Wednesday, May 29, 2013

Kalau pantau macam mana boleh runtuh


Datuk Seri Ahmad Said memang sungguh kecewa dengan beberapa siri runtuhan bangunan termasuk runtuhan masjid sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008 itu.

Bukan sahaja setakat kecewa tetapi jarinya ditunding terus dengan JKR negeri, malah katanya, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika JKR melakukan pemantauan ketat terhadap sesebuah projek.

Ini menujukkan salah duduk pada JKR miskipun  pengarah JKR negeri Terengganu Datuk Shafii Mohamad berkata, kejadian runtuhan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerja pembinaan dan pemasangan masjid bernilai RM1.7 juta itu mendapat kelulusan  JKR dan telah mengikut prosedur ditetapkan.
  
Namun demikian sah JKR tidak salah dan tidak boleh disalahkan dengan apa apa dalam kes runtuhan bangunan, termasuk runtuhan masjid Binjai Kertas Hulu Terengganu itu

Yang peliknya mengapa Ahmad said menyalahkan pihak JKR dan mahu JKR memantau semua  projek pembinaan dengan mengikut prosedur terperinci bagi mengelak kejadian sama berulang.

Beliau kelihatan ragu dan runtuhan itu besar kemungkinan berpunca daripada kesilapan reka bentuk atau pembekal yang menyediakan bahan yang kurang bermutu.

Jika benar begitu tidak lain dan tidak bukan ini pasti JKR yang terbabit dengan kes runtuhan tersebut dan tidak mustahil pihak kerajaan negeri juga turut terbabit dengan rasuah yang jadi amalan hampir semua pihak.

Pada penulis kes ini harus dipanjangkan dan SPRM tunggu apa lagi. Jalankan siasatan untuk memastikan runtuhan bangunan di Terengganu tidak berlaku dan orang yang bersalah dihadap kemuka pengadilan.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Said begitu yakin runtuhan masjid di Terengganu berpunca reka bentuk dan bahan yang berkualiti rendah.Pasti rasuahlah itu.

Oleh itu beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat segera semua masjid yang menggunakan reka bentuk sama dengan Masjid Binjai Kertas di Hulu Terengganu yang runtuh malam Isnin lepas.

Wahai Ahmad tidak perlu buat kajian lagi, kerana telah menyifatkan kejadian seumpama itu tidak boleh dielak lagi selagi amalan rasuah tidak dibanteras.

Tidak perlu JKR melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap beberapa lagi masjid yang menggunakan reka bentuk sama di negeri kayaraya rakyat miskin ini.

Penulis rasa reka bentuk masjid Kampung Binjai Kertas yang dibina dengan kos RM1.7 juta itu turut dijadikan model reka bentuk membabitkan beberapa masjid di tempat lain yang mungkin tunggu masa untuk runtuh satu persatu,

Mengapa? Kerana pembinaannya ikut citarasa kebanyakan kontraktor yang mahu rauh keuntungan yang lebih dek pihak JKR tak jujur, termasuk ada pihak yang mahukan 10 atau 15 persen dari kos projek tersebut.

Maka JKR tidak perlu menyiasat sama ada kejadian itu berpunca akibat kegagalan reka bentuk masjid ataupun penggunaan material bahan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi, kerana Ahmad Said dan sesiapa pun sudah tahu sebab musababnya.


No comments: