Penulis berasa hairan mengatakan dua ADUN PAS
yang menyokong Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengkhianat.
Jika dua ADUN itu sebagai pengkhianat bagaimana
pula dengan timbalan presiden PAS dan rakan rakan awal awal menyokong PKR dan
DAP berkenaan isu menteri besar Selangor itu.
Apakah timbalan presiden PAS dan rakan rakan yang
jelas dan nyata tidak beradab dalam Jemaah itu bukan pengkhianat namanya.
Mengapa
dua ADUn itu dijadikan isu, sedangkan timbalan presiden dan rakan rakan telah
melanggar adab adab berjemaah.
Apakah mereka bukan pengkhianat. Dua adun yang
menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar ini bertindak kemudian
berbanding dengan timbalan pressiden dan rakan rakan.
Pada penulis timbalan presiden dan rakan bukan
setakat melanggar adab adab berjemaah, bahkan itulah pengkhianatan sebenar
parti.
Tindakan seumpama itu tidak wajar boleh berlaku
dalam PAS, kerana presiden parti berpihak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum
di pecat parti.
Membelakangkan presiden sendiri adalah merupakan
suatu pengkhianatan yang wajar di kenakan tindakan jawatankuasa tata tertib
parti.
Sejarah telah membuktikan 12 orang ahli
jawatankuasa pusat di gantung keahlian kerana melanggar adab adab berjemaah
suatu masa dahulu.
Inilah yang membuat penulis berasa hairan. Dua
ADUN yang menyokong PKR dan DAP isu menteri Selangor di anggap pengkhianat,
manakala GROUP timbalan presiden terang terangan menyokong PKR dan DAP isu
menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim bukan pengkhianat.
Pasti ada yang tidak kena dengan pentadbiran PAS
pusat.dan macam ada usaha untuk jatuhkan presiden.