Wednesday, May 29, 2013
Kalau pantau macam mana boleh runtuh
Datuk Seri Ahmad Said memang sungguh kecewa dengan beberapa siri runtuhan bangunan termasuk runtuhan masjid sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008 itu.
Bukan sahaja setakat kecewa tetapi jarinya ditunding terus dengan JKR negeri, malah katanya, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika JKR melakukan pemantauan ketat terhadap sesebuah projek.
Ini menujukkan salah duduk pada JKR miskipun pengarah JKR negeri Terengganu Datuk Shafii Mohamad berkata, kejadian runtuhan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerja pembinaan dan pemasangan masjid bernilai RM1.7 juta itu mendapat kelulusan JKR dan telah mengikut prosedur ditetapkan.
Namun demikian sah JKR tidak salah dan tidak boleh disalahkan dengan apa apa dalam kes runtuhan bangunan, termasuk runtuhan masjid Binjai Kertas Hulu Terengganu itu
Yang peliknya mengapa Ahmad said menyalahkan pihak JKR dan mahu JKR memantau semua projek pembinaan dengan mengikut prosedur terperinci bagi mengelak kejadian sama berulang.
Beliau kelihatan ragu dan runtuhan itu besar kemungkinan berpunca daripada kesilapan reka bentuk atau pembekal yang menyediakan bahan yang kurang bermutu.
Jika benar begitu tidak lain dan tidak bukan ini pasti JKR yang terbabit dengan kes runtuhan tersebut dan tidak mustahil pihak kerajaan negeri juga turut terbabit dengan rasuah yang jadi amalan hampir semua pihak.
Pada penulis kes ini harus dipanjangkan dan SPRM tunggu apa lagi. Jalankan siasatan untuk memastikan runtuhan bangunan di Terengganu tidak berlaku dan orang yang bersalah dihadap kemuka pengadilan.
Menteri Besar Terengganu Ahmad Said begitu yakin runtuhan masjid di Terengganu berpunca reka bentuk dan bahan yang berkualiti rendah.Pasti rasuahlah itu.
Oleh itu beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat segera semua masjid yang menggunakan reka bentuk sama dengan Masjid Binjai Kertas di Hulu Terengganu yang runtuh malam Isnin lepas.
Wahai Ahmad tidak perlu buat kajian lagi, kerana telah menyifatkan kejadian seumpama itu tidak boleh dielak lagi selagi amalan rasuah tidak dibanteras.
Tidak perlu JKR melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap beberapa lagi masjid yang menggunakan reka bentuk sama di negeri kayaraya rakyat miskin ini.
Penulis rasa reka bentuk masjid Kampung Binjai Kertas yang dibina dengan kos RM1.7 juta itu turut dijadikan model reka bentuk membabitkan beberapa masjid di tempat lain yang mungkin tunggu masa untuk runtuh satu persatu,
Mengapa? Kerana pembinaannya ikut citarasa kebanyakan kontraktor yang mahu rauh keuntungan yang lebih dek pihak JKR tak jujur, termasuk ada pihak yang mahukan 10 atau 15 persen dari kos projek tersebut.
Maka JKR tidak perlu menyiasat sama ada kejadian itu berpunca akibat kegagalan reka bentuk masjid ataupun penggunaan material bahan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi, kerana Ahmad Said dan sesiapa pun sudah tahu sebab musababnya.
Friday, May 24, 2013
PRU 13 paling bersih paling banyak petisyen
Penulis tidak tahu mengapa pengerusi
SPR tergamak membuat kenyataan melawan arus, sedangkan dia tahu PRU 13 tidak
bersih.
Jika PRU 13 paling bersih macam mana
PR menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan PRU 13 penuh dengan penipuan.
Tidak semena mena Datuk Seri Mohd
Najib Razak presiden umno mengatakan PR juga melakukan penipuan.
Bermakna PRU 13 yang dikatakn paling
bersih jelas tidak bersih, sebab itu pahat masih berbunyi sedangkan rumah sudah
siap sepenuhnya.
Siapakah yang menipu dan siapalkah
pula yang kena tipu. Tidak wajar dua dua menipu dan dua dua kena tipu. Tetapi
tidak mustahil PR juga menipu dan umno lagi menipu.
Mengapa penulis kata begitu? Kerana
ada bukti, terutama sekali dakwat kekal yang dikatakan kekal tetapi tidak kekal
sepertimana yang didakwakan pengerusi SPR dalam satu kenyataan yang tidak boleh
dipadamkan.
Persoalan sekarang pilihan telah
dibuat, keputusan pun telah diketahui. Akan tetapi pahat masih berbunyi hingga
tidak boleh berhenti.
Memang ada sebab musabahnya pahat
tidak masih berbunyi dan boleh berhenti setakat hari ini.
Pasti ada yang tak kena. Mungkin PRU
13 yang dikatakan paling bersih itu jelas tidak bersih, maka perlu dibersihkan
akan ia betul betul bersih.
Setengah meminta hentikan
sosek-sosek politik. Berikanlah tumpuan untuk utamakan kepentingan rakyat dan jangan
sekali kali pentingkan diri sendiri.
Yang kalah terima sahajalah
kekalahan dan redhalah dengan kekalahan itu, kerana ia adalah takdir yang
ditentukan Allah dan yang menang jangan lupa tepati janji yang dijanjikan.
Entah apa-apa yang dijanjikan dalam
manifesto masing masing, kerana ini boleh memekat hati rakyat, terutama sekali
yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Tidak kira kerajaan BN atau kerajaaan PR. Beri tumpuan utama pasca PRU13 sepatutnya kepada usaha membangun Negara dan negeri. Itu yang diharapkan rakyat.Jangan ada niat untuk balas dendam sepertimana pernah di perlakukan selama ini.
Saturday, May 18, 2013
Tak boleh sombong tetapi angkuh
Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu wakil rakyat wakil rakyat
umno sombong dan angkuh. Atas sebab itulah presiden umno itu pesan supaya
jangan sombong dan angkuh
Ketua wanita umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pun tahu, sebab
itu dia kata “Kita tidak boleh sombong dan angkuh”.
Yang peliknya Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu wakil rakyat
wakil rakyatnya sombong dan angkuh tetapi diberi juga bertanding pada PRU 13
lepas.
Lagi pelik dia tahu Datuk Ahmad Said itu sombong dan angkuh
tetapi diberi juga watikah pelantikan menteri besar Terengganu.
Sudah tahu Datuk Seri Adnan Yaakub tokoh yang sombong dan
angkuh dilantik juga sebagai menteri Pahang.
Mustahil tiada tokoh lain untuk dilantik sebagai menteri
Terengganu dan Pahang. Bukan ramai lagi yang baik dan layak dilantik.
Najib tahu punca umno Terengganu hampir tumbang, tetapi
Ahmad Said juga jadi pilihan. Mungkin ada perkara yang tersurat dan tersirat.
Najib juga tahu punca sebenar seorang menteri penuh dan
seorang timbalan menteri kalah di negerinya pada PRU 13 lepas tetapi pilih juga
orang sombong dan angku jadi menerajunya.
Penulis tidak faham mengapa pilih orang sombong dan angkuh
pegang jawatan nombor satu kerajaan negeri kaya rakyat miskin.
Bukan Najib tidak tahu orang ukno sendiri marah dan benci
dengan orang yang dia pilih jadi menteri Terengganu dan Pahang.
Jika orang PAS yang benci tak mengapa, kerana memang musuh
politik mereka. Tetapi yang anihnya orang umno sendiri yang marah benci.
Sifat sombong dan angkuh Ahmad said selepas angkat sumpah jawatan telah diterjemahkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
Katanya lagi, "Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
Monday, May 13, 2013
Pelantikan MB Selangor dan penyelesaiannya
Sangat tidak wajar penulis masuk campur dalam kes pelantikan
Menteri Besar Selangor yang seolah olah ada benda yang tidak kena.
Penulis tidak tahu siapakah yang punya angkara apabila nama
Tan Sri Khalid Ibrahim dipertikaikan sedemikian rupa.
Apakah kesilapan yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Khalid
Ibrahim sehingga nama miskipun telah diwatikahkan pelantikannya serta mendapat
restu Al Sultan.
Barangkali ada yang tahu, cuma penulis sahaja yang tidak
tahu apakah yang tersurat dan yang tersirat sebelum ini.
Yang penulis tahu sikit dikatakan Khalid Ibrahim dengan
Khalid Ibrahimnya dn Azmin Ali dengan Azmin Alinya.
