Friday, March 21, 2014

Betulkah orang syirik tiada tempat di akhirat

Sudah lama penulis tidak senang hati dengan orang Islam yang berkata, orang syirik tiada tempat di akhirat nanti.

Kebanyakan orang Melayu, terutama sekali ustaz, ustazah dalam tanyalah ustaz TV 9 tersalah faham menbuat kita jadi keliru.

Yang paling sedih sekali ulamak ulamak juga turut terpalit dengan isu berkenaan seumpana diatas  dalam kuliah kuliah agama mereka.

Persoalan yang timbul, betulkah orang syirik tidak ada tempat di akhirat nanti, sedangkan Allah dan Nabi SAW telah menjelaskan mereka yang syirik, tempatnya adalah didalam neraka.

Yang peliknya, mengapa ada ustaz dan ustazah  mengatakan mereka yang syirik tiada tempat diakhirat nanti.

Kalau tiada tempat di akhirat di manakah tempat mereka yang ditetappkan Allah di akhirat kelak.

Mengapa sebagai orang yang ditugas sebagai pendakwah boleh berkata demikian, sedangkan penyampaian itu jelas bercanggah dengan fakta Al Quran, Hadis dan keliru serta salah sama sekali .

Apakah mereka tidak merasa bersalah berkata demikian, sedangkan ianya sangat tidak wajar, kerana ia boleh mengelirukan orang awam yang mendengarnya secara langsung.

Terutama sekali bagi mereka yang rendah ilmu pengetahuan agama Islam dan dahagakan ilmu sebagai bekalan akhirat.

Banyak kata kata yang keluar dari mulut ahli agama boleh  mengelirukan dan tertanya tanya betulkah orang syirik tidak ada tempat diakhirat nanti, sedangkan Allah sendiri telah menjelas dengan sejelas jelasnya bahawa mereka itu di dalam neraka dan kekal.

Penulis pernah sentuh banyak perkara yang salah ketika menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat sehingga masih ada orang sendiri yang tergamak mengatakan agama Kristian adalah agama langit.

Jika kristian agama langit bagaimana pula dengan agama Budha dan Hindu, kerana kitab mereka sama cuma nama sahaja yang berlainan.

Apakah mereka tidak merasa bersalah, sedangkan itu jelas dan nyata salah. Kalau salah mengapa diulang ulangi lagi dalam kuliah kuliah berikut.

Maaf, mungkin penulis rendah dengan ilmu agama Islam punca tidak senang hati dengan kata kata seumpama itu.

Seperkara lagi, sehingga  hari ini masih 100 peratus penceramah penceramah ilimu agama mengatakan Islam dan barat sebagai suatu perbandingan Antara agama Islam dan bukan Islam.

Bagaimana harus difahami Islam dan barat, sedangkan di barat itu ada orang Islam disamping orang kafir.

Bagi penulis, perbandingan seumapama itu sangat tidak tepat dan mengelirukan, kerana barat lawannya timor. Selatan lawannya utara.

Pada hemat penulis, yang paling tepat, Islam dan kafir. Apakah kata perbandingan yang penulis sebut itu salah dari segi dakwah Islamiah.

Atau kita tidak boleh menyebut perkataan kafir, kerana ia sensitive sepertimana ada setengah pendapat mengatakan kita tidak boleh kata orang kafir itu kafir takut nanti merek akan masuk Islam.

Yang paling sedih sekali masih ada ustaz dalam TV mengatakan kita tidak boleh kata orang kafir itu musuh Islam, sedangkan Allah telah nyatakan bahawa kafir musuhNya. bermakna sekaligus musuh Islam.


Jika benar begitu orang Islam pun tidak boleh kata dia Islam takut nanti dia akan masuk agama lain  yang pernah berlaku terhadap orang Islam seluruh dunia.


Saturday, March 15, 2014

Tahniah JPJ Kuala Terengganu



Mangapa penulis ucap tahniah kepada JPJ Kuala Terengganu. Hendak tahu? Pasti orang Kuala Terengganu sudah sedia maklum apa perihalnya.

Penulis ucap tahniah kerana JPJ Kuala Terengganu sangat bagus sehingga buat orang yang ada urusan terpaksa menunggu sampai dua jam lamanya.

Kalau nak dapat cepat sikit terpaksa pergi turun dari rumah jam 7 atau 8 pagi kerana orang belum ramai lagi.
Seperkara lagi. Orang makan gaji yang nak baharu lessen atau cukai jalan terpaksa ambil cuti satu hari, 
 kerana terpaksa menunggu, kadang kadang sampai 3 jam lamanya.

Atas sebab itulah penulis mahu  mengucap tahniah kerana terlalu bagus perkhidmatannya berbanding dengan sebelum ini.

Sebelum ini nombor giliran dibuat orang nak ambil cukai jalan suku dan nak baharu lessen suku, tetapi hari ini nombor giliran dibuat sekaligus.

Bagi warga emas tersangat sukar kerana terpaksa menunggu begitu lama hingga berjam jam baru dapat giliran yang panulis kata sangat bagus.

