Saturday, September 26, 2009

Kerajaan suntik RM2b dalam WCGS

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kerajaan bersetuju untuk menyuntik dana tambahan sebanyak RM2 billion bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang dilaksanakan oleh Bank SME, sebuah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Suntikan itu dilakukan setelah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

MITI dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, suntikan tambahan itu akan dilakukan melalui pemindahan dana dari Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (IRLGS) kepada WCGS.

Jelas kenyataan itu sehingga 16 September lalu, kelulusan yang telah dikeluarkan bagi skim WCGS adalah sebanyak RM130,095,601.15 melibatkan 51 pemohon.

Manakala Bagi Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (IRLGS) pula sebanyak RM63,376,200.00 melibatkan 11 pemohon.

Jelas MITI, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed amat berpuas hati dengan perkembangan terbaru ini.

"Beliau memohon agar syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana mengambil peluang yang telah diberi oleh (PKS) Kerajaan untuk mengukuhkan modal kerja mereka dan meningkatkan operasi serta keluaran syarikat.

"Para usahawan PKS yang berminat untuk memohon skim ini melalui Bank SME boleh menghubungi mana-mana cawangan bank untuk mendapatkan keterangan lanjut,'' ujar kenyataan tersebut.

Di dalam program pakej rangsangan ekonomi kedua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi skim jaminan termasuk WCGS untuk menggalakkan pinjaman bank terutamanya kepada PKS.

Skim WCGS ini membolehkan syarikat Malaysia dari semua sektor ekonomi yang mempunyai pegangan ekuiti kurang dari RM20 juta untuk mendapatkan pinjaman dari bank.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM50,000 hingga RM10 juta bagi kegunaan modal kerja dengan jaminan kerajaan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman.

komen:

Mendapatkan sambutan yang menggalakkan ke atau pemimjam tidak membayar pimjaman sepertiamana yang berlaku pada Bank bumiputera dan Bank Islam suatu ketika dahulu.

Pemimjam yang terdiri daripada orang UMNO yang kononnya untuk membuat pelaburan dan membina rumah di luar negara yang akhirnya terbengkalai wang leasp entah kemana.Bak bumi mampus terpaksa diambilalih.

Ini juga pasti kerja orang UMNO yang sengaja dan berniat mahu membunuh bank SME selepas membunuh bank bumi putera dan bank Islam. Sebab itu kerajaan terpaksa suntik RM 2 bilion. Macam Bank bumi dijual kepada bank yang kecil.Jika itulah kerja orang UMNO maka tunggulah masa dan ketikanya termasuk negara juga turut tergadai.

Wednesday, September 23, 2009

Adakah ada calon UMNO yang bersih

Tun Dr Mahathir Mohammad Kata, UMNO akan menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2009 ini miski pun calonnya kotor dengan politik wang dan rasuah sekalipun.

Akan tetapi, kalau hendak menang dengan majoriti lebih besar dan bergaya calonnya mestilah seorang yang bersih atau dengan kata lain calonnya mesti benar benar tidak kotor.

Calon kotor pun boleh menang kerana Bagan Pinang kubu UMNO. Begitulah kedudukan DUN Bagan Pinang. Bermakna PAS tidak ada harapan untuk menang lagi dalam piliharaya kecil kali ini.

Persoalan yang nak ditimbulkan disini, adakah calon UMNO orang benar benar tidak kotor?

Setakat hari ini tiada seorang pun orang UMNO yang bersih dari politik wang dan Rasuah, kerana rasuah dan politik wang sudah jadi darah daging orang UMNO, Hatta Tun Dr Mahathir sendiripun.

Apa lagi Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dianggap sudah berjaya pulihkan UMNO dengan slogan rakyat dan dahulukan dan pencapaian diutamakan.

Oleh itu usah mimpi untuk dapat calon yang bersih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN bagan pinang yang bakal diadakan pada 11 Oktober 2009 nanti.

Friday, September 18, 2009

Jadikah 10 ADUN UBN Terengganu lompat parti

Sama ada jadikah atau tidak 10 ADUN UBN Terengganu lompat parti masih menjadi teka teki yang memanjang.

Pesusuhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib berkata setakat hari ini tiada berlaku pun lompat parti. Betul memang tidak ada seorang pun wakil rakyat UBN yang lompat, kerana perancangan belum masak betul.

Kita kena ingat bahawa lompat parti ADUN UBN pernah berlaku, maka tidak mustahil ia boleh berlaku terus menerus atas sebab timbul rasa tidak puashati seseorang atau kumpulan pada bosnya.

Sejarah telah membuktikan bahawa Tengku Razaliegh bukan sahaja lompat parti, malah tubuh parti semangat 46 bekerjasama dengan PAS yang diberi nama angkatan perpaduan ummah memerintah Kelantan (1990).

Namun, tidak mustahil ia akan berlaku dan boleh berlaku bila bila masa sahaja pada kumpulan yang menyokong Datuk Seri Idris Jusoh yang masih tidak puas hati dengan Datuk Ahmad Said, MB Terengganu yang dikatakan tidak tahan lama itu.

Mungkin atas asas Datuk Seri Utama Rais Yatim pernah berkata Ahmad Said akan jatuh macam nangka. Lebih lebih lagi MB itu dianggap macam telur berada diujung tanduk yang mana akan jatuh bila bila masa sahaja.

Akan tetapi sampai sekarang ini MB Ahmad Said masih kekal dan tidak jatuh, miskipun ada usaha untuk menjatuhkannya, termasuk mengemuka undi tidak percaya yang dikatakan didiamkan oleh speaker Datuk Tengku Putera Awang.

Setakat ini sudah tidak ada lagi kaedah lain yang boleh menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi MB Terengganu, selain kaedah melompat parti.

Setakat ini juga 10 ADUN yang ada niat untuk lompat parti itu tidak ada cam untuk kumpul harta, kerana segala projek telah dibekukan oleh MB sebagai langkah padan mukamu hendak menentang sangat.

Di akui memang benar bahawa mana mana wakil rakyat BN di Malaysia ini punya niat hendak kumpul harta, hatta wakil rakyat BN Terengganu sekalipun.

Cuba bayangkan, hanya jadi wakil rakyat sepenggal sahaja sudah ada dua tiga buah kereta mewah, termasuk sebuah Mecsedes Bens E 230 dan sebuah banglo berharga jutaan ringgit.

Kalau menjawat jawatan EXCO pasti memiliki banglo berharha RM 2 juta ke atas.Malah ada yang bina istana yang berharga puluhan juta.

Sekarang ini kedudukkan wakil rakyat Terengganu memang sudah gagal dan tidak ada harapan lagi untuk mengumpul harta, kerana menentang Ahmad Said.Segala projek yang diluluskan tidak lagi diberi kepada orang yang menentang.

Dalam UMNO sesiapa yang menentang ketua sudah tentu gagal buat apa sahaja hatta mahu kumpul harta.Maka orang yang menyokong MB pula sedang asyik mengumpul harta dengan projek demi projek sehingga kadang kala tidak ingat yang dia adalah wakil rakyat.

Maka kumpulan Datuk Rosol Wahid jangan diharap kamu berjaya untuk mengumul harta selagi kamu tidak sokong Ahmad Said, kecuali Datuk Idris Jusoh yang sudah banyak harta sebelum ini.

Idis Jusoh tidak kesah sangat dengan harta, sebab dia sudah banyak harta. Tapi bagaimana dengan orang lain.

Kalau kamu menentang Ahmad Said dan menyokong Idis Jusoh maka itulah nasib kamu. Kamu akan menerima nasib malang yang sangat malang.

Oleh itu jangan takut lompat parti, kerana kedudukan kamu sudah tidak selamat lagi.

Kalau kamu kekal dalam UMNO sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti, sudah tentu nama kamu tiada lagi dalam senarai calon.

percayalah.

Jangan diharap kamu akan dipilih menjadi calon dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Percayalah.

Saya diberitahu oleh salah seorang pegawai kanan kerajaan berasal dari Kemaman bahawa Ahmad Said adalah seorang pendendam macam juga Idris Jusoh.