Yang peliknya mengapa boleh jadi begitu. Hendak Azmin Ali
gilakan jawatan menteri besar, katanya dia memang tidak berniat untuk dilantik
sebagai menteri Besar.
Kalau begitu, mengapa tidak setuju dengan nama Khalid
Ibrahim yang sudah sangat berjasa pada Pakatan Rakyat, miskipun hilang beberapa
kerusi yang di menangi pada PRU 12 (3008).
Khalid Ibrahim mengaku dia tidak pandai politik, tetapi
pandai cari duit.Azmin Ali mungkin pandai politik tetapi tak pandai cari duit.
Penulis sudah sebut adalah sangat tidak pwajar penulis masuk
campur dalam perkara pelantikan menteri besar Selangor.
Tetapi sebagai penulis yang ikut perkembangan politik
tanahair, terutama sekali pada Pakatan rakyat yang sering sahaja bergelora ini
kena dengar juga pandangan orang diluar. Tidak mahu pakai tidak apa.
Semua tahu, penulis terdiri daripada pelbagai sepsis. Ada
yang makan upah. Ada yang mengampu ada yang berbodek. Dan macam macam lagi.
Malah ada yang jahat. Tetapi tidak kurang yang baik.
Penulis ingin beri sikit nasihat. Tapi apalah dengan nasihat
penulis ini. Pasti nasihat penulis ini tak boleh pakai dan tak berguna langsung
oleh puak puak yang bertelagah. Mereka ada pendirian masing masing.
Namun begitu, kita kena ingat ada penyelesaiannya, Jika kamu
benar benar beriman dan bersabar. Jika tak benar benar beriman dan tak bersabar
jadilah apa yang terjadi sekarang. Lebih lebih lagi bercankap dan bertindak
menggunakan hawa nafsu.
Ambil jalan tengah,iaitu sila namakan tokoh yang bukan dari
parti yang sama untuk menjadi menteri Besar Selangor. Habis cerita. Tidak ada
sebab mengapa puak yang tidak setuju nama Khalid Ibrahim menolaknya.
Jika puak yang tidak setuju dengan nama Khalid Ibrahim
mempertikaikan juga pasti ada yang tidak kena dengan Azmin Ali dan Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang jadi nahkoda kapal yang sudah hampir hampir nak sampai ke
Putrajaya.
Tidak mustahil ia akan Berjaya pada PRU 14 nanti. Insya
Allah.
Thursday, May 9, 2013
PAS ganti umno
Yang peliknya penyokong Husam Musa keluar beramai ramai
melakukan protes atas nama sedih dan kecewa.
Inilah yang membuat penulis rasa sedih sikit,kerana ianya
ada persamaan dengan apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Idris Jusoh yang
dapat watikah menteri besar Terengganu tetapi ditolak Al Sultan.
Atas sebab itu orang Idris jusoh mengadakan perarakan secara
besar besaran membantah malahan tertertera perkataan “nantang”
dalam beberapa helai kain rentang.
Isu Husam Musa tidak dilantik sebagai exco semacam ada
persamaan dan dibawa sependuk dengan pelbagai perkataan tanda marah dan kecewa.
Dengan kata lain perangai orang PAS Kelantan dah sama dengan
perangai orang umno yang pada penulis sangat biadap dengan Al Sutlan Terengganu
suatu ketika dahulu.
Barangkali inilah dia
PAS ganti umno yang telah dijadikan
slogan dan disebarkan seluruh pelosok tanahair sebagai isu kempen PRU 13 untuk
menjatuhkan kerajaan yang memerintah selama lebih 50 tahun itu.
Jika benar begitu, maka amat malangnya nasib PAS, kerana
perangai orangnya sudah jadi macam perangai orang umno yang memang berakhlak
yang sangat buruk.
Penulis ingat pas ganti umno, bermakna umno hancur dan PAS
jadi parti nombor satu ganti tempat umno dalam langskap politik tanahair.
Rupa
rupa tidak. Yang jadi gantinya ialah perangai buruk orang umno dah berjangkit
kat orang PAS Kelantan.
Penulis tak kisah jika ia berlaku keatas orang PKR, kerana mereka adalah orang umno yang hingga hari ada masih ahli umno, tetapi mengapa berlaku pada orang pas
Penulis bimbang ia akan rugi dan hina.
Subscribe to:
Posts (Atom)