingat. dosa mengundi bukan dosa kecil. Tapi ianya adalah dosa besar. Jika dosa besar, hukumnya masuk neraka selepas mati nanti dan dunia ini salah buat boleh jadi "kafir". Sebab itu kita yang mengaku Islam kena ingat.

Ingat bahawa mengundi ini ada dosa dan pahala yang alangkah baiknya jika kita undi parti yang diredhai oleh Allah. Dapat pahala yang menjanjikan kita masuk syurga selepas mati nanti. Itulah adalah janji Allah Subha nahu wataala.

Jangan jadi macam orang kafir tidak ada pahala dan dosa. Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Tapi kita orang yang mengaku Islam ada dosa dan pahala selepas mati nanti akan ditanya segala kegiatan semasa hidup didunia. Akhirat akan jadi penentu kemana akan perginya kita.

Di manakah tempat yang akan ditempatkan oleh Allah subha nahu wataala? Ke neraka atau ke syurga. Jangan ingat kita akan dilepaskan sepertimana janji Allah terhadap haiwan (orang utan) dia tidak ditanya. Tapi kita manusia.Lebih-lebih lagi mengaku beragama Islam.

Alangkah malangnya kita jika kita undi umno yang jelas menolak undang-undang Islam dijadikan undang-undang negara, sedang Allah subha nahu wataala telah menyatakan sesiapa yang tolak hukum hakam Allah mereka adalah "kafir", "zalim" dan "fasik".

Ingat undi umno/BN dosa besar. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mufti kerajaan perlis dalam satu kenyataan media (sinaran harian) berkata: "mengundi ada dosa dan pahala." oleh itu apa yang pernah disebut oleh orang pas berkaitan dengan dosa undi umno/BN itu bukan rekaan, tetapi ianya suatu realiti yang jelkas telah ditetapkan oleh Allah agar segala apa yang dilakukan oleh orang Islam yang mengaku beriman itu tidak sia-sia.

Ingat dosa dan pahala. Jangan jadi macam orang umno hidup dengan budaya "melentang patah" sehingga boleh buat apa sahaja yang diharamkan oleh Allah. "Rasuah" jadi budaya hidup mereka. "Minum arak" minuman harian mereka, "judi" adalah hobi mereka. "Zina" semacam halal bagi mereka (tak kira siapa). pendek kata mereka tidak pernah ambil kira halal dan haram dan dosa dan pahala.hiup macam orang kafir.

Apabila diberi mandat memerintah negara mereka salahgunakuasa, menyeleweng, tidak amanah. Bukan setakat itu sahaja, mereka tipu rakyat dengan segala bentuk penipuan, termasuk yang bergelar ulama' sanggup tipu rakyat berbohong kepada rakyat dengan katanya jika harga minyak diturun rakyat "sengsara" dan negara akan jadi "bangkrap".

Mereka tidak sedar kerajaan yang diperintah hanya tunggu masa untuk muflis dan rakyat sedang sengsara akan merana buat selama-lamanya kerana wang negara dibazirkan denagn sewenang-wenangnya.

Tuesday, February 19, 2008

Lebih baik jadi orang utan daripada jadi manusia yang tidak tahu dosa dan pahala.

Lebih baik jadi orang utan daripada jadi manusia yang tidak tahu dosa dan pahala.

Datuk Seri Najib Tun Razak,Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Rafidah Aziz menteri perdagangan antara bangsa dan Datuk Seri Mahyuddin Yassin menteri pertanian dan asas Tani wajar bersyukur kepada Allah Subha Nahu wataala dan berterima kasih dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengapa? Kerana orang utan tidak akan dihimpun di padang Mahsyar. Tidak dihumbang kedalam neraka, tidak berdosa jika rasuah. Tidak berdosa jika salah guna kuasa. Tidak berdosa jika menyeleweng. Tidak berdosa jika berzina tidak berdosa jika minum arak. Pendek kata mereka bebas boleh buat apa yang mereka sukai.

