Sunday, June 28, 2009

Orang Umno Terengganu marah marah dengan kerajaan?

Jarang kita dengar pasal orang Umno marah marah dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Mungkin orang umno yang marah marah itu terdiri daripada penyokong Datuk Seri Idris Jusoh.

Mungkin mereka sudah muak dengan gelagat Datuk Ahmad Said yang dikatakan tetap kekal sebagai menteri besar sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti.

Orang Umno selama lamanya tidak pernah marah marah, kerana mereka dapat apa yang mereka tuntut, kecuali orang PAS yang sering marah marah dengan kerajaan, kerana hak mereka dinafikan.

Lebih lebih lagi kini ”borang” wang raya sudah mula diagih agihkan, termasuk wang raya sebanyak RM 200 kepada remaja juga turut diagihkan borangnya.

Atas sebab itulah orang PAS marah marah dengan kerajaan kerana borang wang raya tidak diberi kepada mereka sedangkan mereka rakyat Terengganu dan ada berhak untuk mendapatinya.

Yang hairannya orang Umno sendiri nampaknya mulai marah marah tidak tentu pasal.
Mereka amat marah. Malah ada antaranya mengatakan kerajaan zalim. Siapa zalim, siapa tidak , kita tidak tahu. Yang kita tahu orang UMNO memang marah marah pada kerajaan sekarang.

Mungkin atas sebab JKKK orang Idris Jusoh tidak beri borang wang raya kepada orang Ahmad said. Mungkin juga JKKK orang Ahmad Said tidak beri borang wang raya kepada orang Idris.Inilah puncanya. Mungkin juga.

Oleh itu adalah teramat wajar mereka marah marah. Demikian juga orang PAS yang sejak dahulu lagi asyik marah marah dengan kerajaan yang tidak pernah berlaku adil terhadap mereka .

Pada hal mereka rakyat Terengganu juga dan ada hak untuk mendapat wang raya.

Malangnya mereka dinafikan haknya, Maka adalah tersangat wajar mereka marah marah dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Yang peliknya orang Umno dilaporkan sudah mula marah marah dan sudah jadi isu punca UMNO Terengganu berpuak puak dan berpecah belah.

Mengapa boleh jadi begitu? Mungkin ada kalangan orang Umno yang tidak dapat borang wang raya. Sebab itu mereka marah marah. Siapa tak marah jika mereka pada tahun lepas diberi wang raya dan tahun dinafikan haknya.

Mustahil orang Umno yang menjadi penyokong tegar Idris Jusoh dinafikan haknya. Memang tidak patut diperlakukan demikian. Lainlah jika diperlakukan pada orang PAS.

Cerita terbaru, seramai 8 JKKK orang Datuk Rasol Wahid di Parlimen Hulu Terengganu di pecat. Inilah akibatnya yang sudah tentu membuat borang borang wang raya tidak sampai ke tangan tangan yang berhak.

Orang PAS patut diperlakukan sedemikian rupa, kerana mereka tidak mengundi Umno.

Seminggu dua ini ada kedengaran pasal banyak janji pilihanraya lepas tidak ditunaikan sehingga hari ini.

Misalnya mengenai janji Umno kepada 89 penghuni setinggan Kuala Ibai dalam musim pilihanraya umum ke 12 lalu.

Penghuni setinggan Kuala Ibai yang dijanjikan akan memindahkan mereka ketempat pemindahan di Lot Tok Adis belum ditunaikan lagi hingga sekarang ini.Entah mengapa sebabnya kita tidak tahu.

Tuntutan demi tuntutan dilakukan. Malangnya mereka yang telah diberi nombor rumah dalam satu majlis masih kekal tinggal di setinggan asal juga.

Lapan puluh sembilan penghuni rumah setinggan yang dijanjikan itu bukan semuanya orang PAS. Sudah tentu ada orang Umno.Kalau begitu halnya siapa tak marah. Janji hanya tinggal janji.

Inilah dikatakan taktik yang digunakan oleh kerajaan UMNO/BN Terengganu.Taktik licik ini masih kekal dan dijadikan senjata setiap kali tibanya musim pilihanraya Umum.

Yang hairanya rakyat boleh percaya dengan taktik seumpama ini. Pada hal ini suatu pembohongan yang jelas dan nyata. Bayangkan 89 penghuni rumah setinggan Kuala Ibai yang besar harapan untuk pindah di tempat penempatan baru yang di janjikan pada musim pilihanraya umum ke 12 hampa.


Adalah wajar kerajaan yang memerintah sekarang ini dimarahi, kerana tidak menunaikan janji yang dijanjikan. Ini menunjukkan slogan rakyat didahulukan tiada membawa apa apa arti, kerana tidak kota apa yang katakan.

Bercakap pasal orang Umno marah marah dengan kerajaan yang memerintah Terengganu ini, teringat saya dengan kes wang zakat asnab fisabillah yang diagihkan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat lebih tinggi.

Dengar cerita, bukan pelajar anak orang PAS sahaja yang tidak mendapat wang yang diperuntukan itu, malah ramai pelajar anak orang Umno turut terpinggir, terutama sekali yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta.

