Saturday, December 24, 2016

Pelikkah


Sesetengah merasa pelik dengan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang kerana menghadiri satu persidangan di Iran baru baru ini.

Lebih lebih lagi beliau adalah timbalan presiden kesatuan ulama islam sedunia yang pendirian bahawa syiah itu musuh Islam.

Perkara ini telah ditegaskan oleh presidennya sendiri Prof  Dr. Yusof Qaradhawi  dalam kenyataan media tidak lama dahulu.

Penulis tidak rasa pelik pun, kerana Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah bersetuju bekerjasama dengan DAP untuk tumbangkan kerajaan umno/BN.

Jadi kehadiran beliau dalam persidangan di Iran yang pernah beliau hadir setiap tahun itu bukan perkara pelik tetapi ia adalah suatu yang lazim.

Lebih lebih lagi beliau terpesona dan terpengaruh dengan revolusi Iran menjatuhkan Shah Pahlavi Iran yang kejam dan zalim itu.

Lihat pendiriannya

Beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada ‘Majma’ Taqrib’ yang ditubuhkan dalam tahun 1980.

“saya hadir ke program tahunan (setiap tahun) di situ, kecuali saya uzur……dan saya hadir, dan bukan (baru) kali pertama saya hadir,

“dan saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama…….tanpa mengira Sunni dan Syiah mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran (dalam ucapan saya),”jelasnya.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

Beliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran, hari ini Jumaat 23 Disember, selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat penjelasan kepada KUIS dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

“dan bila ada desakan ini…….saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya…….(dan) saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar (Arab) Saudi (atau) dasar Emirate (Arab Bersatu),

“apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu yang lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,”tegasnya.

Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.

“bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu benda (perkara) yang sangat kacau di Asia Barat!,”tambahnya.

Beliau menjelaskan, PAS ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut Timur Tegah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi juga menegaskan PAS adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.

Justeru itu, bukan suatu yang pelik. Yang pelik enggan bekerjasama dengan umno/BN untuk memerintah Negara satu Malaysia.

Teramat pelik lagi beliau suatu ketika dahulu pernah mengatakan di Iran ada syiah Imamiah yang tidak becanggah dengan Islam, tapi hari ini beliau buat kenyataan ada 30 peratus sunni di Iran.

Yang mana satu sunni dan yang satu pula syiah imamiah? 


Wednesday, December 21, 2016

Benarkah TUN M nak tumbangkan kerajaan umno/BN?



Nampak jelas Tun Mahathir Mohammad tidak mahu dan tiada niat pun untuk tumbangkan kerajaan Umno/BN.Itulah yang penulis Nampak.

Tun Mahathir Mohammad bekas perdana menteri pernah keluar umno kerana marah dengan Tun Abdullah Ahmad dan masuk semula apabila Tun Abdullah serah jawatan perdana menteri kepada Datuk seri Mohd Najib Razak.

Tun Mahathir keluar semula umno Dek Marah pada Datuk seri Mohd Najib Razak. Mmegapa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana Najib memecat anaknya Datuk Mukhriz yang sedang menarjui negeri Kedah

Sejarah telah membukti, sesunggahnya Tun Mahathir ini pernah marah dengan Tunku Abdul Rahman al haj. Pernah marah dengan Tun Musa Hitam, pernah marah dengan Tun Ghaffar Baba pernah  marah dengan Anwar Ibrahim.pernah marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini marah pula dengan Datuk Mohd Najib Razak.

Inilah penyakit yang dihidapi Tun Mahathir selain mengidap sakit pintasan jantung yang kemungkinan sampai sepanjang hayatnya.

Atas sebab itulah penulis berani berkata Tun Mahathir tidak ada niat untuk tumbangkan kerajaan umno/BN. Walaupun sudah ada parti bersatu, tetapi beliau  masih sayang lagi dengan parti umno dan kerajaan yang pernah diterajui selama 22 tahun itu.

Oleh itu, Tun Mahathir cuma mahu jatuh Datuk seri Mohd Najib Razak dan diganti dengan perdana menteri baru sepertimana yang pernah dilakukan keatas Tun Abdullah Ahmad Badawi.itu sahaja. Tidak lebih daripada itu.

 Berbeza dengan pendapat  Datuk Kadir Jasin tokoh wartawan Negara penyokong tegar Tun Mahathir  yang juga turut keluar  umno dan berkarta, kita mahu tumbangkan kerajaan umno/BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Usaha hebat untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak kemungkinnnan besar tidak berhasil, kerana ketika diserang bertubi tubi itu tiada kelihatan yang Najib mengalah.malah beliau begitu kuat semangat kebal untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga PRU 14 ini

Demikian juga usaha untuk tumbangkan kerajaaan umno.BN kelihatan tipis, kerana maufakat yang dibentuk dalam pakatan harapan kelihatan tak keruan.Hala tujunya tidak akan kemana.mana.

lebih lebih lagi Pas tidak akan sekali sekali turut bermaufakat selagi DAP dan Amanah masih ada dalam pakatan harapan.

Sesungguhnya PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam.

Tegas Prewsiden Pas datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, bahawa di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.





Sesungguhnya inilah jalan sukar bagi pakatan pembangkang untuk tumbangkan kerajaan umno/BN dalam PRU 14 nanti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin,  walaupun sudah dipecat dari umno, kelihatan masih sayangkan parti keramat orang melayu itu.

