Sunday, March 31, 2013

BRIM punya hal



Sesetengah orang Kelantan berpendapat Kerajaan PAS Kelantan ada kemungkinan jadi macam PRU 11 (2004)

Sesetengah berpendapat kerajaan PAS Kelantan kemungkinan besar akan tumbang pada PRU 13 yang dikatakan diadakan awal Mei ini.

Jika benar Kelantan PRU 13 ini jadi macam PRU 11 (2004) bermakna PAS masih boleh memerintah walaupun pun menang tipis.

Apabila sebut sahaja kemungkinan kerajaan PAS Kelantan tumbang pada PRU 13 ini teringat penulis dengan kata kata Dr Farid Shahran yang bercakap mengenai pandangan umum dalam slot cinta ilmu TV Hijrah.

Kata kara itu berbunyi: RM 500.00 besar bagi orang miskin dan sangat kecil bagi orang yang kaya. Oleh itu wang RM 500.00 boleh menpengaruhi minda orang miskin.

Mungkin inilah sesetengah orang Kelantan berpendapat kerajaan PAS Kelantan akan jadi macam PRU 13 iaitu menang tipis.

Atas sebab itu juga sesetengah orang Kelantan berpendapat kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU 13 nanti.

Faktor penentu kalah menang umno/BN dan Pakatan rakyat dalam PRU 13 ini berkaitrapat dengan pengundi atas pagar sebanyak 60 peratus itu.

Pengundi rasional pasti tidak akan goyah miskipun dibeli. Apatah lagi BRIM 500.00 pada isi keluarga, RM 100.00 pada setiap pelajar,BRIM RM 250.00 pada remaja dan RM 1,000.00 pada anak kakitangan TNB dan TM.

Yang mengundi PAS tetap mengundi PAS dan yang mengundi umno/BN tetap mengundi umno/BN. Cuma pengundi China MCA dan GERAKAN tidak solid undi DAP, kerana orang China punya matlamat dalam berpolitik.

Berbeza dengan orang Melayu. Orang melayu jadikan politik sebagai “alat” untuk kepentingan diri sendiri. Sebab itu baru satu penggal jadi wakil sudah boleh bina rumah yang berharga jutaan ringgit.

Apatah lagi perdana menteri timbalannya, menteri besar, ketua menteri, menteri menteri dan timbalan menteri yang yang asyik kumpul harta dan begitu kayaraya.Ada dintara mereka dikatakan ada harta ratusan juta.

Bekas perdana Tun Mahathir dikatakan ada harta sebanyak RM 146 bilion. Macam tak munasabah.Datuk Seri Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin entah berapa billion pula, kita tak tahu. Tetapi anak 
beranaknya kebanyakan jadi kayaraya.

Mereka tidak pernah fikir pasal apa akan terjadi pada agama islam, bangsa Melayu dan Negara asalkan cinta cintanya tercapai.

Bukti terbaru semacam munasabah dengan pendapat sesetengah orang Kelantan bahawa kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22 tahun itu akan tumbang dek adanya orang PAS yang bertanding sebagai calon bebas PRU 13 ini.

Hal ini telah disebut sendiri Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada media massa. Oleh itu, tak mustahil Kelantan tumbang manakala Perak dan negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan rakyat atas sebab kebanyakan penganalisis politik tanah air meramalkan umno/BN menang tipis PRU 13 nanti.

Walaupun Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Umno/BN menang besar Pru 13 ini, tetapi  Datuk Seri Mohd Najib Razak,  melambat lambat pembubaran parlimen, kerana mahu menang lebih besar berbanding PRU 12 dulu.

Kebanyakan penganalisis politik tanahair berkata umno/BN masih ada peluang dan ruang untuk menang lebih besar. Lebih lebih lagi kemungkinan DAP di haramkan, manakala PKR berhadepan dengan krisis baru disamping ada orang Pas Kelantan akan bertanding sebagai calon bebas, termasuk ada orang orang pas yang berebut calon dan  krisis PAS Kedah yang jelas dan nyata belum reda.   


