Sunday, May 29, 2011

Amat benar firaun dijadikan ikutan

Jumaat lepas Di Kota Baharu,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan berkata, di Malaysia ada lima mazhab.

Saya setuju dengan kata kata itu, kerana Nampak dengan jelas sudah ramai rakyat Malaysia mengikut mazhab selain dari mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali.

Bermkna sah ada mazhab lain yang dijadikan ikutan dan pegangan rakyat Malaysia kini.

Apakah mazhab itu?

Jawap Datuk Nik Abdul Aziz, mazhab itu tak lain dan tak bukan ialah mazhab “jahiliah”.Alangkah benar kata kata Nik Aziz itu.

Selang berapa hari Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang berkata dalam ceramahnya di Parit Pecah Batu Pahat bahawa umno menghidupkan kembali ciri ciri jahiliah.

Teringat penulis, semasa dalam ABIM dulu Anwar begitu cair dengan perkataan “Jahiliah modern”

Pendek kata, kata kata itu sangat digemari oleh Anwar setiap kali mengadakan ucapan dan cermahnya.

Sebagai bukti semua boleh setuju bahawa Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam, kerana menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun.

Inilah kata kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mutakhir ini, disamping menunggu keputusan hakim yang ikut Firaun menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Saya yakin bukan mazhab jahiliah dijadikan amalan dan pegangan rakyat Negara ini, malahan mazhab murji’ah juga telah dijadikan ikutan para pemimpin umno.

Bermakna bukan lima mazhab dijadikan ikutan rakyat Negara ini, malah enam mazhab sehingga begitu ramai perempuan di Negara Malaysia pakai cincin dijari terlunjuk yang pernah dijadikan amalan fira’un.

Oleh itu alangkah benarnya dakwaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dihumbangkan semula kedalam penjara melalui Fitnah demi fitnah bukan sahaja dibiar pintunya terbuka seluas luasanya tanpa mengambil kira sistem masyarakat jahiliah yang boleh merosakan Negara.'


Saya sangat setuju kata kata Anwar bahawa ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

Apa pun Anwar ulangi lagi, bahawa ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

Tuesday, May 24, 2011

pendapat Ustaz Azhar Idrus mengelirukan?

Seorang lelaki berkata kepada saya pelik dengan pandangan ustaz Azhar. Apa yang membuat awak rasa pelik?

Jawapan lelaki itu, pelik kerana dalam kelasnya bahawa lelaki boleh pakai “gelang”, kecuali emas. Saya kata, kan Itu pandangannya.

Lelaki itu berkata, setahu saya lelaki diharamkan pakai gelang tangan hatta yang dibuat dari tembaga.

Sejak akhir akhir ini saya keliru,kata lelaki tadi, kerana sudah banyak pendapatnya bercanggah dengan ustaz Awang Bakar.

Hari ini juga sudah ramai pemuda yang meminatinya memakai gelang yang diperbuat daripada “besi putih".

Tidak lama dulu saya ada menulis mengenai pendapat seorang lelaki lain yang mempertikaikan pendapat ustaz Azhar bahawa nikah di Golok tak sah.

Tulisan itu mendapat banyak komen menyokong ustaz Azhar dan mengatakan saya tak betul . Malah ada tulisan balas menjawap segala kemuskilan yang berlaku.

Tuesday, May 17, 2011

Najib wajar sekat kegiatan mengaib aibkan Anwar

Walaupun ada pihak mendakwa kepuasan hati rakyat Negara ini semakin naik berbanding sebelum ini, tapi pada saya sokongan terhadap Anwar semakin naik dan Najib semakin menurun dek betapanya muak dengan kegiatan mengaib aibkan menerusi pelbagai fitnah terhadap Anwar.

Sama ada Najib sedar atau tidak, tapi pada saya rakyat Malaysia sangat meluap dan muak dengan dengan cerita dan fitnah yang disebar secara meluas oleh madia massa, terutama sekali media milik umno.

Mustahil tiada satu kajian yang buat mengenai implikasinya sepanjang penyebaran video seks yang sudah dikenapasti bahawa pelakunya bukan Anwar, cuma ia hanya mirip Anwar yang menjadi kemarahan kebanyakan rakyat.

Anwar Ibrahim ketika melawat Terengganu berjaya membasah segala keburukan dengan mengatakan wajah macam saya, tapi perutnya buncit.

Kebanyakan yang menonton klip video seks yang dipapar baik dalam media masa TV dan internet sudah boleh buat keputusan bahawa pelaku itu bukan Anwar.

Lebih lebih lagi pihak polis tak berani nak dedahkan siapakah pelaku sebenar dalam klip sideo seks kepada rakyat. Ini menunjukkan ada yang tak kena dengan dakwa yang dibuat terhadap Anwar.