Sebab itu adalah lebih baik kita digelar sebagai “orang utan” berbanding digelar pemimpin yang rasuah, pemimpin yang menyeleweng dan pemimpin yang menyalahgunakuasa ketika diberi amanah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri Kabinet.

Adalah sangat wajar Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Mahyuddin Yassin mengucap berbanyak-banayak terima kasih kepada Datuk Nik Abdul Aziz yang berkata demikian.

Bayangkan jika makan rauah tidak kena dosa. Bayangkan jika salahgunakuasa tidak kena dosa. Bayangkan jika menyeleweng tidak kena dosa. Alangkah baiknya jika mati nanti tidak disoal dan dibicarakan dipadang masyhar yang diberitakan tersangat dashyat, kerana betapa lamanya menunggu giliran untuk disoal siasat.

Belum lagi dimasukkan kedalam nereka yang apinya boleh hancur luluh dan putus urat perut serta mengeleguk otak. Alangkah bagusnya jika jadi orang utan yang apbila mati selesai segala-gala dan jadi tanah dan tidak dijanjikan hidup semula. Sedangkan manusia Allah subha nahu wataala telah berjanji akan hidup semula dan kekal, sama ada kekal dalam nereka dan kekal dalam syuarga. Kalau kekal dalam syurga, Alhamdulillah. Bagaimana kalau kekal dalam neraka, Na’uzubilllah minzalik.

Thursday, February 7, 2008

pecah tembelang

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika bercakap dengan rakyat Kelantan tidak lama dahulu yang dia ikhlas untuk membangun negeri pembangkang itu. Tapi ketika datang ke Terengganu baru-baru merasmikan TamanTamadun Islam meminta rakyat Terengganu maju agar mengundi BN dalam piliharaya umum kali ke 12 ini supaya pembangun yang sedang berjalan dengan lancar itu tidak terhenti.

Bermakna jika BN kalah nanti segala pembangunan yang sedang berjalan itu pasti akan dihentikan Kalau begitu bagaimana pula dengan pembangunan di kelantan. Kalau BN tidak bejaya menawan negeri itu sudah pasti pembangunan yang dijanjikan itu tidak akan dilaksanakan. Ini menunjukkan ikhlas yang dicakapkan itu rupa-rupanya ditanam dibibir mulut sahaja. Tidak lebih daripada itu.Wahai rakyat Kelantan ingatlah. Jangan jadi macam rakyat Terengganu yang sering kali ditipu. Bak kata perpatah orang bodoh jadi alat orang cerdik.

Orang Islam setuju agama tidak diajar disekolah?

Mustahil orang Islam tidak marah dengan isu agama tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah. Hendak kata orang Islam marah tapi setakat hari ini belum ada satu tulisan pun yang menyanggah pendapat itu.

Berdasarkan fakta ini sah orang Islam tidak marah dengan isu sensitif itu. Hendak kata mereka tidak tahu mustahil, kerana isu itu disiar oleh Mingguan Malaysia pada 1 April 2007. Sebuah akhbar mainstrem yang punya jutaan pembaca setiap keluaran.

Atas sebab itulah saya terpanggil untuk menulis dan menyanggah pendapat yang dikemukakan oleh Syed Ali Tawfik AlAttas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM).

Saya sangat tersentuh dengan pendapat seumpama itu, walaupun beliau ada hujah. Walau bagaimanapun hujah itu tidak boleh dipakai kerana tanggungjawab kerajaan mengatasi tanggungjawab ibu bapa dalam semua perkara, termasuk dalam soal agama dan akidah.

Jadi amat tidak patut seorang yang masih ada agama mengatakan agama tidak perlu diajar sebagai mata pelajaran di sekolah. Yang paliknya mata pelajaran akhlak dan moral wajar di ajar di sekolah.