Jadi, jangan takut untuk lompat parti. itu pun kalau mahu selamat dalam politik semasa macam macam ada hari ini.

Percayalah jika orang yang menentang Ahmad Said tidak lompat parti maka karier politik mereka pasti berakhir juga akhirnya.

Jika tentang ketua dalam mana mana parti politik sekalipun pasti malanglah nasib mereka.

Oleh itu jangan takut buat perhitungan. Lompatlah agar hati tidak sakit macam sakitnya hati masing masing semasa jadi wakil rakyat sekarang.

Kalau lompat pasti selesai, malah ada yang boleh jadi menteri besar dan barisan EXCO dan barangkali boleh kekal menjadi calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti .

InsyaAllah. Mudah mudahan penyakit yang dihidapi sembuh tidak lagi menderita dan kecewa.

Sehubungan itu, Muhammad Ramli Nuh, Adun Tepuh dalam blognya berkata, Saya ingin menafikan sekeras-keras khabar angin yang bertiup kencang itu.

Saya dan sahabat-sahabat yang lain tidak pernah berbincang, bertemu atau bersua muka untuk melompat parti terutama kepada parti PKR.

Ini merupakan fitnah yang cukup besar bagi melemahkan semangat kami dari parti UMNO & satu tektik untuk menjatuhkan reputasi UMNO Terengganu.

Makluman semua, tiada sebab musabah untuk kami menyeberang kepada PKR. Saya akan bersama dengan UMNO selagi mana perjuangan kepada agama,bangsa & negara terus diperjuangkan.

Oleh yang demikian, rakyat Terengganu tidak harus mendengar khabar angin tersebut. Itu adalah satu khabar angin.

Saya juga telah dihubungi oleh beberapa orang yang ingin tahu status kemelut kepincangan UMNO Terengganu & kelesuan persidangan yang berlangsung pada 25-26 Ogos 2009. Cuma, apa yang boleh saya perkatakan bahawa, kemelut tersebut masih berlaku & mungkin ada usaha pemulihan dilakukan.

Kemelut kepimpinan ini bukan mudah diselesaikan kiranya satu pihak sahaja. Ianya perlu hadir daripada kedua-dua belah pihak.

Memang perjumpaan lepas berlaku diantara kami dengan YB serta ketua-ketua Bahagian. Namun, pertemuan tersebut sekadar boleh dikatakan melepaskan batuk ditangga.

Pada pertemuan tersebut, kita sudah menyuarakan segala kepincangan yang berlaku, namun setakat ini dipihak kepimpinan atasan tidak nampak usaha atau mengkaji pertemuan yang dibuat sebelum-sebelum ini.

Saya berpendapat, terutama kepimpinan tertinggi harus melihat & meneliti luahan serta komen yang telah disuarakan oleh kami terhadap kemelut tersebut.

Pada persidangan yang berlangsung dua hari lepas, saya sendiri tidak mengambil bahagian untuk sesi perbahasan. Ini kerana, tiada apa yang maklumat atau persoalan yang ingin saya bahaskan.

Malah, kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan atau berpendirian kerajaan negeri dalam dewan sedangkan kita pun tiada maklumat.

Saya berharap, kepimpinan Atasan terutama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengkaji semula berkaitan dengan kemelut yang berlaku.

Namun, sama samalah kita tunggu dan lihat perkembanganya.
sekian.......................

Wednesday, September 16, 2009

40 PERKARA MEMBATALKAN IMAN MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

01. Syirik
02. Meninggalkan solat fardhu
03. Meninggalkan puasa ramadhan
04. Enggan mengeluarkan zakat
05. Enggan menuaikan haji
06. Riddah (murtad)
07. Kufur terhadap Allah
08. Mengingkari takdir Allah
09. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
11. Bertawakkal selain Allah
12. Memperhambakan manusia
13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat ayat Allah SWT
17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
18. Mempermainkan kesucian agama
19. Menghukum dengan hukum manusia dan menolak hukum Allah
20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
21. Mengajak umat Islam meninggalkan jihad dijalan Allah
22. Mengkafirkan sesama muslim
23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah atau akhirat
24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
26. Munafik (nifak)
27. Beramal dengan riyak
28. Gemar mengamalkan perkara bid’ah
29. Membuat peraturan atau undang undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan Rasulnya.
30. Tidak beradab terhadap Rasulullah SAW
31. Menghina sahabat Rasulullah SAW
32. mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang orang beriman
34. Memberi amanah atau kepercayaan kepada orang kafir untuk kepimpinan umat Islam
35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
36. Taksub kepada Ulama dalam perkara maksiat
37. Mempercayai tukang tenung
38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
39. Mempercayai kuasa azimat
40. Bersumpah dengan selain nama Allah.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, September 13, 2009

fobia akibat kalah pilihanraya kecil

Nampak gayanya fobia akibat kalah dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum ke 12 menjadi reality yang tidak boleh dinafikan lagi.

Ini dihadapi oleh wanita UMNO melalui suara timbalan ketuanya, Kamilah Ibrahim yang mahu supaya calon wanita dipilih bertanding didalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang negeri Sembilan.

Alasannya kesemua calon lelaki yang diletak bertanding dalam 8 pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke 12 tujuh daripadanya kalah berlaka.

Cadangan supaya DUN Bagan Pinang Teluk kemang negeri Sembilan yang bakal diadakan selepas SPR bermesyuarat Isnin ini hendaklah diletakkan calon wanita.

Perasaan fobia yang amat tinggi oleh wanita UMNO akibat kekalahan tujuh calon lelaki perlu diberi perhatian oleh Kepimpinan tertinggi,termasuk Perdana menteri sendiri sagar pilihanraya kecil kali ini tidak menerima nasib yang malang lagi.

Fobia akibat kekalahan dalam tujuh pilihanraya kecil lalu yang alami oleh UMNO tidak harus dibiarkan menghantui wanita yang merupakan jentera pilihanraya yang terpenting disamping jentera puteri penyumbang utama itu.

Antara tanda fobia wanita UMNO akibat kekalahan ditujuh pilihanraya kecil itu, mereka mahu supaya calonnya mestilah seorang wanita bukan lagi seorang lelaki dalam pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang nanti.

Sehubungan dengan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan Presiden UMNO yang juga timbalan perdana menteri menyatakan tidak timbul lelakikah dan wanitakah calonnya. Yang penting mereka yang diletakkan bertanding nanti mesti seorang tokoh yang berwibawa.

Ini menunjukkan soal siapakah calon yang akan diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang nanti tidak semesti wanita dan tidaki semseti lelaki, tetapi ia mestilah seorang yang tokoh yang berwibawa.

Nampak gayanya saranan timbalan ketua wanita UMNO itu tidak mendapat perhatian dan tidak mungkin dapat dipertimbangakan bahawa calonnya nanti mesti seorang tokoh wanita walaupun disebut ramai tokoh wanita yang berwibawa dan layak.

Jika wanita tidak terpilih bertanding di DUN Bagan Pinang yang barangkali akan diadakan selepas hari raya Aidil Fitri ini seolah olah membiarkan fobia akibat kekalahan itu bersarang lebih lama. Apatah lagi jika pilihanraya kecil itu UMNO kalah lagi.

Berapa lama tempuh fobia dikalangan wanita harus dibiarkan. Semakin lama fobia itu dibiarkan tanpa memberi perhatian sepertimana yang dikemukakan oleh wanita UMNO sebagai pendekatan strategi yang strategic.

Para kepimpinan UMNO Pusat sepatutnya tidak menolak saranan wanita UMNO kalau mahu mengekalkan kerusi itu ditangan UMNO/ BN,kerana wanita tidak fobia lagi. Lebih lebih lagi undi POS adalah undi penentu kemenanagan UMNO di DUN Bagan Pinang.

Saturday, September 12, 2009

Gelora UMNO Terengganu tiada kesudahan?

Sesungguhnya konflik politik di Terengganu sukar untuk diselesaikan walaupun Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah kerana kemelut tersebut dilihat sudah kronik dan berpanjangan.