Ini juga menyebabkan orang Umno marah marah sehingga ada yang tergamak mengatakan kerajaan zalim atas sebab wang zakat asnab fisabillah anak mereka dinafikan haknya.

Zaman PAS memerintah Terengganu (1999-2004) boleh dikatakan semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran baik diluar Negara dan dalam negara diberi wang zakat yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini wang zakat diberi hanya terpilih sahaja, manakala anak penyokong PAS dinafikan haknya. Apabila PAS menang dan memerintah Terengganu melaksanakan kaedah sesiapa yang berjaya melanjutkan pelajaran semuanya diberi tanpa mengira sokongan mana mana parti.

Setelah PAS kalah pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 kerajaan Terengganu yang diterajui oleh Datuk Idris Jusoh telah menarik balik peruntukan itu dan kaedah yang dibuat oleh kerajaan PAS dimansuhkan sehingga menyebabkan para pelajar anak terengganu di London dan Mesir menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan terpaksa berhenti kerana wang zakat ditarik balik.

Dua tiga minggu lepas penulis mendengar orang Terengganu memuji Ahmad Said kerana para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran baik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diberi wang zakat tanpa mengira latar belakang sokongan ibubapa masing masing.

Pendek kata semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi awan dan Swasta diberi wang zakat yang diperuntukan melalui asnab fisabillah

Dalam pada itu beberapa orang bapa yang memberitahu penulis anaknya ada memohon wang zakat, tetapi malangnya sehingga hari ini belum dapat lagi.

Beberapa orang bapa termasuk orang Umno menyatakan betapa kecewa mereka kes itu, kerana mereka gagal mendapat wang zakat, sedangkan mereka berhak. Lebih lebih lagi pada yang kurang mampu, termasuk anak anak persara yang mengharap pencen yang tidak seberapa.

Siapa tidak kecewa apabila diperlakukan demikian, sedangkan orang yang berada dan mampu dapat wang zakat, termasuk anak beberapa EXCO. manakala mereka yang benar benar layak dinafikan haknya.

Apalah arti Wan Harujan Sulaiman, pegawai Eksekutif Zakat Maidam berbangga dengan kutipan zakat yang semakin bertambah dari tahun ke tahun itu, sedangkan Asnab fisabillah tidak diagih secara adil.

sekian....................

Tuesday, June 23, 2009

Perkara perkara yang membatalkan akidah

Saudara muslim. Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan akidah seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.

Pertama, Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Frimannya yang bermaskud: Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya (kekal) didalam neraka, dan tiada penolong bagi orang orang yang zalim”. (surah Al Maidah ayat 72).

Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan dari orang orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.

Kedua, menjadikan sesuatu sebagai perantara diantara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut menurut kesepakatan (ijma’ ) ulamak adalah kafir.

Ketiga, Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, ia telah kafir.

Keempat, Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi adalah lebih sempurna atau berkeyakinann bahawa hukuman yang lain daripada hukum Allah lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah SAW, maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.

Contoh, a) Berkeyakinan bahawa peraturan atau pandangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam.

-Atau berkata bahawa undang undang Islam tidak sesuai dilaksanakan dizaman globalisasi ini.

- Atau berkata Islam adalah penyebab kemunduran kaum muslimin.
- Atau berkata Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan duniawi.

b) Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (mushsan) tidak sesuai lagi pada zaman kini.

c) Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan Allah sama ada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum hukum tersebut lebih utama daripada syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.

Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan nyata diharamkan oleh Allah dalam perkara seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam ( ijma’).

Kelima, membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW sebagai syariat, walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana Firman Allah yang bermaksud: ”demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka” (Surah Mohammad ayat 9).

Keenam, Mempersendakan Allah atau kitabnya atau Rasulullah atau sesuatu daripada ajaran Islam, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah yang bermaksud: ” Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat ayatnyanya Rasulnya kamu sekalian memperolak olak? Tiada artinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman” (At Taubah ayat 65-66).

Ketujuh, Sihir, diantaranya ilmu guna guna (sarf) iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah yang bermaksud: ”Sedangkan kedua dua malaikat itu tidak mengajar (suatu sihir) kepada sesiapapun sebelum mengatakan sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu. Oleh itu janganlah kamu menjadi kafir (surah Al Baqarah ayat 102).

Kelapan, Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah yang bermaksud: ” Dan barang siapa diantara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk didalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang zalim” (surah Al Maidah ayat 51).

Kesembilan, berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikut syariat Mohammad. Orang yang berkeyakinan demikian adalah kafir, kerana Firman Allah yang bermaksud: ” dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan diakhirat ia tergolong dikalangan orang orang yang rugi” (surah Al Imran ayat 85).

Kesepuluh, Berpaling daripada agama Allah atau perkara perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa memperlajarinya dan tanpa melaksanakan ajaranya, kerana firman Allah yang bermaksud: ”Tiada yang lebih zalim daripada orang orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadannya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang orang yang berdosa” (surah As – Sajadah ayat 22).


Dalam perkara yang membatalkan akidah muslim ini hukumannya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam maut dan dipaksa.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaanNya dan seksaan yang sangat pedih dan kekal didalam neraka.

Friday, June 19, 2009

Nik Aziz bidas Nasharuddin Mat Isa perkara biasa sahaja

Dr Wan Hamzah Wan Awang (wahba) yang tinggal di Desa Jaya kepong SMS kepada saya bertanya soalan, bagaimana orang PAS berbalah sama sendiri. Soalan yang dikemukakan kepada saya itu barangkali ada kaitan dengan berita dalam TV3 dan berita akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk: “Nik Aziz bidas Nasharudin”

Berita Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:

Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.
Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?
Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?
Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.

Jawapan kepada soalan SMS Dr Wan Hamzah

Jawapannya mudah. bayangkan sebuah rumahtangga. Nik Aziz Nik Mat itu seorang ”ayah” dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa itu ”anak”. Ayah yang sayang kepada anak pasti berkata apa yang dimaksukdan.

Ayah yang hendak marah kepada anak anaknya kadang kala akan berkata yang hodoh hodoh termasuk meminta anak keluar dari rumah atau dengan kata lain menghalau anak pergi dari rumah, kalau tidak dengar kata sangat. Degil.Memang anak remaja degil. Bukan setakat degil malah ada sedikit gila. Ada gila yang membahayakan dan gila yang tidak membahayakan.

Inilah tindakan seorang ayah yang sayangkan anaknya. Sebagai langkah bijak untuk pengajaran, itulah harus diperlakukan. Bukan setakat itu sahaja, malah ayah boleh dirotan anak jika perlu. Anak yang bijak faham dengan tindakan ayahnya. Kalau kurang cerdik baarangkali tidak faham dengan tindakan ayahnya. Ini yang membuat jadi haru biru.

Kita harap anak yang kena marah tadi faham dengan tindakan yang dilakukan oleh ayah dan ayah juga tahu dengan tindakan itu. Orang luar mungkin melihat kes itu suatu yang tidak patut. Maklum sahaja mereka tinggal rumah lain. Itu adalah suatu yang lazim berlaku dalam rumah tangga, demikian juga dalam parti politik, sebab itu ada yang keluar parti kerana tidak tahan dengan ujian. dan ada juga yang dipecat kerana berbahaya.

Itulah yang saya fahami dan tidak ada yang luar biasa dengan tindakan Nik Abdul Aziz Nik yang membidas Ustaz Nasharuddin Mat Isa tempoh hari.

Thursday, June 18, 2009

PAS Malaysia tidak mahu perubahan?

Sesetengah akar umbi PAS Terengganu bertanya mengapa Ustaz Datuk Harun Taib dilantik semula sebagai pesuruhajaya PAS negeri ini.

Jawapnya mudah sahaja. Ini menunjukkan PAS Malaysia tidak mahu melakukan perubahan miskipun akar umbi mahukan perubahan.

Jika Pas Malaysia benar benar mahukan perubahan berlaku di negeri Terengganu untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti memang boleh dilakukannya.

Mengapa tidak? Dalam muktamar ke 55 lalu, dua pemimpin Pas Terengganu yang dikatakan layak menerajui Badan Perhubungan PAS Terengganu menang dalam pertandingan ahli jawatankuasa.

Ustaz Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman Syed Alwi yang dipilih dalam muktamar ke 55 itu merupakan tokoh kepimpinan yang layak dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Terenggnau yang baru.

Melantik Ustaz Abu Bakar Chik sebagai pesuruhjaya dan Syed Azman sebagai timbalan pesuruhjaya satu bukan bermakna mengketepikan Ustaz Harun Taib yang sudah acapkali menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu.

Ustaz Harun Taib biarlah dengan jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia yang dikatakan sangat layak dengan perwatakannya yang begitu tegas dan berani mempertahankan kebenaran dasar perjuangan PAS yang dikatakan hampir hampir terpinggir.

Bagi saya tidak ada orang yang lebih layak menerajui Dewan Ulamak PAS Malaysia berbanding dengan ustaz Harun Taib, kerana tegas dan berani.

Namun begitu PAS Terengganu pada pandangan saya harus diberi kepada tokoh lain yang boleh membuat perubahan apabila diterajui tokoh proaktif seperti ustaz Abu Bakart Chik, Dr Syed Azman.

Ada yang tanya penulis siapa dua orang lagi untuk dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya, kerana Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dikatakan sudah tidak berminat lagi memegang sebarang jawatan dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Bagi penulis masih ramai yang layak. Mereka bukan calang calang orang untuk sama sama melayari bahtera PAS Terenggganu. Cuma mereka ini tidak mahu dan pernah diberi keyakinan untuk mencuba kebolehan masing masing.

Saya boleh sebut bahawa Cikgu Husein Ismail yang sarat dengan idealismenya, Cikgu Mohamad Abdul Rahman yang sarat dengan motivasinya dan Ustaz Abu Bakar Abdullah yang masih yakin dengan konsepsi gabungan air sejuk dengan air panas suatu yang amat penting dan merupakan elemen shaf kepimpinan yang boleh diberi kepercayaan untuk melayari bahtera PAS Terenggganu, disamping mengekalkan Yahaya Ali sebagai setiausaha dan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Bendahari.

Ketua Penerangan harus ditukar kerana terlalu sentimental dengan jawatan yang disandang sebagai Jurucakap Badan Perhubungan PAS Terenggganu.