Sunday, March 24, 2013

Gelombang biru landa Marang



Sebut sahaja perkataan gelombang biru teringat penulis dengan kejayaan umno/BN menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 (2004).

Kerajaan PAS (1999) tumbang begitu teruk sekali dek gelombang biru yang melanda seluruh pelosok negeri Terengganu.

Kemarian gelombang biru melanda parlimen Marang dengan harapan PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa itu dapat dirampas umno/BN parlimen di menangi presiden PAS.

Gelombang biru umno/BN kali ini yang melanda parlimen Marang lebih besar berbanding ia melanda seluruh negeri Terengganu dulu.

Bayangkan dulu hanya wang ihsan RM 300.00 sahaja yang diberi kepada rakyat Terengganu, tetapi hari ini bantuan isi rumah (BRIM) sejumlah RM 500.00 satu kepala.

Bukan setakat itu sahaja, malahan BRIM remaja RM250.00, BRIM RM 100.00 kepada pelajar dan RM1,000 kepada anak pekerja TNB dan TM yang berusia 23 tahun.

Tawaran dan janji akan dibina sebuah kolej metrikulasi dan sebuah sekolah IMTIAZ di parlimen Marang diwar warkan menteri besar.

Tan Sri Muhyiddin yasin ketika berucap mengatakan Datuk Seri Haji Abdul Hadi tak buat apa apa pun kemajuan parlimen Marang sejak menang suatu yang sangat tidak munasabah.

Perkataan tersebut jelas suatu tuduhan yang tidak berasas, kerana pengundi tahu bahawa ahli parlimen pembangkang di negari ini tidak pernah diberi peruntukan untuk membangun dan memajukan parlimen yang diwakilinya.

Jadi mana mungkin Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang boleh apa apa bentuk pembangunan di parlimen Marang, sedangkan dia bukan ahli parlimen kerajaan.

Yang hairanya, mengapa parlimen milik umno/BN seperti Kemaman, Dungun dan Besut tidak dimajukan, terutama sekali hospitalnya adalah bangunan hospital lama zaman penjajah sehingga hari ini.

Ini menunjukkan apa yang dicakapkan itu hanya suatu helah dan tipu muslihat kerajaan yang memerintah Negara kepada rakyat di parlimen Marang yang dimenangi PAS.





Monday, March 18, 2013

Pemimpin duduk dalam zon selesa?




Kita telah diwar warkan Malaysia aman tidak macam banyak Negara yang sentiasa bergelora. Rupa rupa apa yang diwar warkan  jadi reality Malaysia sudah tidak aman lagi dan dicerobohi.

Aman hanya pada kata kata yang keluar dari mulut para menteri, terutama sekali yang keluar dari mulut perdana menteri dan timbalannya.mereka mencanang canangkan Malaysia aman.

Mereka bertindak demikian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk meraih undi rakyat agar umno kekal berkuasa selepas PRU 13 nanti.

Kalau kita sebut ia retorik ramai yang marah, kerana membuat penilaian yang salah dan berniat jahat dengan kerajaan yang memerintah.

Lebih lebih lagi perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sedang buat road show dengan slogan janji ditepati.

Memang betul janji sudah ditepati ,tetapi kena ingat juga apakah janji yang ditepati itu dilakukan atas nama kebertanggungjawaban kerajaan terhadap rakyat dan mustahil akan melencung.

Kata kata manis dibibr  yang keluar dari mulut para pemimpin parti politik pembangkang kena ambil kira, kerana para pemimpin kerajaan setakat ini masih belum ubah citarasa masing masing.

Citarasa yang begitu terserlah sangat masih dijadikan amalan meskipun salah di sisi undang undang Negara.

Kebanyakan  pemimpin umno yang begitu asyik untuk mengumpul sebarapa banyak harta setelah menang pada PRU 12 lalu.

Seakan mustahil mereka ini boleh berhenti dengan citarasa tersebut, sebaliknya kelihatan mereka amat rakus melakukan penyleweangan dan salahgunakuasa.termasuk terbabit dengan rasuah yang diandaikan ia sebagai penjenayah.

