Tuesday, May 24, 2011

pendapat Ustaz Azhar Idrus mengelirukan?

Seorang lelaki berkata kepada saya pelik dengan pandangan ustaz Azhar. Apa yang membuat awak rasa pelik?

Jawapan lelaki itu, pelik kerana dalam kelasnya bahawa lelaki boleh pakai “gelang”, kecuali emas. Saya kata, kan Itu pandangannya.

Lelaki itu berkata, setahu saya lelaki diharamkan pakai gelang tangan hatta yang dibuat dari tembaga.

Sejak akhir akhir ini saya keliru,kata lelaki tadi, kerana sudah banyak pendapatnya bercanggah dengan ustaz Awang Bakar.

Hari ini juga sudah ramai pemuda yang meminatinya memakai gelang yang diperbuat daripada “besi putih".

Tidak lama dulu saya ada menulis mengenai pendapat seorang lelaki lain yang mempertikaikan pendapat ustaz Azhar bahawa nikah di Golok tak sah.

Tulisan itu mendapat banyak komen menyokong ustaz Azhar dan mengatakan saya tak betul . Malah ada tulisan balas menjawap segala kemuskilan yang berlaku.

4 comments:

Putra IJ80 said...

Akir akir ini sudah terdapat beberapa pandangan yg.sedemikian.,yg.bercanggah dgn apa yg.kita fahami dan amalkan selama ini.

Kebetulan semalam(Malam Tadi) sya.mendengar stu kuliah Agama di salah sebuah Surau(yg.di naik taraf menjadi Masjid) di Bukit Antarabangsa.

Dlm kuliah tersebut terdapat kekeliruan bila Ustaz jemputan yg.mengajar memperkatakan berikut.

"Lelaki yg.mengahwini janda yg.ada anak perempuan.

Bila Isterinya itu mati/meninggal, maka Suami atau Ayah itu boleh mengahwini anak tiri nya (Anak Isterinya tadi).

Hal ini telah menjadi perbincangan hangat di kalangan jemaah yg.tidak sependapat dgn Ustaz itu.,sahingga berlarutan selepas solat Isyak.

Sama sama degil.,dgn pendapat masing masing.

Apa kah ini satu perkembangan yg.baik, atau ia membuktikan kefahaman Agama kita mula luntur akibat daripada kealpaan kita menghayati Islam kerana mengejar keduniaan?.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

lelaki boleh pakai gelang.

gelang kena gari

gelang tanda penyakit..

gelang tanda jemaah haji ke...

abdullahngah said...

Jika ustaz itu ustaz umno memang begitulah pandangan dan pendiriannya.

Usah ustaz malahan ulamak umno jiga berpendirian demikian.

Bukan setakat itu saja, soal riba yang telah diharamkan oleh Allah dikatakan bukan riba seperti membeli kereta dan rumah menggunakan pinjaman bank yang ada faedah yang telah ditetapkan.

Seolah olah tindakan ulamak umno menghalalkan yang haram, sedangkan Allah menyebut dalam Al Quran menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal hukumnya kafir.

Bagi mereka semua itu tak menjadi masalah yang penting mereka boleh pakai kereta baru boleh duduk rumah besar.

Jelas mereka itu tidak punya pendirian yang teguh menghaayati Islam yang syumul.

Tulisan saya itu hanya aduan seorang lelaki yang mempertikaikan pendapat ustaz Azhar, sedangkan ada hadis lelaki dilarang memakai gelang tangan hatta yang diperbuat daripada tembaga sekalipun.

Itu kata lelaki tadi kepada saya.

Oleh itu soal ayah tiri boleh kawhwin dengan anak tiri selepas ibunya meninggal dunia sangat mengelirukan serta sesat menyesatkan.

azun said...

Mungkin salah faham..Memang ayah tiri boleh kahwin dengan anak tiri dengan syarat ayah tiri ini belum jimak dgn ibu si anak ini, sbg contoh slps akad nikah tiba2 ayah tiri ini terpandang anak gadis isterinya yg lebih cantik dari ibunya lalu menceraikan isterinya..dan ingin mengahwini anak tirinya ini, perkahwinan dgn anak tirinya sah..wallahu a'lam..