Ustaz Datuk Husein Awang, ketua Dewan ulamak PAS Terengganu juga disebut sebagai layak dilantik sebagai timbalan pesuruhajaya, kerana pernah dilantik sebagai ketua penerangan Badan Perbuhungan PAS Negeri sebagai penyebab PAS dapat memerintah pada pilihanraya umum ke 10 (1999).

Penulis tidak nafi ustaz Husein Awang juga layak, tetapi biarkan beliau memegang jawatan ketua dewan ulamak yang fungsinya tidak kurang pentingnya ke arah menawan semula Terenggnau dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebelum Ustaz Harun Taib dilantik sebagai pesuruhjaya baru Badan Perhubungan PAS Terenggganu, saya telah membayangkan bahawa PAS Terengganu akan mempunyai pesuruhjaya baru. Lebih lebil lagi Datuk Mustafa Ali dilantik sebagai setiausaha Agung bagi memenuhi tuntutan muktamar ke 55 yang mahukan seorang setia agung yang bukan terdiri dikalangan wakil rakyat.

Mustafa Ali walaupun ada sesetengah mempertikaikanya, kerana usianya, tetapi bagi penulis beliau masih layak menjadi setiausaha Agung PAS Malaysia kerana masih proaktif lagi walaupun kurang layak menjadi wakil rakyat kerana karismanya masih tidak dapat menawan hati pengundi akar umbi.

Biar pun ramai yang mempertikaikannya setelah diberi mandat menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu, tetapi bagi penulis beliau merupakan tokoh yang layak memegang jawatan Setiausaha Agung PAS Malaysia.

Yang mengecewakan saya mengapa Ustaz Harun Taib, dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu pada hal sudah tiba masanya PAS Malaysia melantik muka baru untuk melakukan perubahan agar UMNO/BN Terengganu dapat ditumbangkan semula dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Mengapa tidak mahu kepada yang baru. Jawapnya mudah sahaja. Mereka yang dipilh menjadi timbalan presiden dan niab naib presiden dan Ahli Jawatankuasa 2009/2012 tidak mahu kepada perubahan berlaku di Terengganu, sedangkan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak memperolehi Pesuruhjaya baru yang barangkali ada asas yang kukuh PAS Malaysia berbuat demikian.



Mengapa tidak berlaku di Terengganu. Pada hal sudah tiba masa dan ketikanya untuk berbuat demikian.

Apakah yang membuat PAS Malaysia kurang yakin dengan Ustaz Abu Bakar yang pernah menyandang jawatan ketua pemuda yang penulis rasa amat berfungsi kepada PAS Malaysia berbanding dengan ketua ketua pemuda, sepertimana Ustaz Halim Arshad, Mahfuz Umar dan Sallehudiin Ayub, kecuali zaman PAS berketuakan pemuda Mustafa Ali dahulu.

Apa yang penulis bangkitkan ini atas sebab banyak suara suara sumbang kedenagaran apabila PAS Malaysia melantik Ustaz Harun Taib sebagai Pensuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu 2009/2011, sah timbalan satunya Ustaz Abu Bakar Chik, timbalan duanya Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketiganya Ustaz Saiful Mamat manakala Bendaharinya pula ialah Mahyuddin Abdul Rashid, ketua penerangan disandang oleh Nik Zawawi Salleh.


sekian.

Saturday, June 13, 2009

Kos lapangan terbang bertaraf antarabangsa sebanyak RM 1.2 bilion?

Seorang yang membahasakan dirinya “Ayah Mat” bertanya dua soalan mengenai Lapangn Terbang Sultan Mahmud bertaraf antara bangsa Telaga Batin, Kuala Terengganu (LTSM).

Beliau dan rakyat Terengganu seolah olah mahu tahu dan memerlukan suatu penjelasan terhadap wang rakyat yang dibelanjakan kerajaan yang berslogan rakyat didahulukan, preastasi diutamakan.

Soalan yang dikemukakan itu barangkali ada kaitan dengan tragedi bumbung Stadium Gong Badak yang menelan kos sebanyak RM 300 juta sudah runtuh dan laporan media massa bahawa atap terminal lapangan terbang bertaraf antarabangsa turut tercabut.

Soalan pertama, apakah syarikat yang membena lapangan terbang tersebut.Soalan kedua berapakah kosnya yang sebenar.

Soalan ini juga jelas dan nyata yang beliau dan rakyat Terengganu ingin tahu kos sebenar pembinaan Lapangan terbang yang bertaraf antara bangsa itu.

Apakah syarikat yang membinanya adalah perlu diketahui, kerana syarikat Korea yang membina bumbung Stadium dianggap tidak punyai wibawa sebagai kontraktor.

Untuk makluman semua, kontraktor yang mendapat tender membina lapangan terbang itu ialah INAI KIARA SDN, beralamat Bangunan OPA Saujana Resort, Section U2, 40150, Shah Alam Selangor.

Syarikat Inai Kiara SDN ini adalah milik Datuk Captain Gulzar Mohamad, Captain Hisham Hashim, Roswahida Abdul Wahid, Zaini Noor Mohamad dan Syarifah Salwa Syed Ali.