Sekali lagi penulis ucap tahniah kerana bagus  untuk memudahkan orang ramai yang berurusan yang berkaitan dengan kenderaan, terutama sekali bagi warga emas yang lemah dan sedikit uzur.

Saturday, March 8, 2014

Kita tahulah nak tolong rakyat

Maknanya Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri satu Malaysia sangat marah dengan pembangkang.Nampak dengan jelas.

Penulis tidak tahu mengapa beliau sangat marah dengan pembangkang. Mungkin pembangkang musuh nombor satu dalam politiknya.

Dadah musuh Negara. Sebab itu dia tak bimbang.Jenayah yang bermaharajalela juga  musuh Negara dia tak ambil kisah sangat.

Fikir punya fikir, penulis dapat jawapan tepat dan sah ada dalilnya. Apa dia dalilnya? Tidak lain dan tidak bukan bahawa kata kata diatas ditujukan kepada Tun Mahathir dan Tun Daim.

Mengapa tidak? Kan Tun Mahathir tidak setuju dengan BRIM Najib. Demikian juga Tun Daim yang pasti amat tidak setuju dengan pemberian BRIM kepada rakyat.

Pembangkang juga dikatakan tidak setuju, tetapi para pemimpin pembangkang berkata ambil jangan tak ambil, kerana wang BRIM bukan wang umno.

Kata sesetengah pemimpin umno pembangkan memang marah dengan pemberian BRIM Najib itu, tetapi tidak lepas peluang dan berlumba lumba mengambilnya.

Dengan kata lain perdana menteri satu Malaysia tak marah dengan pembangkang. Beliau marah dengan Tun Mahathir dan Tun Daim yang berusaha untuk menjatuhkan Najib dari takta sekarang.

Sebab itu Tun Mahathir tidak setuju dengan pemberian BRIM dengan alasan rakyat sudah cukup setia dengan umno dan BN berdasar PRU 13 lepas. mengapa perlu diberi BRIM lagi.

Pada hemat penulis BRIMlah yang membuat BN menang dan kekal memerintah Malaysia. Kalau tidak sudah tentu putrajaya jatuh ketangan pembangkan pada PRU 13 lepas.

Atas sebab itu Najib mahu tidak mahu memasukkan bajet BRIM dalam belanjawan Negara 2014 yang dibentangkan tahun lepas.

Itulah perkiraan Mohd Najib. Sebab itu dia berkata saya tahulah nak tolong rakyat. Bukan itu sahaja, malah surat menyurat berkaitan pembangklang baucer BRIM seluruh Negara,  Najib sendiri yang tanda tangan.

Musuh nombor satu Najib adalah Anwar Ibrahim yang sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. 



Sunday, March 2, 2014

Ekonomi Negara cemerlang rakyat semakin susah


 Bank Negara Malaysia umumkan pencapaian  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat 2013  lebih baik daripada diunjurkan iaitu 5.1 peratus.

 seperti mana diumumkan Bank Negara Malaysia semalam, membuat penganalisis optimistik 2014 akan menyaksikan kadar itu berlegar di sekitar lima peratus. 

Bagi keseluruhan 2013, pertumbuhan KDNK mencapai purata +4.7 peratus, jelas lebih rendah daripada 5.6 peratus dicapai pada 2012. 

Dalam satu nota hari ini, Alliance Research menjangkakan pertumbuhan 2014 akan lebih kukuh iaitu lima peratus, disokong oleh pemulihan dalam sektor luar dan permintaan domestik yang kukuh.

Dan ianya akan merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara.  Seperti pada tahun lalu, pertumbuhan akan didorong oleh permintaan domestik, disokong oleh perbelanjaan sektor swasta yang mantap dalam kegiatan penggunaan dan pelaburan.

Bagaimanapun, besar kemungkinan pertumbuhan akan sederhana berikutan langkah kerajaan menyelaras perbelanjaan sejajar matlamat mengurangkan defisit.

Penulis boleh setuju bahawa ekonomi Negara cemerlang , bukan sahaja disokong oleh perbelanjaan sector swasta yang mantap dalam kegiatan penggunaan pelaburan.

Akan tetapi telah disokong kenaikan harga minyak dan potongan subsidi sehingga menghasilkan dapatan  RM 13 bilion dan tambah RM 1.1 bilion lagi dalam masa sekelip mata.

Persolan yang timbul sekarang sara hidup rakyat jadi tinggi kerana kenaikan harga barang yang membuat rakyat hidup susah.

Ekonomi kerajaan cemerlang, tetapi bagaimana pula dengan kesusahan rakyat yang telah memberi mandap BN memerintah Malaysia.

Wajar kerajaan jadi kerajaan yang kaya, tetapi rakyat dibiar hidup terhimpit dengan pelbagai kesusahan.

Sudahlah yang miskin semakin hari semakin bertambah miskin dan yang kaya semakin hari semakin menjadi semakin kayaraya.

Wajar jurang yang dalam ini dibiarkan menjadi lebih dalam dan lunag yang besar menjadi lebih besar kepada rakyat yang perlu kepada pembelaan kerajaan yang telah diberi mandap itu.