Oleh itu
mengapa mesti rasa hairan dengan seorang bekas menteri yang ada wang dalam peti
besi dirumahnya sebanyak RM 250,000.
Seorang
menteri yang walaupun gaji pokoknya RM 18,000 satu bulan, akan tetapi aluannya
24 jam.
Maka tak
mustahil pendapatan bulanan mereka tak kurang dari RM 50,000 sebulan. Malahan
ada menteri yang pendapatan bulanannya sebanyak RM80, 000 satu bulan.
Betul gaji
pokok RM 18,000 satu bulan, akan tetapi elauannya 24 jam. Cuba bayangkan untuk
kita rasa ianya munasabah.
Mungkin anda
masih ingat lagi, tiga ahli parlimen Malaysia suatu masa dulu pernah dapat
hasil bulanan sebanyak RM 100,000 sebulan.
Sudah tentu
tidak munasabah. Akan tetapi itulah realitinya. Ketiga tiga ahli perliman
tersebut ditahan dan diakwa di mahkamah yang akhirnya mereka itu dibebaskan.
Sesungguhnya
pendapatan seorang menteri walaupun gaji pokoknya hanya RM18,000 sebulan dan
aluannya 24 jam pasti dapatan bulanannya tak kurang dari RM50,000 sebulan. Mungkin
ada yang dapatannya sampai angka RM 100,000 sebulan.
Oleh itu,
tak mustahil mereka bergelar jutawan setelah bekerja selama tiga tahun.
Bayangkan
dapatan mereka RM 50,000 satu bulan. Lima bulan mereka ada wang simpanan
sebanyak RM 250,000.Gaji mereka tak luak.
Mengapa? Mereka
tak pakai pun dapatan bulanan itu, kerana sara hidup mereka ditanggung
sepenuhnya oleh kerajaan.
Jadi, jika
mereka bekerja selama 22 bulan hasil dapatannya sebanyak RM 1.1 juta.Mungkin
lebih lagi.
Dua puluh dua bulan
bekerja sudah jadi jutawan.Itu kalau pendapatanya RM50,000 satu bulan bayangkan
kalau dapatan mereka RM 80,000 atau RM100,000 satu bulan.
Tidak lama
dahulu kita di maklumankan bahawa bekas salah
seorang menteri ada harta sebanyak RM 2 bilion.
Dan baru
baru ini bekas menteri wilayah persekutuan dikatakan ada harta sebanyak RM2
bilion.
Datuk Seri Anwar
Ibrahim ketika berceramah di Pekan Ajil Hulu Terengganu suatu masa dahulu pernah
mendedahkan bahawa setiap seorang menteri di Malaysia ini ada wang sebanyak RM
300 juta.
Kenapa mesti hairan dengan kes bekas menteri belia dan sukan yang hilang wang simpanannya sebanyak RM 250,000 itu?