Ini dinyatakan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin, UMNO Terengganu seakan-akan mempunyai ‘geng’ yang tidak boleh bercampur dengan yang lain.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin dilihat sebagai menjalankan tanggungjawab apabila berlakunya masalah dalam parti itu.

“Jika kita tengok kembali sejarah kemelut di negeri itu, ia berlarutan sehingga terbahagi kepada dua kumpulan dan sudah pasti ia mengambil masa untuk bersatu kembali.

“Setiap kali masalah timbul dalam parti, Timbalan Presiden yang turut turun padang untuk menyelesaikannya seperti sebelum ini Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Presiden turut turun padang.

Manakala Datuk Ahmad Said Ahmad berkata, untuk menyatupadukan antara dua kumpulan itu adalah cabaran yang perlu ditempuhi Muhyiddin.

“Tindakan Muhyidin itu perlu apabila beliau berasakan keadaan bahaya dalam politik sekarang, jadi beliau memilih untuk bertindak. Tapi tidak semestinya beliau dapat selesaikannya dengan mudah,” katanya.

Muhyiddin menyatakan kesediaannya membantu parti itu kerana mungkin masih ada beberapa perkara lain boleh diselesaikan sama ada politik atau kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pengukuhan dan perpaduan UMNO serta BN di negeri itu perlu diberi perhatian.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak menyifatkan Muhyiddin di antara paling layak untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah parti itu

Ia bersesuaian dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang mengharapkan gelora UMNO negeri kaya rakyat miskin ini tamat.

Itulah harapan baru yang di warkan oleh Ahmad Said yang dikatakan masih tidak lena tidur, kerana kumpulan yang menyokong Datuk Seri Idris Jusoh tidak pernah duduk diam.

Dahulu, UMNO Malaysia berusaha menghantar ubat untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh UMNO Terengganu yang tidak berkesudahan itu.

Ubat yang diberikan ialah Datuk Hisahamuddin Husein, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib presiden UMNO Malaysia dan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.

Ubat yang bernama Datuk Seri Hisamuddin itu di andaikan sebagai ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit dihidapi UMNO Terengganu.

Tetapi malangnya ubat itu nampaknya tidak memberi sebarang kesan, malah jadi elijik dan membuat kemelut menjadi semakin menjadi menjadi dan parah

Yang paling menyayat hati Ahmad Said, Hisahamuddin Huesin. ubat yang dilabelkan sebagai biawak bersalin kulit oleh kumpulan Idris Jusoh. Begitulah yang penulis dengar.

Kalau dahulu 10 wakil rakyat hanya memboikot persidangan dewan atas sebab mendapat SMS ugutan bunuh yang dicipta sendiri pihak kumpulan Idris Jusoh.

Baru baru ini, semua wakil rakyat tidak mengemukakan soalan semasa perssidangan dewan ke 12. Tindakan seumpama itu ada persamaan dengan boikot yang pernah dibuat.Cuma seorang sahaja yang mengemukakan soalan iaitu YB Ramlan Ali, ADUN Jabi, Setiu.

Semua hadir, tetapi mereka mengambil sikap membisu seribu bahasa. Atas sebab itu Ahmad Said berpuas hati, kerana kebanyakan wakil rakyat dilihat sudah memberi sokongan kepada bosnya.

Rupa rupa tidak demikian. Mereka masih tidak puas hati dengan Ahmad Said, Ini dinyatakan sendiri oleh Datuk Rosol Wahid ketua kumpul penyokong Idris Jusoh, ketika ditanya para wartawan.

Kemelut UMNO Terengganu sememang tidak ada kesudahannya. Namun UMNO Pusat berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya dan menghantar Timbalan perdana menteri supaya golera boleh berhenti.

Semua mengharapkan begitu. tetapi malangnya formula itu tidak juga menjadi. Mengapa begitu. Kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sangat tidak disenangi oleh kumpulan Idris Jusoh. Puncanya ialah telah mengistiharkan bahawa Ahmad Said kekal sebagai menteri Besar Terengganu.

Bagaimana mungkin seorang tokoh yang dibenci oleh kumpulan penyokong Idris Jusoh berupaya menyelesaikan kemelut yang kelihatan semakin besar geloranya.