Syarikat ini ditubuhkan pada Mei 1997 dengan nombor pendaftaran 325709 –V.

Mengenai kos lapangan terbang bertaraf antara bangsa yang sudah siap itu ialah sebanyak RM 200 juta pada peringkat awalnya.

Ini telah dijelaskan sendiri oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa kabinet meluluskan peruntukan RM 200 juta bagi projek pembesaran Lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Kos sebanyak RM 200 juta itu dikatakan tidak mencukupi untuk projek pembesaran, Malah ia belum layak menjadikan lapangan terbang itu bertaraf antarabangsa yang diuar uarkan.

Bermakna RM 200 yang diperuntukan oleh kabinet itu jelas tidak mencukupi dan perlu kepada penambahan agar lapangan terbang itu layak digelar lapangan terbang antarabangsa.

Tidak lama kemudian kos ditambah untuk melayakan lapangan terbang LTSM menjadi lapangan terbang antara bangsa mahu tidak mahu ianya memerlukan kos baru yang mana pernah disebut ditambah sebanyak RM 200 juta lagi menjadikan kosnya sebanyak RM 400 juta.

Apabila pembinaanya siap sepenuhnya dengan kos RM 400 juta lapangan itu masih belum layak digelar lapangan terbang bertaraf antara bangsa kerana kapal terbang 747 tidak dapat mendarat untuk membawa jemaah haji terbang terus ke Jedah yang juga diuar uarkan oleh para pemimpin Umno.

Dengan itu projek pembesaran lapangan terbang itu mahu tidak mahu terpaksa dipanjangkan kearah laut yang memerlukan kos baru yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Persoalan yang timbul mengapa kosnya lebih besar sedangkan ianya tidak membabitkan pengambilan tanah rakyat yang membaitkan belanja lebih berbanding sedut pasir didasar laut.

Ya tak ya juga.Sangat tidak munasabah kosnya lebih besar berbanding pengambilan tanah rakyat dengan tambak laut sepanjang satu kilometer itu.

Rupa rupanya ianya tersangat benar bahawa kos yang diperuntukan untuk tambak laut sebanyak RM 300 juta masih tidak cukup juga.

Peruntukan RM 300 itu dapat menyiapkan penambakan laut dan lapangan terbang itu sudah pun siap dan boleh digunakan untuk kapal terbang MAS 747 terbang terus dari Kuala Terengganu ke Jedah musim Haji 2008 lalu.

Tapi malangnya kerajaan Terengganu terpaksa membayar RM 6 juta kepada MAB baru kapal terbang MAS 747 dapat beroperasi.

Inilah yang membuat rakyat berteka teki sedangkan Kerajaan Pulau Pinang, kerajaan Johor yang menerbangkan jemaah haji terus ke Jedah tidak dikenakan sebarang bayaran kepada MAB suatu ketika dahulu.

Sehubungan dengan Kos tadi Wan Hassan Wan Ramli ADUN Sura, Dungun berkata dalam satu cermah kos lapangan terbang sultan Mahmud ditambah lagi.

Peliknya mengapa ditambah lagi, sedangkan lapangan terbang itu sudah pun siap dan beroperasi sebagai lapangan bertaraf antarabangsa.

Menurut maklumat yang penulis perolehi apa yang dikatakan oleh Wan Hassan Wan Ramli itu ada benarnya, kerana laut yang dilambak itu terhakis oleh ombak yang kuat, terutama sekali dimusim banjir.

Penulis turun sendiri bertemu dengan beberapa orang pekerja Inai Kiara SDN bertanyakan perihal yang berlaku.

Mereka memberi pengakuan bahawa pasir yang ditambak terhakis. Pendek kata jika tidak diperluaskan kawasan tambakan yang memerlukan kos lain yang barangkali agak besar berbanding sebelum ini.

Wan Hassan menyebut, kos tambahan yang diperuntukan ialah sebanyak RM 500 juta yang jelas dan nyata sangat tidak munasabah jika dibanding dengan sebelum ini.

Sama ada munasabah atau tidak itu hakikatnya. jika tidak lapangan terbang yang bertaraf antara bangsa itu akan cacat kerana sering sahaja terhakis dikikis ombak yang lazimnya begitu.

Jika benar kos lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu ditambak lagi sebanyak RM 500 juta, bermakna kos sebenar lapangan terbang itu RM 200 campur RM 200 campur RM 300 juta dan campur RM 500 juta maka jadilah kosnya sebanyak RM 1.2 bilion.

Apabila penulis sebut kepada ”Ayah Mat” kos lapangan terbang antarabangsa Kuala Terengganu sebanyak RM 1.2 bilion beliau geleng geleng kepala menanda kekecewaan yang amat sangat terhadap kerajaan yang membelanjakan wang rakyat dengan sewenang wenangnya.

Ini kos lapangan terbang yang bertaraf antara bangsa, bagaimana pula kos mendalam muara sungai terengganu yang memakan kos sebanyak RM 500 juta. Yang menghairkan kita kos pembinaan benteng ( pengadang ombak dari Kuala Ibai sampai ke Tanjung.

