Thursday, July 26, 2012

Setiausaha politik MB Kedah rasuah?


 Bercakap pasal Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melantik peguam untuk mengendalikan kes fitnah mengaitkan dirinya dengan tuduhan rasuah bernilai RM1.3 juta, teringat saya dengan bekas pengarah Yayasan pembangunan Keluarga Terengganu..

Beliau (Ustaz Ismail Dagang) difitnah  dengan tuduahan memakan rasuah bernilai RM 2 juta dan telah diberhentikan menjawat jawatan tersebut secara mengejut, sedangkan belum pasti sama ada terbabit dan sebaliknya.

Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sedia maklum dengan kes bekas pengarah Yayasan pembangunan keluarga Terengganu, kerana MB dan Exco Kanan Terengganu kawan arkabnya dan pucuk kepimpinan PAS Pusat.

Yang mengecewakan Ustaz Ismail Dagang yang nekad melantikkan jawatan guru hilangan mata pencarian dan punca ketidak bertanggungjawaban exco kanan kerajaan Terengganu waktu itu.

Saya bimbang takut kalau kalau kes Setiausaha politik menteri Besar Kedah akan senasib dengan bekas pengarah yayasan pembangunan keluarga Terengganu kerana terlalu cepat percaya dengan fitnah yang dilakukan umno.

Pas Kedah kelihatan kedepan berbanding dengan PAS Terengganu dalam kes menghadap fitnah dan tuduhan umno, kerana Ketua Dewan  pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya menyokong  Mohammad Sanusi mengambil tindakan undang undang.

Kita percaya, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.

Menteri Besar dan barisan Exco Kedah kena hati hati agar ia tidak berlaku dengan apa yang berlaku pada kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) bahawa dia adalah fitnah umno untuk mecemar reputasi kerajaan yang bermenterikan ulamak.

Oleh kerana  beliau (Muhamad Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam kerajaan dan parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, jangan ambil mudah dan tindakan terburu buru nanti kesannya akan menyesal kemudian hari.

Kita juga kena ingat bahawa  budaya fitnah-menfitnah adalah amalan yang sangat lazim dilakukan umno terhadap pas musuhnya dan amat tidak  patut berlaku pada bulan mulia ramadhan ini.

Ingat, jangan mudah percaya dengan musuh kita kerana ia boleh membuat reputasi parti dan kerajaan lebih buruk. Lebih lebih lagi kes pembelian saham Felda oleh kerajaan sedang jadi isu besar.


Saturday, July 21, 2012

Datuk Nasir masih tidak puashati?



Sememangnya Datuk Nasir Ibrahim Fikri anak bekas menteri Terengganu yang berhenti kerana terbabit dengan kes rasuah masih tidak puashati.

Bayangkan, Anak bekas orang besar dalam umno seperti Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hismuddin Huseein berjaya dalam cita cita masing masing.

Datuk Seri Najib Razak pernah menjadi menteri besar Pahang , menteri kabinet, timbalan perdana menteri dan perdana menteri. Datuk Seri Hismuddin Husein dapat jadi menteri dalam kabinet.

Akan tetapi dia (Nasir) hanya Berjaya jadi ahli parlimen saja setakat ini, sedangkan sudah lama dia memasang cita cita untuk jadi menteri besar Terengganu dan menteri kabinet.Tapi gagal.

Atas sebab itulah dia bertungkus lumus dan berusaha sedayaupaya untuk mencapai cita cita yang dipasang selama ini.

Untuk dilantik sebagai menteri Kabinet sudah begitu jauh dan usah harap Najib memilihnya, kerana ada tokoh lain dari Terengganu yang lebih layak di lantik sebagai menteri.

Kini beliau (Nasir) dikatakan akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 nanti. Itulah berita yang tersebar secara meluas buat masa ini.Lebih lebih lagi hubungannya dengan Sultan Mizan begitu akrab.

Persoalan yang timbul, DUN manakah yang akan diberi bertanding oleh UMNO Malaysia pada PRU 13 nanti.Ia masih jadi teka teki lagi.

PRU 12 nama beliau tiada dalam senarai sebagai calon ADUN ke atau calon Parlimen ke.Akhirnya dia diletak bertanding Parlimen Kuala Nerus atas sebab  pertama, beliau terlalu licik dalam politik namanya timbul semula miskipun sudah tenggelam atas sebab kedua, terlalu akrab dengan Agong masa tu.

Pada saya ruang untuk beliau jadi menteri Besar Terengganu selepas PRU 13 mungkin sudah tertutup, kerana tokoh lain yang dikatakan lebih berwibawa berbandingnya sudah mula disebut sebut akan dilantik mengganti Datuk Seri Ahmad said.

Sebelum ini nama yang disebut sebut  akan dilantik sebagai menteri Terengganu tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani setiausaha politik Najib. Nama itu sudah terkubur, kerana umno Setiu tidak sekali merestuinya.

Datuk Wan Ahmad Wan Omar timbalan pengerusi SPR juga pernah disebut akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 juga gagal dinobat kerana Datuk Wan Ahmad timbalan Setiausaha kerajaan juga mahu mencuba nasib bertanding di DUN Wakaf Mempelam.

Dua nama akhir akhir ini disebut sebut akan mengganti Ahmad Said ialah tak lain dan tak bukan ialah Datuk Syaberi Chik menteri Belia dan sukan dan nama Azmi Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menjadi mangsa percaturan licik politik Nasir pada PRU 12.

Beliau dikatakan akan bertanding DUN Bukit Tunggal PRU 13 ini. Ada kemungkinan Nasir  akan balik Kampung asal kelahirannya tiada dalam senarai calon walaupun ada cerita, Razif Abdul Rahman ADUN Sebarang Takir dan juga EXCO  akan diberi tempat untuk bertanding sebagai ahli parlimen Kuala Nerus.

Ini adalah cerita yang saya dengar dari sumber sumber yang  boleh dipertanggungjawab dan di percaya benar dan berasas.

Friday, July 13, 2012

Biar Tun Mahahtir berkokok puas puas


Wahai Anwar Ibrahim, jangan marah dengan Tun Mahathir Mohamad tu. Biar dia berkokok puas puas.
Ingat tak, ke tak ingat dengan apa yang berlaku dan terjadi pada umno pada pilihanraya umum ke 12 dulu.

Tun Mahathirlah punca lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan rakyat. Bukan itu saja, malahan telah Berjaya menafikan dua pertiga wakil rakyat dalam parlimen.

Dia serang Tun Abdullah Ahmad Badawi habis habisan. Bukan setakat itu saja, malah dia keluar dari umno atas nama marah dan dendam.

Marah Tun Mahathir pada Tun Abdullah Ahmad Badawi ada asasnya, Bayangkan, orang yang dibunuhnya dihidupkan semula.

Anwar Ibrahim orang yang dia marah telah dihidupkan semula, maka marahnya tetap dihala kepada Tun Abdullah  dan hasilnya Umno jatuh merudum.

Jangan susah hati wahai Anwar Ibrahim, kerana marah Mahathir kepada kamu itu suatu rahmat yang barangkali Putrjaya dalam tangan kamu PRU 13 nanti.

Oleh itu biarlah Tun Mahathir berkokok sepuas puasnya dan samapi masa dia tahu langit tinggi atau rendah.
Tak salah dia minta kamu bersara sebelum datangnya PRU 13.Kerana hak dia berbuat demikian. Kan kamu dah kata kamu akan bersara selepas PRU 13 jika gagal tawan Putra jaya.

Biar dia buat bising, kerana bising bekas Perdana menteri besar kemungkinan akan memberi rakmat pada perjuangan  Bekas timbalan perdana, yang juga bekas menteri kewangan yang mahu tak mahu rakyat 1 malaysia sudah kenali siapa sebenarnya kamu.