Akhlak dan moral datang dari agama. Agamalah yang membuat seseorang itu ada akhlak dan moral. Orang yang tiada agama mustahil dia ada akhlak dan moral. Kalau mereka ada akhlak dan moral mereka tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama-agama samawi

Berkenaan hujah Dr. Syed Ali Tawfik, Ketua pengarah IKIM yang berbunyi “secara peribadi saya berpendapat bahawa agama, khasnya akidanya, tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah” suatu yang sangat mengelirukan.

Malangnya setakat hari ini belum ada sebarang tulisan yang bersifat menyanggah hujah yang melampau itu.bermakna peratus umat Islam yang setuju dengan pendapat itu adalah tinggi. Jadi orang Islam sendiri bersetuju mata pelajaran agama tidak wajar diajar di sekolah.

Saya secara peribadi sangat sensitif dengan pendapat seumpama ini, kerana Dr Syed Ali Tawfik seorang Islam dan ketua pengarah institut kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang berperanan secara langsung dengan misi dan visinya ialah untuk memberi kefahaman Islam kepada rakyat negara ini.

Saya tidak faham malah menjadi lebih keliru dengan pendapat seumpama itu. Kalau sekiranya orang bukan Islam berkata demikian, tidak mengapalah. Tapi pendapat itu terbit dari mulut seorang yang bernama Islam yang dipertanggungjawabkan untuk memberi kefahaman Islam kepada rakyat negara ini, tiba-tiba bertindak berlawan arus dengan kerasionalannya .

Ingin saya ulangi lagi bahawa tidak mengapalah jika orang bukan Islam berpendapat demikian, Kerana sememangnya ajaran agama Islam ini bertentangan dengan prinsip hidup mereka. Al-Quran telah menjelaskan kepada kita bahawa orang bukan Islam musuh Allah. Adalah wajar mereka menentang sekeras-kerasya akan mata pelajaran agama diajar di sekolah.

Kita tidak hairan,Tapi sangat malang sekali perkataan itu keluar dari mulut melalui bisikan hati seorang Islam yang dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk memberi kefahamana Islam secara tidak berbelah bahagi.

Betullah ajaran agama itu tugas bapa, tetapi bapa nombor satu ada dalam sesebuah negara iaitu kerajaan yang memerintah dan layak mengambil alih tugas serta berperanan untuk mendidik rakyatnya supaya ajaran agama itu sampai kepada rakyatnya.Tanpa agama kerajaan akan porak peranda.

Terpulanglah kepada rakyat bukan Islam hendak belajar atau tidak. Ia tidak dijadikan mata pelajar wajib kepada orang bukan Islam. Tetapi menjadi fardhu ain kepada semua orang Islam. Diwajibkan.Oleh yang demikian orang bukan Islam tetap merasa bimbang dengan ajaran agama Islam di sekolah. Orang bukan Islam wajar bimbang. Tiada sebab orang Islam sendiri turut bimbang. Dimana rasionalnya.

Yang anehnya orang Islam juga turut menaruh kebimbangan sama. Inilah yang tidak kena menurut persepktif Islam.Hendak kata Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas salah faham dengan Islam agak mustahil kerana beliau seorang DR yang diamanahkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kefahaman Islam kepada semua rakyat negara ini. Dan tidak harus sama sekali ujud kekeliruan Islam.

Yang paling malangnya orang Islam sendiri yang tidak setuju mata pelajaran agama Islam diajar di sekolah dengan alasan tugas itu adalah tugas ibu bapa. Betul begitu. Tapi tanggungjawab kerajaan yang memerintah lebih besar lagi berbanding tugas ibu bapa, kerajaan ada kementerian pelajaran yang dipertanggungjawab untuk mendidik rakyatnya bagi melahirkan modal insan yang sempurna sebagai aset penting negara.

Disini dapatlah saya buat kesimpulan bahawa seolah-olah kerajaan yang memerintah tidak ada kena mengena dengan agama, wal hal ini tugas sesebuah kerajaan disamping tugas utama mengajar agama ini diletakkan diatas bahu ibu bapa ialah menghantar anak-anak belajar agama di sekolah yang sedia ada.