Barapa kosnya. Anda mungkin terkejut apabila diberitahu bahawa kosnya ialah sebanyak RM 700 juta.

Kos ini diberitahu oleh beberapa pekerja Inai Kiara SDN semasa penulis membuat tinjuan dalam menyiapkan rencana ini agar sumber sumber ini boleh dipercaya bahawa ianya betul dan dapat dipertanggunjawabkan.

Wednesday, June 10, 2009

PAS hendak tarbiyah Umno?

Macam mana hendak tarbiyah orang Umno, untuk memtarbiyah orang 46 dahulu pun gagal. kegagalan itulah yang menyebabkan 46 bubar dan masuk semula kedalam UMNO ada seorang dua yang masuk PAS.

Kalau PAS berjaya mentarbiyahkan orang 46 sudah tentu ramai orang 46 masuk PAS. Ini menunjukkan PAS tidak punya kemampuan mentarbiyah orang yang sudah ada didalam Angkatan perpaduan Ummah.

Ini, hendak tarbiyah orang Umno pula yang berfaham Islam libralisme yang peganganya sejak dahulu dan selama lama politik suku agama suku yang amat bercanggah dengan Islam yang syumul.

Orang Umno sejak dahulu dan selama lamanya dosa dan pahala tiada perbezaan.Bagaimana mungkin dapat ditarbiyah jenis manusia yang sudah memilih fahaman yang diterima oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Niat Hendak mentarbiyahkan orang Umno memang baik dan harus dipuji, tetapi niat itu samalah dengan cakap Tun Mahathir hendak dakwah Yahudi yang disebut oleh Allah sebagai musuh Islam.

Musuh Islam -musuh Allah dan Rasulullah SAW. Apa kurangnya dengan Umno yang punya fahaman libralisme itu.

Patutkah PAS bertolong tolong dengan umno yang jelas dan nyata, mengamalkan rasuah dan riba menjadi darah daging.

Anda mungkin masih ingat dengan kata kata Saidina Omar RA selagi ada maksiat dalam kumpulan itu selama itu tidak akan mencapai kemenangan.

Oleh itu, tidak wajar dihalal cara dalam melayari bahtera PAS untuk sampai ke pelabuhan yang ditetapkan oleh Allah.

Anda juga masih ingat dengan kata kata Saidina Omar RA suatu masa nanti ulamak juga menggunakan hawa nafsu.

Apakah yang akan terjadi apabila ulamak menggunakan hawa nafsu ketika diberi amanah untuk menjadi ketua dalam gerakan Islam seperti PAS.

Apa pula labelnya apabila diberi amanah tidak boleh menjaga amanah, apabila bercakap, bercakap ikut hawa nafsu. Apabila berjanji tidak menepati janji. Apabila bertindak ikut suka hati.termasuk berserah pada takdir.

Saya percaya PAS sendiri tidak berjaya mentarbiyah pemimpin pemimpinnya apalagi ahli ahlinya yang kebanyakannya menjadi penyokong buta tuli. sebagai contoh para pemimpin tidak sefikrah. Fikrahnya berbeza satu sama lain.

Dalam PAS juga antara para pemimpin tidak boleh tegur menegur satu sama lain, kecuali TOK Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang cuba menegur para pemimpin yang buat salah, manakala kebanyakan yang lain tidak mampu berbuat demikian.Jadi bagaimana hendak tarbiyah orang Umno, sedangkan sesama sendiri terabai.

Sunday, June 7, 2009

Dilema menukar MB Terengganu

Datuk Ahmad Said yang sedang hebuh akan ditukar dengan tokoh lain telah disebut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kekal sebagai Menteri Besar masih jadi tandatanya.

Setengah mengatakan inilah jaminan yang membuatkan Ahmad yang punggungnya panas sektika tidak lama dahulu boleh goyang kaki semula.Sama ada ya atau tidak terserah kepada pengerusi Bandan perhungan UMNO yang baru.

Persoalan sekarang timbul cerita lain yang barangkali membuat Ahmad panas punggung semula, kerana beliau tidak punyai kuasa lagi hanya sebagai timbalan pengerusi yang terpaksa aku dengan kehendak UMNO Malaysia.

Tidak dapat dipastikan sama ada Ahmad Said kekal sebagai menteri besar Terengganu miskipun sudah ada jamin yang beliau tetap kekal dengan jawatan itu.

Jaminan itu dikatakan diberi oleh Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika dalam satu pertemuan dan timbalan perdana menteri Tan Sri Muyiddin yasin ketika berada di Kuala Terengganu.

Ini juga jadi teka teki, kerana lapan belas ADUN mahu supaya Ahmad diganti dengan tokoh lain dalam masa terdekat ini.

Kumpulan lapan belas orang ADUN dikatakan sangat tidak setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.

Lebih lebih lagi ada cerita terbaru yang datang dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishamuddin Hussein akan membuat pengumuman pada 17 Jun ini.

Pengumuman itu berkait rapat dengan isu yang Ahmad Said sedang menghitung hari akan diturunkan dari jawatan Menteri Besar yang disandang selama satu tahun lebih itu.

Sejarah telah membuktikan memang ada seorang menteri besar Terengganu yang menjawat jawatan itu yang hanya dalam masa satu tahun sahaja, kerana disifatkan sebagai tidak mempunyai kewibawaan memerintah.

Ini boleh dijadikan asas yang kukuh, Ahmad juga tidak terkecuali akan menerima nasib yang sama, kerana desakan demi desakan yang diasak bertubi tubi oleh kumpulan yang memainkan peranan agar jawatan itu diganti.

Tengku Putera Tengku Awang yang merupakan orang kuat Ahmad said dikatakan naik turun Istana bagi mempastikan Ahmad tetap kekal sebagai Menteri Besar

Seorang pegawai TDM plantion SDN BHD memberitahu saya, Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru tidak lama lagi.

Boleh percayakah? Sama ada percaya atau tidak, itulah maklumat yang saya terima dalam minggu ini mengenai krisis dalaman Umno yang didalangi oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh itu.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Said pernah berkata, jawatan Menteri besar yang disandangnya ini tidak tahan lama. Bermakna lambat laun akan diganti juga dengan tokoh lain akhirnya.

Pegawai TDM tadi menyatakan yang Ahmad pernah berkata itu terserahlah kepada Allah, kerana segala yang berlaku itu dengan ketentuan Allah berlaka.iaitu Kum fayakul.

Ahmad juga pernah berkata, dia adalah Menteri Besar Sultan yang bermakna pelantikan yang dibuat itu bukan atas kehendak dan restui Umno Terengganu dan Malaysia. Cuma pelantikan itu dibuat atas sebab nasihat Tun Abdullah Ahmad sahaja agar Umno Terengganu tidak berpecah lagi.

Saya mempunyai asas yang kukuh yang Ahmad Said akan diturunkan juga akhirnya. Mengapa tidak? Kalau JKKK yang memberi bantuan atap dan bantuan hari raya kepada penyokong PAS dipecat, tidak mustahil Ahmad diturunkan.

Ahmad said dikatakan berbaik baik dengan ADUN Pas terutama sekali ustaz Datuk Harun Taib sepertimana yang dilaporan bahawa Ahmd pernah mengunjung rumah Harun Taib miskipun dengan alasan membeli kambing.

Perkara ini dilihat oleh umno bahawa hubungan ini tidak harus dibiarkan. Jika dibiarkan sudah barang tentu akan melemahkan Umno dari banyak sudut.

Cuba kita bayangkan Tan Sri Sanusi Joned yang keluar Umno bersama sama Tun Dr Mahathir turut dipecat dari pengerusi universiti Islam antarabangsa (UIAM)tidak lama dahulu.

Atas sebab inilah saya pecaya Ahmad said tidak akan kekal menjadi menteri besar Terengganu dan pasti akan diganti dengan tokoh lain yang dikatakan telah lama mendapat perkenaan sultan.

Sumber sumber mengatakan Ahmad said dilantik sebagai menteri besar dahulu itu atas sebab semua ADUN menyokong Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

Oleh kerana Ahmad Said seorang sahaja yang terkecuali maka dialah yang bernasib baik dilantik miskipun tidak mendapat restui Umno negeri dan UMNO Malaysia waktu itu. Pada hal Nama Alias Abdullah ADUN Alor Limbat menjadi pilihana Al Sultan, tetapi didapatui menjadi penyokong Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan Istana.

Atas sebab itu juga Ahmad Said pernah menyatakan yang dia adalah menteri besar Istana yang barangkali tidak akan bertahan lama yang juga pernah disebut sebut apabila ditanya orang media massa.

Kini orang harapan Ahmad Said, Datuk Rosli Mat Hassan Setiausaha badan perhubungan UMNO negeri dikatakan sudah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah mara oleh Idris Jusoh .

Ini yang barangkali ada asas yang kukuh bahawa Ahmad Said akan diturunkan dan diganti dengan tokoh lain.

Siapakah tokoh itu? Ada banyak nama yang disebut sebut oleh orang Umno, kerana Umno Terenggnau sudah berpecah kepada beberapa puak. Ada yang menyebut Datuk Rahim Said Exco Belia dan sukan yang dikatakan lebih layak kerana banyak pengalaman.

Ada juga yang menyebut Raziq Abdul Rahman ADUN Sebarang Takir, EXCO kanan yang dikatakan bijak bercakap dan pandai politik berbanding dengan ADUN lain.

Sesetengah mengatakan bagaimana pula dengan Nama Alias Abdullah ADUN Alor Limbat yang dikatakan sudah lama menambat hati sultan untuk dilantik sebagai menteri besar baru bagi mengganti Ahmad.

Seorang pegawai Pejabat Tanah dan Galian berkata, Terengganu akan mendapat menteri besar baru dalam masa terdekat ini dan tokohnya, tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Alias Abdullah seorang peguam yang memang layak dilantik sebagai menteri besar baru.

sekaian.................

Tuesday, June 2, 2009

Waspada 'musuh dalam selimut' PAS

Orang PAS Terengganu mahu supaya pemimpin peringkat negari ditukar dari muka lama kepada muka baru.

Begitulah hasrat orang PAS Terengganu. Tetapi sebahagian sahaja yang mahukan begitu, Manakala sebahagian lagi mahu kekalkan pemimpin lama,kerana masih relevan lagi.

