Saturday, February 7, 2015

Apa nak jadi, jadilah



Hari Selesa 10 February 2015 adalah hari penentuan sama Anwar Ibrahim bebas dan di penjara semula selama lima tahun.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim ada  menuturkan yang berbunyi: “ saya sedia di penjara”. Itulah kesediaan bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan yang dibunuh tidak mati.

Anwar Ibrahim hidup semula apabila teraju Negara diambil alih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Demikian nasib bekas timbalan presiden umno yang karismanya masih disanjung sebahagian ahli umno.

Ada suara yang mengatakan pergerakan pemuda umno disamping berada di belakang Datuk Seri Najib Razak ia juga dikatakan berada di belakang Anwar Ibrahim kebelakangan ini.

Sehari dua ini penulis ada dengar kata kata yang dituturkan Anwar Ibrahim yang berbunyi: “Apa nak jadi, jadilah” yang seolah olah telah menyerah diri pada takdir Allah.

Antara perkataan yang berbunyi; “ saya sedia di penjara’ dengan perkataan yang berbunyi: “apa nak jadi, jadilah” yang maknanya lebih kurang sama sahaja.

Beliau hanya berserah kepada Takdir yang telah ditentukan Allah nasibnya sama ada masuk penjara atau bebas dan boleh menjalankan geraklaku politik yang diminati sejak di bangku sekolah rendah  lagi.

Setelah menuturkan perkataan yang dia sedia di penjara, hakim hakim yang mendengar hujah hujah kedua belah pihak tidak dapat buat sebarang putusan.

Hakim hakim menerusi budibicara kehakiman tidak boleh buat keputusan miskipun ada pihak yang mahu supaya Anwar Ibrahim masuk penjara semula kerana berbahaya kepada Negara yang diterajui Najib Razak.

Tidak kurang juga yang mahu supaya Anwar Ibrahim di bebas, kerana beliau tidak bersalah atas  kes liwat 2 itu adalah konspirasi untuk bunuh semula tokoh  bekas orang nombor dua Negara.

Penulis yakin dan percaya keputusan yang akan dibuat oleh hakim hakim mahkamah rayuan pada 10 February 2015 nanti atas nama budibicara hakim hakim.

Penuturan yang berbunyi: “apa nak jadi, jadilah” akan diambikira oleh hakim hakim berkaitan, kerana pada 10 February itu tiada lagi hujah hujah kedua belah pihak untuk didengari hakim hakim.

Sepuluh hari bulan February 2015 adalah merupakan hari keputusan hakim hakim sama ada Anwar Ibrahim ke penjara atau bebas.


Wednesday, February 4, 2015

GST beri faedah kepada pengguna?



Iklan dalam TV sebelum ini memberitahu kepada rakyat jelata satu Malaysia bahawa GST hanya satu cukai sahaja yang dikenakan dan tidak membebankan rakyat.

Penulis tidak tahu mengapa iklan berkenaan  dibuat sedemikian rupa, sedangkan fungsi GST adalah  satu dalam dua, dua dalam satu iaitu cukai barangan dan cukai perkihdmatan.

Macam mana boleh disebut dan diwar warkan yang GST hanya satu cukai sahaja yang dikenakan dan tidak boleh membebankan rakyat jelata.

Mengapa dinyatakan dua cukai yang dikenakan itu disebut satu cukai sahaja. Apakah ini bukan suatu pembohongan atau penipuan.

Sah ia suatu pembohongan dan penipuan terhadap rakyat jelata oleh kerajaan yang mahu tak mahu boleh memberi persepsi nagetif.

Seperkara lagi, pihak kerajaan telah menetapkan GST akan berjalan bermula kuatkuasa pada APRIL 2015, akan tetapi kesemua syarikat yang mendaftar dengan GST di Negara ini sudah pun berjalan dan mula kuatkuasa pada January 2015 kepada pengguna sebanyak 6 peratus.

Sebagai bukti ASTRO telah mengenakan caj Bil bermula Disember 2014 sebanyak 6 peratus. Jika bil asal Nomveber 2014 berjumlah RM 174.00, maka caj Bil Disember 2014 kepada RM 184.00.

Demikian juga harga harga ubat ubatan di Farmasi diseluruh satu Malaysia. Ubat gatal,jenis CREOBIC GOL  harga asalnya RM 21.00 kini naik sebanyak RM 6.00 jadi RM 27.00.

Terkini satu iklan di TV menyatakan GST memberi faedah kepada pengguna. Setahu penulis GST meberi untung besar kepada syarikat syarikat perniagaan dan memberI hasil  pendapatan tambahan kepada pihak kerajaan.

Apakah faedah yang di berikan kepada pengguna? Faedahnya tidak lain dan tidak bukan ialah bebanan yang cukup menyayat hati atas sebab kenaikan harga barangan disamping caj perkidmatan .harga rumah pasti naik melambung punca semakin sukar untuk rakyat memiliki rumah kediaman indaman.

Mengapa? Gaji dan pendapatan kakitangan kerajaan dan swasta tidak naik. apatah lagi pendapatan rakyat jelata tidak pernah bertambah sedangkan harga barangan sentiasa naik dan mustahil akan turun miskipun harga minyak sudah turun.

Mana dia faedahnya,selain terpaksa menanggung beban yang sangat berat disamping kerajaan manjdi kayaraya dan rakyat jelata miskin terus miskin dan status hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.