Ibu bapa tidak layak memikul tagus kerajaan. Cuma ia boleh dan akan mengendalikan instutusi kecilnya sepertimana yang dijelaskan Al-Quran: jagalah diri kamu, anak-anak dan keluargamu dari api nereka.

Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas salah faham dengan ayat Al-Quran yang diatas ini. Jaga tidak bermakna tugas mengajar agama diajar sendiri oleh ibu bapa. Jaga memberi “makna” ibu bapa bertanggungjawab sama ada hendak mengajar sendiri atau menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau intitusi lain yang diwujudkan baik oleh kerajaan atau pihak swasta.

Seperkara lagi pendidikan mempunyai dua bahagian. Pertama, yang formal. Kedua yang tidak formal. Yang formal dipikul oleh kerajaan dan ibu bapa hanya boleh membantu sahaja. Manakala yang tidak formal inilah tugas ibu bapa berdasarkan kapasiti masing-masing.

Jika tugas mengajar dipikul oleh bapa, bagaimana pula untuk melahirkan model insan yang berkaitan dengan agama seperti ulama dan ustaz? Bolehkah tugas ini dipikul oleh ibu bapa. Lojikkah. Apakah makna “sebuah kerajaan dan jawatan yang diwujudkan.

Sebenarnya salah faham ini hanya berlaku dikalangan penganut kristian dan tidak berlaku sekali-kali dikalangan penganut agama Islam. Islam tidak memisahkan agama dengan pentadbiran, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Tapi bagaimana ia boleh berlaku kepada seorang Ketua pengarah IKIM seorang yang mengucap dua kaimah syahadat, lagi bertanggungjawab memberi kefahaman Islam semua rakyat negara ini. Apakah maknanya… Salah faham? Atau disengajakan?

sekian

Viagra

Baru-baru ini seorang kawan berusia 56 tahun menyatakan kepada penulis yang dia telah membeli “ubatkuat” sejumlah RM140.00 dan memkannya untuk tujuan tahan lama ketika menjalinkan hubungan seks dengan isteri sendiri.

Penulis simpulkan bahawa kawan berusia 56 tahun itu mempunyai masalah atau mempunyai penyakit lemah tenaga batin. Tidak hairanlah dia membeli ubatkuat untuk tujuan mempertahnkan kelelakiannya.

Tidak lama kemudian kawan penulis telah menyatakan yang dia sangat runsing hati, kerana senjata sulitnya tidak boleh digunakan langsung lantas datang kesebuah klinik untuk mendapatkan nasihat Doktor.

Inilah bahayanya mengambil ubat-ubatan tanpa terlebih dahulu mendapat nasihat doctor. Sekarang apa sudah jadi dengan kawan penulis itu?

Oleh kerana doctor tersebut juga kawan penulis, maka sedikit sebanayak maklumat mengenai kawan tadi diceritakan sebagai pengetahuan agar apabila hendak mengunakan ubat-ubatan berkaitan dengan lemah tenaga batin mesti terlebih dahulu mendapat nasihat doctor.

Memang sah hasil menggunakan ubat-ubatan itu membuat senjata sulit kawan itu tidak boleh diguna langsung yang merunsingkan dan membimbang takut kalau-kalau senjata itu mati terus dan nahas kebahgiaan selama ini.

Persoalan sekarang apakah ubatan yang digunakan kawan penulis tadi ubatan yang dibenarkan oleh undang-undang negara ini atau ia ubatan palsu usaha pengusaha yang semata-mata mencari untung tanpa memikir berbahaya kepada penggunanya.

Apa pun ubatan yang bersabit dengan lemah tenaga batin, termasuk viagra yang sangat popular di Amerika Syarikat pada tahun 1989 juga berbahaya jika diambil tanpa mendapat nasihat doctor terlebih dahulu,

Apa tah ubat-ubatan palsu yang bersabit dengan lemah tenaga batin yang dijual secara meluas diseluruh negara sekarang.

