Kebanyakan
orang Melayu bersetuju jika pas dan umno mahu bersatu semula dalam Barisan
Nasional setelah ditendang dahulu.
Memang orang
Melayu kena bersatu. Lebih lebih lagi orang Melayu dahulu dan sekarang sudah
lama lemah dan tiada kekuatan dalam melayari bahtera kerajaan yang telah sekian
lama diberi amanah oleh rakyat jelata.
Kerajaan
umno BN lemah dek para pemimpin yang pentangkan diri sendiri, satu sama
lain asyik duduk kumpul harta ratusan
juta setiap satu kepala setelah diberi amanah menjadi pemimpin..
Bukan
setakat asyik duduk kumpul harta, malah sudah banyak harta kerajaan dijual
kepada orang china dari Negara china, semacam mahu menjual Negara ini kepada
china.
Atas sebab
itulah para pemimpn Pas kelihatan kurang minat untuk bersatu dengan umno,
kecuali bersatu, macam bersatu protes kezaliman dan kekejaman kerajaan Myanmar
terhadap orang Islam dalam himpuan Rohiya baru baru ini.
Akan tetapi
pas kelihatan tiada minat langsung untuk bersatu memerintah Negara bersama
umno, kerana Islam melarang tolong menolong dalam kemungkaran.
Oleh itu,
pressiden Pas datuk Seri haji Abdul Hadi Awang cuba mengambil pendekatan baru,
iaitu cuba jadi penasihat sepertimana yang anjurkan oleh Islam bahawa nasihat
menasihati harus dijadikan pegangan.
Lebih labih
lagi nasihat menasihat satu sama lain, apa tah sesama Melayu yang masih mengaku
beriman adalah suatu usaha yang mulia harta terhadap mereka yang melakukan
kezaliman.
Pendekatan
baru yang cuba digunakan oleh presiden ini telah mendapat bantahan kebanyakan
orang Melayu yang faham Islam hanya diotak sahaja.
Manakala
mereka yang faham Islam dihati bersetuju dan bersedia bila bila masa jika
diminta bantuan agar para pemimpin yang kejam dan zalim itu agar sedar diri dan
bertaubat nasuha.
Inilah
rintangan dakwah yang dilakukan oleh Pas. Miskipun ia mendapat tentangan banyak
penjuru , akan tetapi ia mesti
diteruskan kerana ianya merupakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam
pengertian syar’ie.
Ia juga
adalah lafaz islam secara khusus yang diertikan sebagai syariat (ketentuan)
yang diturunkan dan diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk
disampaikan kepada manusia.
Pada penulis
Pas adalah merupakan satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan mengembangkan Islam dari 73
puak yang berpecah dalam islam.
Sepertimana
yang telah dinyatakan oleh Allah melalui Firmannya yang bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh
membuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya” (surah A’li Imran ayat
104)
Allah SWT
melarang dan meminta jangan kamu menjadi seperti orang orang Yahudi sepertimana
firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah
kamu menjadi seperti orang orang (Yahudi dan Nassrani) yang telah bercerai
berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka
keterangan keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi Allah) dan mereka
yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar” (surah A’ li
Imran ayat 195).
1 comment:
RALAT SURAH A'li Imran sebenarnya ayat 105 bukan ayat 195 salah tekan no. harap maaf
Post a Comment