Tuesday, October 28, 2014

PasMA duri dalam daging?




Penulis tidak tahu nak kata apa pasal Pasma. Akan tetapi ramai yang kata PasMA adalah “DURI DALAM DAGING .”

Duri dalam daging PAS ke. Sudah barang tentu, kerana setakat hari ini orang pas Ma cuba dengan sedaya upaya memburuk buruk presiden yang mereka siqah selama ini.

Setahu penulis orang yang benci Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, tidak lain dan tidak bukan ialah orang umno.

Sememangnya musuhlah yang benci pada musuhnya. Tetapi sekarang ini musuh yang memusuhi presiden PAS nampaknya orang PAS sendiri.

Yang peliknya para ahli jawatankuasa sendiri yang menjadi musuh ketat kepada presiden dan umno nampaknya membisu seribu bahasa.

Kalau dahulu umno berhempas pulas untuk menjatuhkan Haji Hadi Awang dalam Pas miskipun dia bukan presiden.

Semasa ustaz Fadzil Noor jadi presiden umno berusaha sedaya upaya untuk  jatuhkan Haji Hadi Awang pada hal dia hanya timbalan presiden.

Usaha umno selama ini nampaknya telah disambung oleh orang Pas sendiri dalam suatu perancangan sulit agenda umno yang mahu hapuskan Haji Hadi Awang dalam PAS.

Tidak mustahil usaha jahat ini akan berolah kejayaan menerusi PasMA dan kerjasama umno memasukkan orang umno jadi ahli PAS.

Untuk tidak Nampak ketara sangat pihak berkenaan semomokkan bahawa Hadi Awang mahu tubuh kerajaan dengan umno lantas mempemerkan gambar gambar Hadi berpeluk dengan Najib.

Gambar gambar yang dipaperkan itu  seolah olah sebagai bahan bukti yang haji Hadi ini mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan umno .

Penulis ingat lagi, akhbar mingguan Malaysia pernah menyiarkan gambar Hadi dan Tan Sri Wan Mukhtar makan bersama dalam suatu majlis anjuran kerajaan Terengganu dengan tujuan orang membenci Haji Hadi Awang.

Kini PasMA yang kononnya untuk menyelamatkan pakatan rakyat memainkan peran aktivit untuk memburuk buruk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Tidak dinafikan nama presiden PAS sudah mula menjadi sendikit busuk dan tidak mustahil dia akan terus busuk hasil jajaan PasMa yang sudah masuk berkempen di negeri kelahiran presiden sendiri.

Penulis di beri,  sudah ada ahli ahli jawatankuasa kawasan kawasan di lapan kawasan di Terengganu yang bersekongkol untuk jatuhkan presiden PAS yang juga timbalan presiden ulama sedunia itu.


Saturday, October 25, 2014

Tambah pendapat rakyat?



Penulis tidak nafï memang usaha Perdana menteri untuk tambah pendapat rakyat akan menelorkan hasilnya.

Perkara ini telah diusahakan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika mula mula naik jadi perdana menteri  untuk tambah pendapatan rakyat.

Kaki tangan kerajaan mengambil peluang untuk tambah pendapatan masing masing kerana telah dibenarkan untuk melakukan apa sahaja kerja agar pendapatannya  berubah.

Sejarah telah membuktikan ada kakitangan kerajaan yang berniaga dan di ibukota ramai yang menjadi pemandu teski iaitu kerja tambahan diwaktu malam.

Apakah yng terjadi? Betul kakitangan boleh tambah pendapat masing masing,akan tetapi mutu kerja sebagai kaki tangan kerajaan jatuh dan memberi kesaan buruk kepada pentadbiran kerajaan.

 Manakal kaki tangan perguruan sust nilai kerana kebanyakan guru yang bekerja sambilan untuk tambah pendapatan mengabaikan bidang tugas masing masing kerana terlalu asyik dengan tugasan sambilan tersebut.

Walaupun kerja untuk pendapat sebagai usaha sambilan, tetapi seolah olah itulah kerja yang boleh menolong membantu meringankan beban  yang berat dek sara hidup yang tinggi.

Mereka bukan sahaja bermasalah dengan bidang tugas, malah mereka turut terbabit dengan pinjaman haram Ah long untuk tujuan tambah pendapatan sehingga ramai pula yang jadi bangkrap dan hilang kerja.

Tidak dinafikan mereka yang mahu tambahkan pendapatan  itu terbabit dengan pinjaman bank bank tempatan bertujuan untuk buat pelaburan saham yang di haramkan.

Inilah yang membimbangkan, termasuk betapa ramai kaki tangan kerajaan yang terbabit dengan rasuah atas sebab nak tambah pendapatan kerana sara hidup  tahun ketahun menjadi tinggi.