Penulis diberitahu kumpulan penyokong Idris Jusoh yang diketuai oleh Rosol Wahid telah berjumpa dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur menghantar isyarat misteri yang hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.

Mereka berbuat demikian, kerana gagal dengan perancangan lompat parti untuk menukar menteri Besar, kerana akhir akhir ini sudah ada beberapa orang wakil rakyat tidak setuju lompat pada parti keadilan.

Salah seorang yang mula berdalih dan tidak setuju dengan lompat parti ialah Alias Abdullah ADUN Alor Limbat.

Alias Abdullah disebut sebut sebagai Menteri Besar Terengganu baru, tetapi tidak mendapat persetujuan pihak PAS yang masih mahu supaya pesuruhjaya negeri Datuk Harun Taib dilantik sebagai MB baru jika rancangan lompat parti berhasil.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin UMNO negeri kini masih dalam kedudukan kukuh walaupun terdapat perselisihan faham dalaman.

Katanya, segala penyelesaian terhadap isu berbangkit sebenarnya dilakukan secara senyap dengan pihak-pihak atau personaliti tertentu untuk penambahbaikan.

“Keadaan sekarang amat jauh berbeza dengan dulu dan walaupun demikian saya akui memang ada perkara yang perlu ditangani lagi demi kebaikan parti,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyatakan kesediaan membantu menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam kepimpinan UMNO negeri.

Hishammuddin berkata, masalah yang berlaku sebenarnya bukan saja di negeri ini malah beberapa negeri lain pun ada masalah dalaman dan semua dapat diselesaikan,
Mengenai ketidakhadiran beberapa ahli Exco kerajaan negeri, beliau berkata, mereka mungkin mempunyai beberapa program lain di kawasan masing-masing.

Katanya, ini bukan menjadi masalah kerana yang penting sokongan semua pihak dalam menjayakan program yang diatur.

Kesimpulanya gelora UMNO Terengganu yang tidak menjadi kebimbangan UMNO Malaysia itu, tetapi kelihatan geloranya semakin besar dan membahayakan.

Thursday, September 10, 2009

Peribadi terpesong punca bukan Islam salah anggap

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my

ISU penjualan arak kepada masyarakat Islam di Selangor yang hangat diperdebatkan pelbagai pihak kebelakangan ini sebenarnya berpunca daripada tipisnya kefahaman mengenai Islam dan cara hidup Islam. Bukan saja soal meminum arak dan penjualannya, malah pelbagai soal lain, termasuk poligami dan kedudukan mualaf dalam Islam serta hubungan mereka dengan keluarga bukan Islam juga sering disalahertikan.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa mengakui keadaan itu menyebabkan lebih banyak perkara negatif diketahui masyarakat bukan Islam mengenai Islam berbanding kebaikan.

Beliau juga mengakui ada antara salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan cara hidup Islam, terbit daripada perilaku masyarakat Islam sendiri.
Katanya, ada antara masyarakat Islam gagal menjalani kehidupan mereka mengikut lunas dan ajaran Islam menyebabkan pandangan masyarakat bukan Islam terhadap agama itu terpesong.

"Akhlak dalam Islam penting tetapi ada orang Islam yang tidak ada akhlak Islam, sedangkan ada pula orang bukan Islam yang mempunyai akhlak Islam. Ada orang Islam yang menipu sedangkan ada pula orang bukan Islam yang tidak menipu dan berperibadi baik. Keadaan ini menyebabkan masyarakat bukan Islam terkeliru. Sepatutnya, akhlak Islam dilakukan mulai seseorang bangun hingga tidur semula," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menyedari berlaku salah tafsiran di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap ajaran agama Islam, Mohamad Adzib berkata, Mais bercadang mengadakan forum antara agama dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) bagi membantu mereka memahami Islam dengan lebih jelas.
Forum itu bakal menjemput pemimpin agama lain serta tokoh korporat bukan Islam bagi memberi penerangan mengenai Islam dan hukum hakamnya selain boleh disertai orang ramai yang boleh bertanya apa saja.

