Thursday, June 18, 2009

PAS Malaysia tidak mahu perubahan?

Sesetengah akar umbi PAS Terengganu bertanya mengapa Ustaz Datuk Harun Taib dilantik semula sebagai pesuruhajaya PAS negeri ini.

Jawapnya mudah sahaja. Ini menunjukkan PAS Malaysia tidak mahu melakukan perubahan miskipun akar umbi mahukan perubahan.

Jika Pas Malaysia benar benar mahukan perubahan berlaku di negeri Terengganu untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti memang boleh dilakukannya.

Mengapa tidak? Dalam muktamar ke 55 lalu, dua pemimpin Pas Terengganu yang dikatakan layak menerajui Badan Perhubungan PAS Terengganu menang dalam pertandingan ahli jawatankuasa.

Ustaz Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman Syed Alwi yang dipilih dalam muktamar ke 55 itu merupakan tokoh kepimpinan yang layak dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Terenggnau yang baru.

Melantik Ustaz Abu Bakar Chik sebagai pesuruhjaya dan Syed Azman sebagai timbalan pesuruhjaya satu bukan bermakna mengketepikan Ustaz Harun Taib yang sudah acapkali menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu.

Ustaz Harun Taib biarlah dengan jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia yang dikatakan sangat layak dengan perwatakannya yang begitu tegas dan berani mempertahankan kebenaran dasar perjuangan PAS yang dikatakan hampir hampir terpinggir.

Bagi saya tidak ada orang yang lebih layak menerajui Dewan Ulamak PAS Malaysia berbanding dengan ustaz Harun Taib, kerana tegas dan berani.

Namun begitu PAS Terengganu pada pandangan saya harus diberi kepada tokoh lain yang boleh membuat perubahan apabila diterajui tokoh proaktif seperti ustaz Abu Bakart Chik, Dr Syed Azman.

Ada yang tanya penulis siapa dua orang lagi untuk dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya, kerana Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dikatakan sudah tidak berminat lagi memegang sebarang jawatan dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Bagi penulis masih ramai yang layak. Mereka bukan calang calang orang untuk sama sama melayari bahtera PAS Terenggganu. Cuma mereka ini tidak mahu dan pernah diberi keyakinan untuk mencuba kebolehan masing masing.

Saya boleh sebut bahawa Cikgu Husein Ismail yang sarat dengan idealismenya, Cikgu Mohamad Abdul Rahman yang sarat dengan motivasinya dan Ustaz Abu Bakar Abdullah yang masih yakin dengan konsepsi gabungan air sejuk dengan air panas suatu yang amat penting dan merupakan elemen shaf kepimpinan yang boleh diberi kepercayaan untuk melayari bahtera PAS Terenggganu, disamping mengekalkan Yahaya Ali sebagai setiausaha dan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Bendahari.

Ketua Penerangan harus ditukar kerana terlalu sentimental dengan jawatan yang disandang sebagai Jurucakap Badan Perhubungan PAS Terenggganu.

Ustaz Datuk Husein Awang, ketua Dewan ulamak PAS Terengganu juga disebut sebagai layak dilantik sebagai timbalan pesuruhajaya, kerana pernah dilantik sebagai ketua penerangan Badan Perbuhungan PAS Negeri sebagai penyebab PAS dapat memerintah pada pilihanraya umum ke 10 (1999).

Penulis tidak nafi ustaz Husein Awang juga layak, tetapi biarkan beliau memegang jawatan ketua dewan ulamak yang fungsinya tidak kurang pentingnya ke arah menawan semula Terenggnau dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebelum Ustaz Harun Taib dilantik sebagai pesuruhjaya baru Badan Perhubungan PAS Terenggganu, saya telah membayangkan bahawa PAS Terengganu akan mempunyai pesuruhjaya baru. Lebih lebil lagi Datuk Mustafa Ali dilantik sebagai setiausaha Agung bagi memenuhi tuntutan muktamar ke 55 yang mahukan seorang setia agung yang bukan terdiri dikalangan wakil rakyat.

Mustafa Ali walaupun ada sesetengah mempertikaikanya, kerana usianya, tetapi bagi penulis beliau masih layak menjadi setiausaha Agung PAS Malaysia kerana masih proaktif lagi walaupun kurang layak menjadi wakil rakyat kerana karismanya masih tidak dapat menawan hati pengundi akar umbi.

Biar pun ramai yang mempertikaikannya setelah diberi mandat menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu, tetapi bagi penulis beliau merupakan tokoh yang layak memegang jawatan Setiausaha Agung PAS Malaysia.

Yang mengecewakan saya mengapa Ustaz Harun Taib, dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu pada hal sudah tiba masanya PAS Malaysia melantik muka baru untuk melakukan perubahan agar UMNO/BN Terengganu dapat ditumbangkan semula dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Mengapa tidak mahu kepada yang baru. Jawapnya mudah sahaja. Mereka yang dipilh menjadi timbalan presiden dan niab naib presiden dan Ahli Jawatankuasa 2009/2012 tidak mahu kepada perubahan berlaku di Terengganu, sedangkan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak memperolehi Pesuruhjaya baru yang barangkali ada asas yang kukuh PAS Malaysia berbuat demikian.



Mengapa tidak berlaku di Terengganu. Pada hal sudah tiba masa dan ketikanya untuk berbuat demikian.

Apakah yang membuat PAS Malaysia kurang yakin dengan Ustaz Abu Bakar yang pernah menyandang jawatan ketua pemuda yang penulis rasa amat berfungsi kepada PAS Malaysia berbanding dengan ketua ketua pemuda, sepertimana Ustaz Halim Arshad, Mahfuz Umar dan Sallehudiin Ayub, kecuali zaman PAS berketuakan pemuda Mustafa Ali dahulu.

Apa yang penulis bangkitkan ini atas sebab banyak suara suara sumbang kedenagaran apabila PAS Malaysia melantik Ustaz Harun Taib sebagai Pensuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu 2009/2011, sah timbalan satunya Ustaz Abu Bakar Chik, timbalan duanya Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketiganya Ustaz Saiful Mamat manakala Bendaharinya pula ialah Mahyuddin Abdul Rashid, ketua penerangan disandang oleh Nik Zawawi Salleh.


sekian.

No comments: