Wednesday, October 23, 2019

Mustahil orang melayu jadi liberal?


Ada yang berpendapat mustahil orang melayu jadi liberal (fahaman liberal) kerana orang melayu sahih berpegang teguh dengan Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Betulkah begitu? Amat tidak betul dengan telahan tersebut, kerana sudah ada pendapat yang keluar dari mulut ulamak Melayu dari Indonesia mengatakan, muslimah boleh kahwin dengan lelaki kafir.

Islam mengharamkan muslimah berkahwin dengan lelaki kafir dan mengharamkan lelaki islam berkahwin dengan perempaun kafir, kecuali ahli kitab yang ada disebut didalam Al Quran.

Baru baru ini Melayu di Indonesia membantah kerajaan mengharamkan rakyatnya melakukan hubungan seks bebas.

Islam mengharamkan zina (seks bebas) sebahgian rakyat melayu Indonesia bangkit mebantah menerusi tunjuk perasaan secara bebas besaran.

Islamkah mereka yang membantah itu? Di Turki (orang bukan melayu) mengatakan mereka juga Islam bangkit membantah perlaksanaan undang undang islam secara besar besaran di jalanan.

menerusi tunjuk perasaan besar besaran dan melaungkan kata kata yang berbunyi: kami tak mahu undang undang islam.Di Indonesia mereka menyatakan mereka tidak setuju seks bebas diharamkan.

Malayu di Malaysia setakat hari ini  belum berbuat demikian, akan tetapi Tun Dr Mahathir yang mengaku melayu pernah mempersenda sendakan hukum hudud dan ada pengikutnya.

Hari ini sudah ada orang melayu yang mahu Al Quran di tulis semula alasannya al quran dahulu tidak lengkap dan ada kelemahannya, maka mahu tidak mahu Al Quran hendaklah ditulis semula.

Tun Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun pernah syor bahawa Al Quran hendaklah ditafsir semula kerana tafsiran Al Quran yang dahulu itu sudah tidak sesuai lagi dengan zaman sekarang.

Hari ini sudah ada syor bahawa Al Quran hendalah ditulis semula dan ditafsir semula agar selari dengan kehendak rakyat yang mengatakan Islam tidak melarang homoseksual (hubungan sejenis).

Malah sudah dicanang kata kata “Gay yang warak” yang tak tinggal solat lima waktu sehari semalam dan sering kali mengerjakan umrah di Baitullah. 

Mengatakan Islam tak larang homoseksual sangat bercanggah dengan Al Quran dan sahih itulah pemikiran liberal yang meresap masuk dalam kepala orang Melayu.

Yang sangat biadap ada pula yang mengatakan Rasulullah SAW tidak larang mereka melakukan hubungan seks sejenis (lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan)

Pendapat ini bukan keluar dari mulut orang awam malah juga keluar dari mulut bergelar ustaz yang pernah belajar di university Al Azhar, Mesir.

Tanpa disedari ada pelajar yang pernah belajar di university Azhar jadi sesat dan ikut ajaran sesat Ayah Pin di Besut Terengganu suatu masa dahulu.

Bermakna university Al Azhar juga pernah jadi pusat pengembangan pemikiran liberal yang mana ada diantara pensyarahnya menganut ajaran liberal yang barang tidak boleh dinafikan lagi.

Apatah lagi di university university Awam di Malaysia di samping ajaran syiah yang amat berbahaya itu.

Thursday, October 17, 2019

Kerajaan PH beri zakat kepada orang kafir?



Rasulullah SAW beri zakat kepada lima orang kafir. Nabi buat, sahabatnya Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA, Saidina Othman RA dan Saidina Ali RA tak buat.

mereka tak ikut buat apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW.

Pada hal apa apa yang Rasulullah SAW buat sahabat kena buat. demikian juga kita. Kita kena buat apa yang Rasulullah SAW buat dan amalkan.

Akan tetapi sahabat tak buat pemberian zakat kepada orang kafir iaitu pemberian zakat 100 ekor unta tiap seorang kepada Abu Sufyan bin Harb,Shafwan bin Umayyah,Uyainah bin Hishn,Aqra bin Jabis dan Abbas bin Mardas.