Hal ini telah terbukti  menerusi laporan ketua audit Negara dengan pelbagai penyelewengan dan salahgunakuasa yang memang tidak boleh dinafikan lagi.

Apakah tindakan dilakukan oleh pihak kerajaan yang memerintah untuk megatasi pemasalahan yang muncul lepas satu. Satu. Satu lagi.

Kini berlaku kes pencorohan yang mungkin boleh memberi kesedaran kepada pihak yang memerintah Negara akan kelemahan yang ada pada kerajaan yang mendakwa Malaysia aman tidak macam mana mana Negara lain di dunia ini.


Tuesday, March 12, 2013

Tun Mahathir Mohammad sudah lari?



Selesai solat jumaat, penulis didatangi salah seorang Jemaah dan berkata, Tun Mahathir Mohammad “lari”. Lari kenama pulak

Terkejut penulis apabila dengar perkataan Tun Mahahtir lari. Lari kemana pula? Ini pasti berita yang diberi nama “kahbar angin”. Tidak boleh dipercayai.

Berita direkacipta oleh seseorang atau pihak tertentu untuk meburuk reputasi bekas perdana menteri diberi tugas berkempen untuk pihak Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita boleh terima jika Tun Mahathir Mohammad Keluar Negara. Bukan lari ketika berlaku pembunuhan terhadap Ibrahim Libya di Memali dulu.

Tun Mahathir Ke luar Negara atas nama lawatan rasmi ketua Negara di Negara tertentu atas jemputan ketua Negara terbabit.

Buat apa beliau lari. Apa kena mengena dengan kes percerobohan di Lahad Datu. Dia bukan perdana menteri. Dia bukan apa apa lagi dalam kerajaan satu Malaysia.

Ke kerana dia terbabit dengan penjualan kad pengenalan kepada rakyat Filifina yang dikatakan mencerobaohan Malaysia?

Apa kaitan dengan kes percerobohan tersebut. Kalau tiada kaitan mengapa mesti lari. Apa yang hendak ditakutkan.

Hendak kata dia ada kaitan dengan kes kecurian minyak sejumlah RM 252 juta oleh kapal Indonesia baru baru ini mustahil.

Setahu penulis, Tun Mahathir pergi buat lawatan di Parlimen Pasir Mas jumpa Ibrahim Ali dengan tujuan untuk menolong orang sudah  panas punggung mencari tempat untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Ibrahim Ali kelihatan tak temntu arah dah. Jadi macam tak keruan qpabila dekat PRU 13 yang akan diadakan April ini.Macam juga Tun Mahathir yang kelihatan sudah mengidap penyakit takut baying baying sendiri.

Ke, kerana Tun  Mahathir orang penting dan ada pawor dalam Petronas. Tetapi mana mungkin ada kaitan dengan kes KAPAL tangki MT Bramani yang ditahan di perairan Pengerang, Johor kerana mencuri minyak.

 Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang  pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.

Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.




Wednesday, March 6, 2013

2020 malaysia muflis jika umno memerintah




Rakyat sewajarnya terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) jika mahu melihat  Malaysia menjadi negara maju 20202.

Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad bekas perdana menteri yang dikatakan sedang mengidap takut bayang bayang sendiri dalam satu ceramah kempen mengekalkan Malaysia ditangan umno/BN.

Pada penulis, jika Malaysia kekal ditangan umno/BN PRU 13 akan jadi sebauh Negara muflis, Kerana Negara satu Malaysia dikatakan ada hutang sebanyak RM 547 bilion, sedangkan rezab Negara Cuma ada sebanyak RM 437 bilion sahaja.

Oleh itu peluang untuk menjayakan wawasan 2020 sangat tipis kerana kerajaan selama lama telah mengamalkan rasuah bak irama dan lagu.

Yang menjadi peghalangnya bukan sahaja berlaku pembaziran wang rakyat secara membabi buta setelah diberi amanah sepanjang memerintah Negara. Akan tetapi ia berpunca daripada salahgunakuasa dan penyeleweangan serta rasuah yang berlaku secara bermaharajalela.