Sudah beberapa kali kamu lulus ujian yang Allah uji tu. Jangan marah, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “jangan marah” .Istiqamahlah, semoga mencapai cita cita kamu selama ini.





Saturday, July 7, 2012

Anwar Ibrahim nyatakan yang dia adalah anak jantan

Pendek kata hampir semua Pucuk kepimpinan umno telah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kata kata kalau anak jantan sila tunjukkan.

Dari segi fizikal antara jantan dan betina boleh dizahirkan melalui kemaluanya, tetapi zaman jahiliah modern kadang kadang  jantan boleh tukar “jantinanya”. Manakala yang betina tidak boleh berbuat demikian.

Semua rakyat 1 Malaysia mengenali Anwar Ibrahim sebagai jantan dan dicabar supaya tunjuk kejantanannya.

Anwar dianggap oleh musuh politiknya tidak berani menunjukkan kejantanannya atas sebab tertentu yang mungkin tidak boleh di elakkan kerana kononnya dia ada RM 3 bilion dalam satu akauan semasa menjadi timbalan perdana menteri dulu.

Sebaik saja dicabar oleh Ta Sri Muhyiddin Yassin Anwar Ibrahim buat kenyataan media mencabar balik agar timbalan perdana mengisytiharkan hartanya.

Dengan cabaran balas itu Tan Sri Muhyiddin Yassin membisu seribu bahasa. Maka isu tersebut mati tiba tiba.
Oleh kerana pucuk kepimpinan umno teringin sangat agar Anwar Ibrahim tunjuk kejantannnya, maka dinyatakan yang dia akan bersara dalam arena politik jika gagal tawan putra jaya selepas PRU 13 nanti.

Pada saya  sah inilah Anwar Ibrahim adalah “anak jantan” kerana berani menyatakan yang dia akan bersara dalam dunia politik.

Walaupun ada pucuk kepimpinan umno berkata itu hanya Psikologi Anwar Ibrahim saja, tapi pada saya itulah perisip yang di pegangnya. 

Beliau berani bertindak demikian sepertimana pernah dilakukan sebelum ini. Inilah sikap seorang pemimpin yang “berwibawa” dan “berkarisma” kerana beliau faham kedudukan dan pengaruhnya dalam politik mutakhir ini.Macam juga Datuk Seri Tuan Guru Abdul Haji Hadi Awang yang menyatakan yang dia akan bersara.

Bayangkan PRU 12 pengaruhnya boleh menafikan 2/3 wakil umno dalam parlimen. Jika PRU 13 nanti PR gagal tawan putrajaya bermakna pengaruhnya jatuh merudum, maka tiada guna lagi beliau bergiat cergas dalam arena politik Negara miskipun PR memerlukannya.

Siapakah pucuk kepimpinan umno  yang berani berbuat demikian? Setakat hari ini belum seorang pun yang berani menyatakan yang dia akan bersara, Tun Abdullah Ahmad Badawi diugut dan dihambat tinggalkan jawatan perdana menteri dan presiden umno dianggap buruk dikepala oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir berbuat demikian kerana pengaruhnya jatuh merudum dalam PRU 10 (1999) dan juga factor usia yang begitu lanjut dan lama memerintah. Atas sebab itulah Tun Mahathir bersara berbanding  Anwar Ibrahim yang berusia 65 tahun 2012.Masih layak memerintah Negara 1 Malaysia ini.

Atas sebab beliau anak jantan, maka dinyatakan hasratnya yang dia akan bersara jika PR gagal tawan Putrajaya selepas PRU 13 nanti.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun sering uzur dan lanjut usianya.Tiada sebab dia akan berbuat demikian.

Dengan daya juang yang tinggi  dan dengan samangat yang ketal, belum ada niat dan hasratnya untuk bersara, malah ada pihak mengatakan yang dia akan bertanding sebagai ahli parlimen PRU 13 nanti.