"Kita juga akan panggil saudara baru dan mereka yang pakar dalam soal Islam untuk memberi penerangan selain bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

"Antara perkara yang akan disentuh dalam forum itu termasuk Islam pada zaman nabi," katanya.

Sementara itu, pendakwah bagi Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam (IIF), Shah Kirit Kakulal Govindji, berkata pihaknya sudah beberapa tahun mengadakan dialog antara agama sama ada pada skala besar mahupun kecil membabitkan institusi pengajian tinggi dan jabatan agama.
Katanya, jumlah yang hadir lebih ramai iaitu antara 300 hingga 800 peserta beragama Islam dan bukan Islam jika dialog dijalankan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi atau jabatan agama negeri.

"Pihak yang mahu menganjurkan forum atau dialog berkaitan agama perlu sensitif dengan kepelbagaian peserta dan kena buat mengikut peringkat. Antara tajuk yang boleh dibincangkan dalam sesi dialog yang besar termasuk konsep ketuhanan, kesahihan kitab suci, hak wanita, sains dan agama mengikut perspektif agama masing-masing.

"Dalam sesi dialog ini, peserta boleh mengemukakan soalan tetapi panel tidak akan menyentuh agama lain selain agamanya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sesi dialog yang lebih kecil membabitkan peserta antara 20 hingga 40 individu, lebih mengupas isu Islam dengan lebih mendalam dan peserta berpeluang menyatakan pandangan mereka serta perasaan tidak puas hati terhadap agama lain termasuk Islam.

Shah Kirit berkata, tujuan dialog diadakan sebenarnya adalah untuk memberi penerangan mengenai Islam dan memahami agama antara satu sama lain serta mengurangkan prejudis terhadap agama lain.

Katanya, mengekalkan keharmonian perpaduan penting kerana jika tiada usaha diambil untuk memperkukuhkannya, semua pihak akan kerugian jika berlaku pergaduhan antara agama.

Shah Kirit berkata, ada antara dialog mengenai Islam gagal disampaikan dengan berkesan kerana ahli panel, walaupun mempunyai pengetahuan mengenai Islam yang mendalam, tidak menguasai kemahiran untuk menyampaikan penerangan dalam bahasa yang mudah difahami masyarakat bukan Islam.

"Pendakwah dan ahli panel perlukan kemahiran untuk menyampaikan ajaran Islam dalam cara yang rasional dan menggunakan bahasa yang mudah difahami masyarakat bukan Islam,” katanya.

Friday, September 4, 2009

Ahmad Said yakin kemelut UMNO Terengganu akan selesai

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,pada 25-26 ogos.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," kata Ahmad said kepada pemberita selepas persidangan dewan baru baru ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil BN yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau,

Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?" "Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka"

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan berkerjasama dengan beliau mempimpin negeri itu dan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO.

Bercakap memang mudah, malah bukan main sedap didengar, tapi hakikatnya tidak demikian apabila Datuk Rosol Wahid Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, berkata 18 adun BN masih tidak puas hati.

Apakah betul 18 ADUN BN masih tidak puas hati dengan kerajaan yang diterajui oleh Ahmad Said. Jika demikian, ini bermakna cuma 5 Adun sahaja yang memberi kerjasama. Bagaimana pula dengan 10 orang EXCO?

Sudah tentu 5 orang sahaja yang memberi kerjasama, manakala 5 lagi masih menjadi duri dalam daging. Begitulah yang difahamkan dengan kata kata Ahmad Said masih ada tiga empat wakil rakyat BN yang enggan bekerjasama dengannya.

Oleh itu adalah tidak benar sama sekali bahawa 23 orang ADUN BN sepertimana kata Ahmad Said "Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju.

Ini dapat kita lihat semasa persidangan Dewan undangan negeri yang baru lalu, hanya seorang sahaja wakil rakyat BN yang mengemukakan soalan iaitu Ramlan Ali ADUN Jabi Setiu. Manakala yang lain lain tidak menghantar sebarang soalan.

Boleh dikatakan sidang dewan kali ini merupakan sidang dewan yang paling malang bagi kerajaan Terengganu berbanding sebelum ini.