Tidak lama dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika jadi ketua umum PKR  dan Mohamad Sabu ketika jadi timbalan presiden Pas suruh kerajaan PR buat apa yang sahabat Rasulullah SAW tak ikut buat iaitu pemberian zakat kepada orang kafir di negeri Selangor dan Pulau Penang

hari ini kita dimaklumkan bahawa kerajaan Selangor sudah laksanakan pemberian zakat kepada orang kafir sama sepertimana yang telah diaznafkan kepada umat islam.

Pemberian zakat kepada orang kafir di negeri selangor dan Pulau Penang dibuat atas arahan para pemimpin parti politik anggota pakatan harapan dan juga dek desakan para pemimpin DAP parti dominan Malaysia baru.



Friday, October 11, 2019

Melayu dulu terbahagi kepada dua golongan.


Melayu dulu terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama, mereka golongan yang celik Al Quran. manakala golongan kedua, mereka  buta Al Quran.

Golongan Yang buta Al Quran inilah yang jadi para pemimpin negara. golongan yang celik Al Quran tersingkir dan tuduh penderhaka.

Golongan buta Al Quran ini boleh setuju apa sahaja dengan kehendak orang China dan India.mereka bersangka baik dan tak pernah buruk sangka dengan orang china dan India.

Orang china dan India tetap prejudis dengan orang melayu sebab itu mereka mahu sekolah mereka sendiri supaya dapat tanam semangat asal dimana kita duduk disitu kita takluk sehingga para pemimpin  Melayu berkata, tiada china melayu tak boleh hidup tanpa disedari mereka sudah dibeli dengan harga yang muruh.

Atas sangka baik itulah orang China boleh tubuh parti MCA. Orang India tubuh parti MIC.China boleh ada sekolah jenis kebangsaan china.(vernakular} India boleh ada sekolah jenis kebangsaan India.

Sedangkan Sekolah Vernakular ini adalah musuh nombor satu kepada perpaduan Malaysia yang penduduknya pelbagai bangsa dan agama.

Kerajaan BN boleh setuju dengan orang china baik orang India baik dan akan buat jahat dengan orang melayu.

Pada hhal suda ada pengajaran Bintang tiga yang memerintah selama 14 hari telah melakukan pembunuhan terhadap orang melayu yang tidak mahu beri kerjasama dengan kerajaan tersebut.

Penjagaran kedua peristiwa 13 mei 1969 suatu rusuhan yang dilakukan oleh orang china dan orang melayu ramai jadi mangsa.

Salah siapa ini? ada yang kata bukan salah china, akan tetapi melayu yang salah kerana tidak bijak menggunakan akal yang diberikan oleh Allah itu.

Pada hakikatnya memang para melayu yang salah, kerana tertipu dengan banyak perkara termasuk mahu hidup mewah pakat duduk kumpulan harta seteelah diberi amanah memerintah.

China tetap bersalah, kerana tidak setiakawan ketika  menganggotai BN walaupun semua yang mereka tuntut diberi macam diberi semua bukan setakat diberi betis dan peha.nalah semua sekali satu tubuh.

Para pemimpin melayu tidak sedar penubuhan parti politik dan sekolah jenis kebangsaan china dan tamil itu suatu yang teramat strategik untuk mengambil alih negara ini dari tangan orang melayu.

Singapura yang terlepas kuasanya daripada tangan melayu kepada tangan china tidak menjadi pengajaran langsung.

Melayu boleh rasa senang berada dibawah kerajaan kafir yang disifatkan sebagai kerajaan kafir yang adil

Ada pula mufti yang mengeluar pendapat, lebih baik berada dibawah kerajaaan kafir yang adil berbanding berada dibawah kerajaan Islam yang zalim.


Beliau bercakap tanpa disedari pendapat itu pendapat kafir atau pendapat Melayu yang sama macam haiwan.

Atau para pemimpin melayu yang apabila berjanji mungkir, apabila bercakap bohong dan apabila diberi amanah mengkhianati.

Akhirnya benarlah kata Datuk Kadir Jasin "Kalau Melayu tiada maruah
Akan hilang di bumi sendiri,Dijual-beli dengan murah Kembali jadi hamba abdi di negara malaysia ini".