Mereka yang terbabit dengan penyakit lemah tenaga batin sudah tentu sangat kepingin dengan ubat-ubatan seumpama itu. Lebih-lebi lagi harganya sangat murah berbading dengan viagra yang berharga RM 40.00 sebiji.

Penulis mendapat maklumatan ubat-ubatan lemah tenaga batin yang dipasar secara meluas murah harganya tetapi kesan adalah serupa dengan kesan Viagra.

Bagi mereka lemah tenaga batin dan berpendapat rendah bahawa ubat-ubatan tersebut merupakan rahmat tanpa memikirkan risikonya.
Pada tahun 1998 sebanyak 130 kes kematian di Amerika syarikat tidak termasuk di lain-lain negara telah dicatat dan dilaporan oleh akhbar dan majalah atas sebab mengunakan viagra ketika melakukan hubungan seks dengan isteri sendiri.

Ini menunjukan pengambil viagra bukannya rahmat bagi mereka yang mengidap panyakit lemah tenaga batin, malah berbahaya menyebabkan kematian.Bilangan itu mungkin telah meningkat dari masa kemasa.

Kita percaya disamping memberi kesan yang baik kepada mereka yang berpenyakit, tetapi kesan samping yang menyebabkan mereka diserang darah tinggi dan angin ahmar
Sangat tinggi berbanding dengan orang yang tidak mengambilnya.

Pengaruh menggunakan pil tahan lama dan kuat di Malaysia begitu meluas. Barangkali hampir sama dengan semua lapisan massyarakat di Amerika Syarikat.

Kalau dahulu masih ramai yang tertanya-tanya mengenai ubat itu. Contohnya terlalu ramai lelaki di Malaysia yang mengidap penyakit lemah tenaga batin.

Menurut laporan sebanyak satu juta orang lelaki yang bermasalah yang mahu tidak mesti membeli ubatan bagi membantu mereka menjalikan hubung intim dengan isteri masing-masing.

Menurut laporan terkini ramai juga wanita yang turut mengunakan viarga. Mengapa demikian. Ada yang menyatakan kalau suami mereka mengunakan viagra ketika hendaklah melakukan hubungan seks, maka dia juga perlu viagra agar tidak bermasalah.

Lazimnya lelaki yang menggunakan viagra mempunyai ketahan yang luar biasa. Malah ia boleh bertahan selama dua jam dan isteri mana yang boleh tahan dengan masa selama itu. Jadi sebagai langkah keseronokan dan kebahagian mahu tidak mahu ia kena lawan dengan ubatan yang sama.

Seperkara lagi ada juga lelaki yang tidak memerlukan ubatan itu turut menggunakan, kerana ingin tahan lama apabila melakukan hubungan seks, sedangkan itu menbuktikan viagra disalahgunakan.

Apa tah lagi dengan ubat-ubatan tiruan yang boleh membahayakan si penggunanya. Rata-rata menampakkan bahawa pengunaan ubat-ubatan kuat menjadi darah daging semua lapisan masyarakat di negara ini.

Tidak hairanlah jika hal seumpama ini berlaku di barat yang pengaruhnya kepada semau lapisan masyarakat adalah begitu meluas walaupun peluangnya baik tetapi banyak buruknya kepada mereka yang mengidap darah tinggi dan lemah jantung.

Dimaklumkan bahawa suami yang baru berkahwin juga turut menggunakan ubat-ubatan kuat, termasuk remaja yang belum kahwin turut mengambil viagra ketika hendak melakukan hubungan seks dengan teman wanita masing-masing.

Mengikut laopran yang dibuat oleh seorang pecegah maksiat yang berjaya menahan seorang remaja perempuan berusia 13 sedang melakukan hubungandengan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun apabila ditanya berapa kali jumlah hubungan seks sepanjang 4 jam lantas dijawap, sudah 4 kali.

Ini menunjukan bahawa perempuan itu telah diberi pil rangsang seks, manakal lelaki pula mengunakan ubat-ubatan kuat (tahan lama). Mungkin viagra atau sebaliknya yang senang didapati dimana-mana farmasi.