Ini juga menandakan 10 wakil rakyat BN cuba membiokot dewan miskipun mereka hadir sepertimana 10 orang yang telah memboikot sidang Dewan musim lalu.

Persidangan Dewan baru lalu itu disebut tidak menarik , kerana sebilangan kecil sahaja yang mengambil bahagian berbahas.

Sesetengah berpendapat, barangkali sidang diadakan dalam bulan ramadan menyebabkan ramai adun mengambil jalan selamat untuk tidak banyak bercakap bagi menghormati kemuliaan bulan itu.

Yang menghairankan mengapa ADUN dari PAS mengambil bahagian yang sangat bermakna untuk menyelesaikan kes bayaran royalti minyak kepada Terengganu yang masih belum tertunai lagi itu.

Ia dibuat buat sesuai dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak, ketika bercakap dikhlayak ramai semasa kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu tidak lama dahulu yang berjanji akan menyerahkan wang royalti kepada Kerajaan negeri ini.

Bukan setakat berjanji akan menyelesaikan bayaran tertunggak kepada kerajaan Terengganu,malah telah mengistiharkan penubuhan Tabung amanah Terengganu sebanyak RM 10 bilion.

Kini penubuhan tabung amanah Terengganu itu entah bagaimana, sama ada ia suatu realiti atau hanya mimpi siang hari.

Tahniah wakil rakyat PAS, kerana banyak memberi kerjsama pada kerajaan negeri untuk menyelesaikan bayaran royalti minyak yang dirampas oleh kerajaan pusat semasa memerintah 2000-2004) dahulu.

Cerita kemelut akan selesai tidak lama lagi itu dengan sendirinya ternafi dan tidak boleh diterima oleh rakyat Terengganu, kerana 18 adun BN tetap dengan pendirian masing masing bahawa faktor Ahmad Said lah punca mereka tidak puas hati.

Walaupun cerita kononnya Datuk Rosol Wahid dan lapan lagi Adun bercadang meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dinafikan tetapi ia mengambarkan krisis tidak mungkin selesai.

Untuk mengelak dari dikesani Rosol ketua ADUN hendak lampot parti, berkata bahawa laporan portal The Malaysian Insider itu semata-mata untuk menjatuhkan imej Umno di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR.

Kita difahamakan bahawa 8 orang sahaja ADUN yang setuju berbuat demikian manakala dua lagi masih berdalih dan ada yang setuju masuk PAS sahaja lebih baik. Inilah puncanya. Jika 8 orang sahaja yang setuju, bermakna nisbahnya 16 -16 yang pasti boleh membentukkan kerajaan.

Inilah masalahnya. Ini dapat kita baca ketika Rosol ditemui pemberita pada persidangan DUN Terengganu ke 12. Rosol berkata beliau bersama ADUN UMNO yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu.

Akan tetapi mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu.

Adakah perkara ini tidak berlaku dalam kumpulan kita. Apakah ia hanya Khabar angin untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UBN.

Tidak dinafikan bahawa mereka masih lagi wakil rakyat BN. Itu realitinya. Walaupun dikatakan tiada kompromi sebagai tanda aras masih memberi sokongan kuat pada kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Akan tetapi semua telah maklum dan dengar tentang 10 Adun BN Terengganu yang masih belum berpuas hati dengan pelantikan Ahmad Said sebagai menteri besar sedang berusaha dengan sedayaupaya untuk menjatuhkan Ahamd Said, miskipun tidak berjaya melalui undi tidak percaya yang dibuat didalam sidang Dewan baru baru ini.

Macam macam ada cerita yang timbul selepas ini.

Mereka yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jusoh masih menyimpan hasrat untuk menukar menteri besar setelah usaha menaikkan nama Datuk Idris sebagai menteri penuh gagal kerana ditolak oleh yang dipertuan agong.

Ironinya dalam pada masa yang sama,semua Adun yang menyokong Ahmad said kini mendiamkan diri kerana masing masing takut untuk berhadapan dengan Idris jusoh.Ini mengambarkan bahawa kemelut UMNO Terengganu tidak mungkin dapat diselesaikan sampai bila bila.