Usaha yang  akan dilaksanakan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak ini berhasil menjadi  kerajaan satu Malaysia akan jadi kerjaan yang kaya, tetapi rakyat menjadi miskin. Lebih daripada.

Inilah bukan prejudis penulis, tetapi ia adalah bukti sejarah yang tidak dapat dinafikan sepertimana yang berlaku pada kerajaan Terengganu yang terkenal dengan cogan kata dihati rakyat bahawa  Terengganu Negari kaya rakyat miskin.


Monday, October 20, 2014

Betulkah rasa village




Ramai orang melayu mempersoalkan iklan bahasa Melayu yang berbunyi “Rasa village”pada midin Mall Wakaf Tembesu Kuala Nerus Kuala Terengganu.

Pada penulis, perkataan “Rasa village” Iklan pada midin Mall yang akan dibuka tidak lama lagi itu seolah olah memperkecil bahasa Melayu dan mendewa dewakan bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu adalah keutamaan bagi iklan iklan di Malaysia disamping lain lain bahasa yang tidak menjadi keutamaan tetapi telah jadi keutamaan para peniaga berbangsa China.

Jika kita tak pernah ke Johor baharu dan Kuala Lumpur sudah barang tentu tak percaya ini Negara ini Negara Malaysia dengan iklan iklan dalam bahasa China dan Inggeris lebih terserlah berbanding iklan iklan bahasa Melayu di pusat pusat perniagaan.

Berbalik dengan perkataan Rasa village adalah gabungan dua bahasa iaitu rasa adalah bahasa melayu dan village adalah bahasa Inggeris.

Oleh itu ianya jelas suatu yang salah, kerana midin maal tidak menggunakan bahasa utama yang ditetap oleh pihak majlis bandaraya Kuala Terengganu.

Pihak bertanggungjawab kena ambil tindak memberi  nasihat pada pihak Midin maal untuk menukar perkataan  “rasa village” dan “rasa kampung”.

Jika pihak midin maal enggan atau berdegil juga pihak berwajib mesti memusnahkan iklan tersebut supaya penggunakan bahasa Melayu tidak tercemar.

Penulis hairan mengapa midin cuba memusnahkan bahasa Melayu yang menjadi keutamaan satu satu iklan di Negara ini.

Tidak nafikan di ibukota Kuala Lumpur Johor bahru ada pihak yang cuba memusnahkan penggunaan bahasa  Melayu hasil ketidakperihatian pihak PBT.

Tidak mustahil ia boleh berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu. Lebih lebih lagi gedung gedung perniagaan di  Wakaf tembesu 90 peratus adalah hak milik china Singapura.


Tuesday, October 14, 2014

Penulis disini




Ketika di kampus univesiti kebangsaan Bangi penulis ada dengar pelbagai isu berkaitan kenaikan harga minyak.

Semenangnya tidak wajar  minyak dinaikan, kerana Malaysia ada minyak sendiri, lainlah Singapura dan Thailand. Dua Negara itu tiada minyak sendiri maka harganya wajar mahal.

Yang peliknya dua Negara yang tiada mniyak  sendiri tak pun naikan harga, malangnya Negara kita yang ada mniyak sendiri sentiasa duduk naikan harganya.

Yang paling tak munasabah, ada menteri yang cuba bandingkan harga minyak kita dengan harga minyak Singapura dan Thailand.

Dan menteri berkenaan berkata, harga minyak kita lebih murah berbanding dengan harga minyak dua Negara itu.

Macam mana boleh terfikir membandingkan harga minyak Negara yang tak ada minyak sendiri dengan kita yang ada mniyak sendiri.

Orang awam memang boleh ditipu, kerana orang awam itu tidak jauh keadaannya dari haiwan,kerana haiwan juga merasakan kenikamatan dan kelazatan ketika mendapat nikmat seperti makan, minum, hubungan seksual dan lain lain, namun ia sama sekali tidak berfikir bahawa nikmat itu berasal daripada Allah SWT dan sememangnya haiwan tidak mempunyai akal untuk berfikir.

Kebanyakan mereka berpuas hati dengan BRIM RM 650 setahun yang diberi oleh kerajaan tanpa berfikir implikasinya.

Yang menghairan kita mereka tidak bimbang dengan kenaikan harga barangan selepas inim sedang salah seorang professor UKM pernah menyebut betapa buruknya kenaikan harga minyak yang dilaukan kerajaan satu Malaysia.

Seorang professor sangat tidak wajat menyuarakan kebimbangan kerana mereka mampu menyara hidup keluarga mereka hatta sara hidup  tinggi.