Atau mereka membeli dengan orang yang tidak bertanggungjawab memasarkan pil tersebut secara haram dan boleh membahayakan kesihatan generasi masa depan negara.

Dari segai perubatan sebarang salahguna lambat laun akan mendatangkan macam-macam kemurdaratan jika pihak kerajaan tidak mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang meraih keuntungan besar melalui urusniaga pil kuat.

Kegiatan hubungan seks antara remaja semakin hari semakin membimbangkan. Mungkin dengan adanya ubat-ubatan rangsang seks dan tahan lama dipasar secara meluas tanpa sebarang kawalan pihak kerajaan.

Seorang yang sihat tidak harus menggunakan ubat. Masakan seorang yang muda merlukan viagra, sedangkan ia tidak langsung mengalami penyakit lemah tenaga batin. Malangnya lojik ini masih tidak boleh diterima pakai apabila ubat viagra atau yang palsu dipasar secara bebas tanpa sebarang kawalan.

Nasihat Doktor kawan penulis bahawa “anda perlu tahu ubat anda”. Oleh itu ada baiknya kita perlu benar-benar faham terlebih dahulu sesuatu ubat. Cara ini dapat melindungi diri daripada bahaya yang sengaja dicari akibat salah guna ubat-ubatan kuat, termasuk viarga
Yang jelas bukannya rahmat bagi lapisan masyarakat Islam di Malaysia ini.

Selagi ubat-ubatan itu disahkan selamat digunakan oleh kementerian kesihatan, selok-eloknya ianya harus dihindari, kerana sudah ramai yang menggunakan ubat-ubatan kuat telah mengadu bahawa sejak ia menggunakanya senjatanya tidak boleh digunakan lagi.

Dan disahkan oleh doctor kawan penulis sudah ada yang datang mengadu bahawa senjatanya sudah tidak boleh dipakai lagi sejak dia menggunakan ubat tahan lama yang dijual oleh kawan-kawan sendiri.

Semua ini menunjukan penggunaan ubat-ubatan tahan lama yang tidak dibenarkan oleh kementerian kesihatan adalah suatu hal yang serius yang perlu ditangani segera agar rakyat Malaysia tidak terjebak dalam kancah kemurdaratan yang sukar diatasi.

Lazimnya ubat-ubatan tahan lama (kuat seks) ini kesan buruk lebih banyak berbanding kesan baik sebaik sahaja digunakan. Lebih-lebih lagi ia terdedah kepada jutaan lapisan Masyarakat di negara ini.
Lebih membimbangkan ada laporan yang menyatakan peratus penggunaan ubat-ubatan seumpama jenama viagra begitu tinggi berbanding sebelum ini. Kini sudah ada pil kuat berharga RM 10.00 hingga RM6.00 sebiji diseludup dari negara jiran, Thailand dan Singapura.

Mengikut hitung kasar rakyat negara ini akan membelanjakan RM1 billion setahun atas yang dihadkan. Bagaimana pula jika tidak dihadkan. Sudah tentu sekali mencapai tahapganda setahun.

Bayangkan betapa besarnya jumlah harga pasaran, berbanding dengan urusniaga selain itu. Sebab itu Thailand dan Singapura adalah antara negara jiran yang sudah lama meluluskan penggunaan ubat-ubatan berkaitan.

Penulis menyeru lapisan masyarakat di Malaysia berwaspada dengan pasaran ubat-ubatan kuat tenaga seks miskipun telah luluskan pendaftarannya oleh dua negara jiran terdekat itu.

Kahbarnya semakin banyak syarikat yang berminat memasarkan ubat-ubatan kuat tenaga batin di dua buah negara jiran terdekat kita itu, kerana sikap rakyat kita nampaknya berlumba-lumba menggunakan. Malah jumlahnya semakin hari semakin bertambah, termasuk mereka yang tidak memerlukan juga turut mengambil peluang.