Mereka menganggap pemimpin yang berwajah lama itu ibarat air sejuk, manakala pemimpin berwajah baru ibarat air panas.

Sah dua bahgian ini mahukan sebegitu yang menyebabkan YDP kawasan Besut sudah bertukar dari wajah lama kepada wajah baru. Demikian juga YDP kawasan Marang yang sudah pun bertukar wajahnya.

Cuma YDP Kawasan Kuala Nerus dan Hulu Terengganu masih mengekalkan wajah lama yang mungkin masih relevan.Atas sebab itu Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Ustaz Harun Taib kekal melalui syura.

Oleh itu PAS harus berhati-hati terhadap usaha murni itu kerana sejak dahulu lagi PAS ada"musuh dalam selimut", yang kebarangkaliannya ditaja oleh Umno sebagai musuh nombor satu.

Perkara ini disebut oleh Datuk Dr Harun Din ketika membentangkan kertas kerja bertajuk: ”memperkukuhkan kepimpinan ulamak” di senimar sehari di Markas Tarbiyah Taman Melewar Kuala Lumpur sempena sambutan jubli perak Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sebelum itu mursyidul amnya Datuk Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan kita ada musuh, Musuh kita adalah bangsa kita sendiri, maka musuh kita adalah orang Melayu. Demikian juga musuh Nabi Muhammad adalah orang Arab, termasuk bapa saudaranya sendiri.

Namun PAS kena berhati hati untuk memilih pemimpin peringkat pusat demikian juga diperingkat negeri (pesuruhjaya) kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti .

Untuk pergi lebih jauh penulis cuba ambil pendapat Datuk Dr Haron Din yang berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.

"Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.

"Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya

"(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."

Tidak dapat dinafikan memang ada tuntutan supaya Pas Terengganu berubah. Apabila disebut sahaja Pas Terengganu berubah, tergambarlah difikiran sesiapa sahaja bahawa pemimpin perlu beruba sekaligus menukar wajah lama kepada wajah baru yang ada potensi kepimpinannya.

Pemimpin perlu berubah juga konotasinya ialah satu tukar pemimpin, kedua pemimpin yang sedia itu mengubah dirinya agar selari dengan tuntutan yang dibuat.

Apabila sebut sahaja tukar pemimpin ada yang marah marah dan ada yang gembira kerana dapat pemimpin baru yang barang kali lebih baik dan barangkali juga kurang baik berbanding dengan yang sedia ada.

Ustaz Bakar Abdullah, YDP Kuala Nerus pernah berkata air sejuk ada gunanya dan air panas juga ada gunanya. Jadi ada lebih baik air sejuk dan air panas dicampur atau dengan kata lain disatukan dalam satu bekas.

Apabila air panas dan air sejuk dicampur sudah tentu ia jadi suam dan seiaspa sahaja dapat minum dengan selesa.Kalau air panas sudah tentu ada yang boleh minum dan ada yang tidak boleh minum.

Inilah yang moleknya. memang molek kalau dibuat begitu, tetapi yang jadi masalah sekarang ada yang marah marah dengan pemimpin PAS Terengganu yang sedia ada yang kebanyakannya sudah sejuk.

Kita tidak tahu atas sebab apa mereka marah dengan Datuk Mustafa Ali,(pesuruhjaya) Datuk Wan Muttalib Embong (timbalan) dan Abu Bakar Chik (timbalan) yang menjadi Pesuruhjaya.

Ustaz Datuk Harun Taib setakat hari ini belum kedengaran ada yang marah, tetapi Mustafa Ali dan dua timbalannya boleh dikatakan sangat ramai yang marah.

Kita tidak tahu mengapa boleh jadi begitu. Cuba andai bayangkan, Datuk Mustafa Ali sebagai pesuruhjaya PAS sekarang, bersama timbalan timbalannya ialah Wan Datuk Muttalib Embong, Ustaz Datuk Harun Taib dan Ustaz Datuk Abu Bakar Chik status prestasinya dapat lihat dengan jelas bertambah baik.

Adakah Ketiga tiga orang kelihatan macam air sejuk, hanya Abu Bakar chik sahaja yang kelihatan masih panas, atau Ustaz Harun Taib yang kelihatan keras dalam menentu hala tuju pas Terengganu?

Dikatakan ramai tidak berkenang dengan cara kepimpinanya.oleh itu mereka itu hendaklah di tukar muka baik yang pernah disebut sebut iaitu Dr Syed Azman.

Itulah yang saya dengar sejak dahulu hingga sekarang ini. Ustaz Abu Bakar Abdullah dan beberapa lain menyoal, siapa yang boleh mengatasi Mustafa Ali? Apa tah lagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Kalau ada orang lain yang boleh mengatasi kepimpinan Cik gu Mustafa Ali dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang silalah berbuat demikian.

Inilah kebimbangan yang ada pada orang PAS Terengganu setakat hari ini dan kebimbangan ini turut di cetuskan oleh Datuk Nik Abdul Aziz dan Dr Harun Din yang menarikdiri dari betanding jawatan timbalan presiden dalam muktamar 4-6 Jun 2009 di Shah Alam.

sekian.............