Pada penulis, memang tidak patut cakap macam itu pada Setiausaha
Agung PAS Malaysia dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Kalah menang calon dalam pilihanraya umum bukan hak manusia.
Ia adalah hak Allah Subha nahu wataala.Itulah kepercayaan kita.
Pendek kata, kalah dan menang sesorang calon adalah
ketentuan Alah subha nahu wataala. Cuma manusia ini hanya sabit sahaja. Tidak
lebih daripada itu.
Kenapa penulis kata begitu? Siapa sangka Umno tumbang pada
PRU 10 (1999). Umno pun tak sangka PAS boleh menang 28 kerusi.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan pucuk kepimpinan PAS
negeri menyatakan “PAS menang kerana umno”
.Cakap cakap ini dibuat dalam kebanyakan majlis anjuran kerajaan.
Pada PRU 11 (2004) PAS tak sangka boleh kalah begitu teruk,
tinggal 4 kerusi. Mengapa penulis kata begitu?banyak sebab musababnya.
Bayangkan, banyak
insentif dan inisiatif yang dilkakukan
oleh kerajaan PAS. Memansuhkan TOL Jambatan Sultan Mahmud. Menghapuskan cukai
pintu yang sering jadi rungutan rakyat.
Pendek kata banyak perkara yang sudah lansai melalui inisiatif
kerajaan PAS jauh lebih baik dan besar maknanya kepada rakyat berbanding kerajaan Umno sepanjang pemerintahannya.Asyik
menipu.
Cuba anda bayangkan. 50 ribu lot tanah telah diluluskan. 80 peratus dikhususkan kepada penyokong umno.
Nilai satu lot tanah ada yang berharga RM 100,.Tak munasabah mereka yang dapat
tanah undi umno.
Apalah sangat jika dibandingkan dengan RM 300 wang ehsan
dengan dapat satu lot tanah berharga RM 100,00.Tapi malangnya kerajaan PAS
tumbang juga hasil tangan tangan rakyat.
Bercakap pasal calon tak boleh menang penulis juga ada
dengar. Tapi bukan nama Datuk Mustafa Ali dan Yahya Ali sahaja, malah nama YB Mohd
wahid Endut dan Datuk Tengku Hassan Omar juga turut disebut sebut.
Tidak kisah jika nama Ustaz Abu Bakar Abdullah DUN Tepuh dan
nama ustaz Nik Zawawi Salleh DUN Kuala Besut turut disebut sebut sebagai calon
tak boleh menang dan tak selamat. Apatah lagi dibubuh muslimat bertanding DUN tersebut.
Ramai lagi bekas calon yang bertanding pada PRU 12 namanya disebut sebut tak boleh menang dan wajib
diganti dengan calon muka baru untuk mencapai kemenangan PRU 13 nanti.
Jika demikian, calon muslimat yang di uar uarkan untuk
diletakkan bertanding pada pru 13 nanti hatta di DUN selamat sekali pun juga di
sebut sebut calon yang tak boleh menang.
Lebib lebih lagi mana ada pucuk kepimpinan muslimat PAS yang berwibawa setakat ini
berbanding calon muslimin.
Sudah lama penulis intai intai calon muslimat yang boleh
diketengah untuk bertanding. Tiada seorang pun yang berwibawa.
Jika nama Mohd Wahid Endut telah disebut sebut sebagai calon
yang tak boleh menang. Apalah sangat dengan calon muslimat yang akan diletak
bertanding pada PRU 13 ini nanti.
Kesimpulannya kalah menang bukan hak pengundi (manusia) tapi
ia adalah hak Allah. Allah boleh beri kememangan kepada sesiapa yang dia kehendaki.Manusia
hanya berusaha.
Macam Datuk Mustafa
Ali. Siapa sangka boleh menang parlimen Dungun PRU 10 (1999) dan DUN Pengkalan
Beranggan.
Sudah didugakah, Yahya Ali kalah di tangan Alias Abdullah di
DUN Alur Limbat pada PRU 11(2004). Kalau tahu awal awal lagi kalah, mana
mungkin diletak bertanding juga.
Demikian juga apa yang berlaku terhadap Datuk Mustafa Ali,yang
kalah ditangan Alias Abdullah di DUN
Alor Limbat pada PRU 12.
Tidak mustahil dia boleh menang pada PRU 13 nanti di
Parlimen Dungun. Jika benar dia akan diletakkan bertanding nanti.
Demikian juga dengan Yahya Ali yang dikatakan calon tak akan
menang di DUN Alor Limbat berbanding dengan Dr Rosdi Ambak yang dikatakan calon
boleh menang itu.Kalah menang adalah ketentuan Allah.
Apabila Allah
menghendaki, maka jadilah.
Tuah manusia tiada siapa yang tahu, tuah ayam nampak dikaki.
Betul atau salah sama samalah kita fikir.
Fikir fikirlah dulu, sebelum beri kata putus. Manusia boleh
buat ramalan Allahlah yang menentukannya.
Terlanjak perahu boleh undur, salah cakap padahlah yang
menimpa.Kerana pulut santan binasa, kerana mulut hidup kecewa.