Inilah punca rakyat begitu marah dengan kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih menerima nasihat yang "salah" dari Tok Gurunya ( Tun Mahathir).

Kini orang mula sempati dengan Anwar kerana dianiaya berbanding Najib yang banyak memberi insentif itu dan ini disamping tak pernah kosisten dengan kenaikan harga barang yang sinonim dengan singkatan huruf BN (barang naik).

Pada saya, jika Najib tidak bertindak menyekat kegiatan memburuk buruk Anwar jalan menuju ke putrajaya kelihatan begitu cerah.

Tun Mahathir dalam satu kenyataan terbarunya mengatakn adalah tak munasabah pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada tahun 2012 ini.

Maknanya pilihanraya umum ke i3 masih tak sesuai diadakan atas sebab sokongan rakyat menurun secara mendadak.

Bermakna status sokongan rakyat terhadap kerajaan sudah menurun mendadak serta tak menentu dek kes memburuk burukkan Anwar.

Saturday, May 14, 2011

Majlis daerah Kuala Nerus setelah BN menang?

Itulah janji Datuk Nasir Ibrahim Ahli Parlimen Kuala Nerus kepada rakyat disamping janji Datuk Seri Mohd Najib Razak, perdana Menteri Malaysia ketika melawat Kampung Bukit Tunggal dibawah program mesra rakyat.

Apa dia janji perdana Menteri Malaysia itu? Kampung Bukit Tunggal akan dapat sebuah pasar berharga RM 4 juta dan jejantas didepan sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal menghala ke Sekolah menangah kebangsaan Bkit Tunggal terletak di kampong gong Kijang.

Itulah janji dan umpan Datuk Seri Najib Razak ketika melawat dan memecah tanah tapak pasar Bukit tunggal dua hari lepas.

Pada saya janji Ahli Parlimen Kuala Nerus itu memang tak boleh pakai, kerana mengujudkan satu satu daerah baru bukan kerana BN menang atau kalah.

Majlis Daerah diwujudkan berdasar kepentingan dan keperluan penduduk dan diserta dengan pentambahan pendudukan yang begitu ramai hingga menjadi punca masalah pentadbiran sedia ada.

Apa tah lagi janji akan membina sebuah jejantas yang sangat tak munasabah, kerana lalu lintas menyemberangi kampong gong Kijang masih belum sibuk masih boleh menampung dan berjalan lancar.

Apa pun janji itu hanya tinggal janji. Jom tengok. Kita sama tengok nanti. Lebih lebih lagi tanah tapak pasar Bukit tunggul sudah lima tahun pengambilannya . Hari ini baru buat pecat tanah.

Mungkin sepuluh tahun lagi baru dibinanya.

Pada saya kalau hendak sesuatu dengan lebih mudah rakyat Bukti Tunggal kena undi PAS. Lihat sekarang ini pelbagai projek akan dilaksanakan. Macam Dun Manir yang dikuasai PAS dah dapat pasar baru. Kalau tidak jangan diharap dapat projek seumpama itu.

Demikian juga dengan Majlis daerah baru Kuala Nerus yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen berkenaan. Daerah Kuala Nerus akan dibina segera jika PAS menang dan BN kalah. Percayalah.

Sunday, May 8, 2011

Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim orang baik?

Saya bertemu dengan kawan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim semalam dan diberitahu bahawa Datuk Seri Dr orang baik.

Pelik juga. Kalau Dr Judin orang baik mana mungkin diturun dan ditukar ke jawatan sebagai ketua Eksekutif lembaga pembangunan industry pembinaan (CIDB).

Tidak lama dahulu Ketua pengarah pelajaran Malaysia juga dikatakan orang baik dan diturunkan dan diganti dengan orang Pahang yang masih belum layak menjawat jawatan tersebut.

Bekas Ketua polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilantik kejawatan sama sebagai kontrak sebanyak dua kali.

Kalau Dr Judin Abdul Karim orang baik mustahil diturunkan sebagai ketua pengarah JKR dan diganti dengan timbalan ketua pengarah 11 Datuk Mohd Noor Yaakub yang dikatakan masih belum layak ke jawatan itu.

Ini kata kawan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim kepada penulis.
Saya tak tahu sama ada betul atau tidak.

Kalau dia orang baik mustahil diturunkan dari jawatan itu. Mungkin dia baik dari segi dasar dan sangat tak baik dengan menteri dan perdana menteri.

Bayangkan orang politik memang hala tujunya tak sama dengan orang parti politik yang mahu cari makan konon.

Menurunkan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dan menaikan Datuk Mohd Noor Yaakub pasti ada yang tersurat dan tersirat.