Dua minggu lepas salah seorang bekas kontraktor yang
mengajak penulis minum kopi sambil bersantai memberitahu segala projek di
Terengganu dikuasai dan ikut telunjuk tauke.
Dua tiga hari lepas seorang kontraktor ketika minum di kedai kopi
sambil bersantai bercakap pasal tauke Muhyidin sudah masuk negeri Terengganu.
Bercakap pasal tauke, penulis ingat tauke Tun Mahathir Mohamad
dan Tan Sri Wan Mukhtaryang menguasai pulau Redang dan Tasik kenyir.
Manakala tauke Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri
Idris Jusoh menguasai Pulau Duyung dan Pulau Wan Man hingga mereka jadi
kayaraya segera.
Bukan sahaja tauke tauke itu yang buat harta, malahan anak Tun Mahathir,anak Tun Abdullah dan adik Datuk
Seri Mohd Najib jadi antara orang terkaya di Negara ini.
Oleh itu, penulis tidak terkejut apabila soseh soseh tauke
perdana menteri , tauke timbalan perdana, tauke menteri menteri dan tauke
timbalan timbalan menteri bermaharajalela disana sini di Negara ini.
pendek kata semua para pemimpin umno mempunyai tauke tauke
masing.Datuk Ahmad Said yang mengatakan negteri Terengganu dibawah terajunya
bebas rasuah juga ada tauke yang menguasai ekonomi negeri kaya rakyat miskin
ini.
Apa hendak dihairankan. Usah menteri besar malahan exco exco
dan wakil rakyat wakil rakyat juga, masing masing ada tauke. Sebab itu jadi
wakil rakyat sepenggal pun sudah boleh buat rumah harga jutaan ringgit.
Mengapa tidak? Projek RM 5.6 juta diberi kepada kontraktor
RM 4.6 juta. Cuba anda bayangkan. Sudah tentu RM 1.6 juta dalam tangan.
Cuba anda bayangkan sebatang jalan sepanjang 5.6 kilometer
berharga RM 250 juta diberi kepada kontraktor (tauke) dengan harga RM 100 juta.
Pasti RM 150 juta dalam tangan. Masing masing dapat habuan.
Demikian juga dengan sebuah jambatan yang berharga RM 210 juta.
Anda boleh kira sendiri berapa juta dalam tangan.
Sebuah jambatan yang akan dibina dari Losong Fere ke Teluk
Pasu yang berharga RM 250 juta dan sebuah jambatan cantik dan klasik akan
dibina dari Tanjung Kapor ke Sebarang Takir yang berharga RM 250 juta.
Sebuah Bandar Baharu di Kuala Nerus seluas 378 ekar katanya
akan diberi kepada tauke Tan Sri Muhyiddin sahaja setelah berhijrah dari Johor
ke Terengganu.
Ini yang membuat kontraktor negeri Terengganu terpaksa
golong tikar. Tidak dinafikan masih ada beberapa orang yang diberi projek
berharga dibawah seratus juta.Manakala yang berharga ratusan juta keatas
kebanyakan diberi kepada tauke tauke timbalan perdana menteri dan menteri
besar.