Parti bersatu hanya dijadikan alat oleh Tun Mahathir untuk mencapai impiannya sahaja tidak lebih daripada itu. Percayalah.
 

Thursday, December 15, 2016

Bukan muafakat kalau tak beri Bersatu kerusi?



Masalah besar yang dihadapi oleh parti bersatu iaitu tiada satu kerusi pun yang akan diberi oleh ketiga tiga parti dalam pakatan harapan.
  
Hal ini telah dinyatakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelihatan sedikit sedih.

Oleh itu, beliau  berharap ketiga-ketiga parti dalam Pakatan Harapan akan bekerjasama memberikan kerusi kepada parti bersatu pada PRU 14 nanti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, muafakat kerjasama antara Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada Bersatu.

"Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan Amanah) untuk menyumbangkan kerusi.

"Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral," katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Masing-masing menandatangani enam dokumen bersama dalam Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu.

Persetujuan itu ditandatangani dalam mesyuarat rasmi pertama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.

"Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian, kami akan adakan rundingan dan semua pihak akan terlibat untuk mengadakan perbincangan pokok.

"Apa yang kita persetujui dalam perjanjian itu adalah kebolehmenangan dan kalau itulah yang menjadi asas, maka kita harap kita akan sampai ke tahap di mana semua pihak akan berpuas hati," kata Muhyiddin lagi.

Persoalan yang timbul sekarang macam mana ketiga tiga parti dalam pakatan harapan itu  hendak bahagi kerusi kepada bersatu sedangkan parti itu tidak ramai keahliannya.

Amanah walaupun parti baru sudah ada sejumlah 200,000 ahli setakat hari ini.manakala PKR pula sudah ada 500, ahli, ahli umno seluruh Negara.

Tidak mustahil bersatu boleh ambik ahli umno sejumlah 500, jugak, kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang tokoh bekas perdana menteri dan timbalan presiden Umno macam juga Anwar Ibrahim.

Parti Pas sudah tentu tidak sekali kali akan bekerjasama dengan pakatan harapan, jika DAP dan Amanah masih ada dalam kerjasama tersebut.

Maka, bersatu boleh bertanding dimana sahaja pada posisi kerusi yang pas bertanding diseluruh Negara yang pasti tidak akan diambil oleh  parti Amanah, kerana parti amanah setakat ini merupakan parti yang baru yang miskipun ahlinya ramai tetapi tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian.

Thursday, December 8, 2016

mahu Pas dan umno bersatu



Kebanyakan orang Melayu bersetuju jika pas dan umno mahu bersatu semula dalam Barisan Nasional setelah ditendang dahulu.

Memang orang Melayu kena bersatu. Lebih lebih lagi orang Melayu dahulu dan sekarang sudah lama lemah dan tiada kekuatan dalam melayari bahtera kerajaan yang telah sekian lama diberi amanah oleh rakyat jelata.

Kerajaan umno BN lemah dek para pemimpin yang pentangkan diri sendiri, satu sama lain  asyik duduk kumpul harta ratusan juta setiap satu kepala setelah diberi amanah menjadi pemimpin..

Bukan setakat asyik duduk kumpul harta, malah sudah banyak harta kerajaan dijual kepada orang china dari Negara china, semacam mahu menjual Negara ini kepada china.

Atas sebab itulah para pemimpn Pas kelihatan kurang minat untuk bersatu dengan umno, kecuali bersatu, macam bersatu protes kezaliman dan kekejaman kerajaan Myanmar terhadap orang Islam dalam himpuan Rohiya baru baru ini.

Akan tetapi pas kelihatan tiada minat langsung untuk bersatu memerintah Negara bersama umno, kerana Islam melarang tolong menolong dalam kemungkaran.

Oleh itu, pressiden Pas datuk Seri haji Abdul Hadi Awang cuba mengambil pendekatan baru, iaitu cuba jadi penasihat sepertimana yang anjurkan oleh Islam bahawa nasihat menasihati  harus dijadikan pegangan.

Lebih labih lagi nasihat menasihat satu sama lain, apa tah sesama Melayu yang masih mengaku beriman adalah suatu usaha yang mulia harta terhadap mereka yang melakukan kezaliman.

Pendekatan baru yang cuba digunakan oleh presiden ini telah mendapat bantahan kebanyakan orang Melayu yang faham Islam hanya diotak sahaja.

Manakala mereka yang faham Islam dihati bersetuju dan bersedia bila bila masa jika diminta bantuan agar para pemimpin yang kejam dan zalim itu agar sedar diri dan bertaubat nasuha.

Inilah rintangan dakwah yang dilakukan oleh Pas. Miskipun ia mendapat tentangan banyak penjuru , akan tetapi  ia mesti diteruskan kerana ianya merupakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam pengertian syar’ie.

Ia juga adalah lafaz islam secara khusus yang diertikan sebagai syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia.

Pada penulis Pas adalah merupakan satu puak yang menyeru (berdakwah)  kepada kebajikan mengembangkan Islam dari 73 puak yang berpecah dalam islam.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah melalui Firmannya yang bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)  dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya” (surah A’li Imran ayat 104)

Allah SWT melarang dan meminta jangan kamu menjadi seperti orang orang Yahudi sepertimana firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang (Yahudi dan Nassrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar” (surah A’ li Imran ayat 195).