Buktinya belanjawan Negara (bajet) setiap tahun telah disalahgunakan melalui suatu kaedah penyeleweangan yang telah dikesan secara terperinci oleh Audit Negara.

Oleh itu, peluang untuk menjayakan Wawasan 2020 adalah lebih buruk  sekiranya kerajaan yang memerintah negara hari ini dikekalkan.

Pada hemat penulis, adalah sangat selamat jika parti umno/BN diberi mandat pada PRU 13 meneruskan usaha menjayakan Wawasan 2020 suatu yang tak masuk akal.

Lihat sahaja pembangunan Iskandar di Johor Bahru. Siapakah pemegang saham terbesar. Sudah tentu Singapura, Hongkong dan Korea.

Negeri Johor dikatakan sudah separuh hartatanah jatuh kepada tangan orang asing melalui dasar bebas pelaburan yang digubal kerajaan umno/BN.

Oleh itu yang dikatakan kemajuan pesat dikecapi kini tidak boleh jadi bukti Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai Wawasan 2020.Sebaliknya, jika umno diberi mandat lagi memerintah kemungkinan besar  Malaysia jadi Negara muflis.

Lebih lebih lagi keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang diwar warkan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sejak Wawasan 2020 diperkenalkan 13 tahun lalu itu hanya diatas kertas sahaja. Tidak lebih daripada itu.


Friday, March 1, 2013

Mufti Perak tidak bercakap benar?




Kasar dan berat bunyi judul rencana ini. Malah melampau berkata mufti Perak tidak bercakap benar pendusta. Pasti ada yang mengatakan itu adalah fitnah.

Sudah tentu kebanyakan mengatakan penulis melakukan fitnah terhadap mufti Perak yang arif dengan ilmu ilmu Islam.

Hendak tahu ia fitnah atau sebaliknya, mari kita lihat Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataaan yang tepat dan benar dalam segala perkara” (surah Al Ahzab ayat 70).

Penulis boleh setuju Tan Sri Harussani Zakaria mufti  yang bertakwa kepada Allah. Mana mungkin seorang mufti tak bertakwa kepada Allah.Jauh sekali jadi seorang pendusta.

Akan tetapi penulis tetap mengatakan Mufti Perak tidak tepat dalam berkata bahawa orang PAS lebih buruk berbanding dengan orang kafir.

Ia bukan sahaja tak tepat, malahan amat tidak benar ketika berkata PAS lebih b uruk daripada kafir. Kata kata itu jelas tidak berasas dan salah fakta.

Mengapa tidak? Seburuk buruk orang Islam buruk lagi orang kafir. Sejahat jahat orang islam jahat lagi orang kafir. Sekejam kejam orang islam kejam lagi orang kafir.

Jadi, macam mana boleh kata orang PAS lebih buruk dari orang kafir. Ini bukan tidak tepat dan tidak benar, malahan suatu pendustaan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Lihat Firman Allah yang bermaksud: “ sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang orang yang tidak beriman kepada ayat ayat Allah dan mereka itu ialah orang orang yang berdusta” ( surah Al Nahl ayat 105).

Mustahil seorang mufti seorang yang tidak beriman. Macam mana beliau boleh bertindak sedemikian rupa macam orang orang yang tidak beriman.

Lihat sabda Rasulullah SAW yang bermakksud: “ Hendak kamu bercakap benar, kerana ia membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kesyurga selagi seseorang itu bercakap benar dan mengutamakannya sehinggalah ia ditulis disisi Allah sebagai orang yang bercakap benar. Jauhilah kamu dari berdusta kerana ia membawa kepada keburukan dan keburukan membawa  ke neraka selagi seseorang itu berdusta dan mengutamakannya sehinggalah ia ditulis disisi Allah sebagai seorang pendusta”. (Fath Al Bari).
Persoalan yang timbul apakah benar orang orang PAS lebih buruk berbanding orang orang kafir, sedangkan seburuk buruk orang Islam buruk lagi orang kafir.

Sama sama kita fikir apakah ia benar begitu.