Wednesday, June 28, 2017

Allah larang lelaki berkahwin



Macam mana Profesor Dr Siti Musdah Mulia boleh berkata muslimah boleh kahwin lelaki kafir, sedangkan dalil qati’e firman Allah yang bermaksud: “janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman”.

Macam mana benda yang dilarang dengan perkataan janganlah oleh Allah kepada lelaki Islam dengan perempuan kafir,dikatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir.

Ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada lelaki beriman semata mata,akan tetapi khusus kepada semua lelaki beragama Islam.

Jika lelaki Islam dilarang dengan perkataan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum beriman. macam mana dibolehkan kepada perempuan yang bersifat lemah itu.

Sudah tentu perempuan (muslimah) sangat sangat dilarang menikahi lelaki kafir.

Tidak dinafikan dihalalkan kepada lelaki islam nikahi perempuan kafir, tetapi perempuan kafir dhimmah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan mereka selagi mereka ahli al-dhimmah.

Sehubungan dengan itu ada yang berpendapat lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan kafir ahli kitab.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Dan dihalalkan mengahwini wanita yang menjaga kehormatan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu”.

Perkataan kitab sebelum kamu Iaitu kitab injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa AS. Bukan kitab Bable dan Kitab Talmud yang paling berbahaya itu.

Oleh itu, Hanya sebahagian sahaja dihalalkan lelaki Islam nikahi perempaun ahli kitab sepertimana perkataan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu.

Mengapa tidak? Kerana ada sebahagian orang orang yang diberi kitab Taurat dan Injil syirik kepada Allah, iaitu Yahudi yang berpegang dengan kitab Talmud dan Nasrani yang berpegang dengan kitab Bable.

Hujahnya, Yahudi dan Nasrani  tidak sekali kali setuju dan benci dengan Islam dan tidak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, tidak semua perempuan ahli kitab halal dikahwini oleh lelaki Islam, kerana sangat berbahaya.Miskipun dikatakan Saidina Uthman Affan pernah berkahwin dengan Nailah seorang wanita Nasrani dan Talhah bin Ubaidillah berkahwin dengan seorang wanita Yahudi di Sham.

Atas sebab itu Saidina Umar minta Huzaifah bin Al Yaman yang berkahwin dengan perempuan yahudi ketika di Madain supaya melepaskan isterinya itu atas sebab kebimbangan kalau kalau terkena perempuan sundal.

Saidina Umar menulis kepada Huzaifah,  aku berharap sebelum kau selesai membaca surat ini kamu telah lepaskannya, aku bimbang tindakan kamu itu menjadi ikutan orang orang Islam yang lain.Mereka akan memilih perempuan ahli kitab, kerana kecantikan mereka dan tindakan itu suatu ancaman kepada perempuan Islam.

Saidina Umar dari segi lain tidak suka perkahwinan itu, kerana mendatangkan kesan yang buruk yang berkemungkinan perempuan perempuan itu dijadikan pengintap kepada musuh dan boleh membocorkan segala rahsia gerakan Islam.

Pernah ditanya pada Saidina Umar mengenai perkahwinan dengan wanita ahli kitab agar ada kejelasannya.

 Saidina Umar berkata, Allah mengharamkan peremuan perempuan msyrik kepada orang Islam. Apakah syirik yang lebih besar daripada seorang yang berkata Isa itu tuhannya atau tuhannya hamba Allah.

Macam mana Profesor Dr siti Musdah Mulia kelahiran Amerika syarikat itu boleh berkata, perempuan islam boleh kahwin dengan lelaki kafir tanpa perlu tukar agama. Mana dia dalilnya.

Sudah tentu dalilnya adalah dalil akal yang jahat terhadap islam yang telah diperjuangkan oleh ulamak jahat bersama musuh musuh  Allah Subha nahu wataalah dan musuh musuh Nabi Mohammad SAW.

Pada hemat penulis, perdapat  yang mengatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir, wanita boleh kahwinkan dirinya sendiri, wanita tidak perlu wali untuk berkahwin, perempuan boleh kahwin sama perempuan lelaki boleh berkakwin sama lelaki.

 ia tidak lain dan tidak bukan suatu ajaran sesat dan perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib Negara satu Malaysia ini.Jangan sekali kali dibiar bermaharajalela nanti buruk padahnya kepada agama Islam agama rasmi Negara.


Tuesday, June 20, 2017

Tidak hairan dengan wanita SIS



Penulis tidak hairan dengan pendapat wanita wanita anggota Sisters In Islam, kerana ada menteri dan timbalan menteri yang memberi sokongan penuh dengan NGO tersebut

YB Datuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menteri kementerian Belia dan Sukan ada berkata tangkap orang tak puasa tidak bagus yang bagus kena beri bantuan kepada asnaf.

Pendapat ini  jelas dan nyata sebagai  trade mark salah seorang menteri  berbangsa melayu beragama islam dalam kerajaan satu Malaysia tidak suka dengan kerja amal Islam.

Pada hal kerja tangkap yang tidak berpuasa itu suatu tindakan yang di syariatkan Islam, kerana orang tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai adalah jenayah syariah.mereka itu adalah pejenayah. Kena ambil tindakan berdasar enakmem jenayah syariat.

Macam juga tangkap orang melayu islam yang minum arak dikhalayak ramai yang jika sabit kesalahanya disebat 40 puluh sebatan  yang telah ditetapkan enekman jenayah syariah negari negeri di Malaysia ini.

Demikian juga tangkap orang Melayu Islam yang tidak berpuasa yang telah ditetap hukumannya jika sabit kesalahannya.

Akan tetapi dianggap oleh YB Datuk Khary Jamaluddin sebagai tidak bagus dan tidak harus dilakukan oleh pegawai penguat kuasa  jabatan agama Islam negeri Selangor yang beroperasi sepanjang bulan Ramadhan ini.

Demikian juga pendapat YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed –timbalan menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu hidangan arak dalam kapal terbang Mas.

Beliau berkata, arak bukan masalah. Padahal dalam Islam arak itulah ibu segala kejahatan yang jadi masalah kepada masyarakat  dan manusia yang meminumnya.

Tiba tiba timbalan menteri orang Melayu masih Bergama Islam yang diberi amanah oleh rakyat jelata memimpin Negara ini mengatakan arak bukan masalah.

Macam mana benda diharamkan oleh islam bukan masalah, sedangkan itulah permasalahannya yang jadi isu penumpang mabuk dalam kapal terbang Mas baru baru ini.

Apa bezanya dengan pendapat wanita wanita dalam sisters In Islam yang suatu masa dahulu pernah memdesak poligami diharamkan.Terbaharu wali tidak diperlukan lagi kepada wanita yang sudah berkahwin  dan yang hendak berkahwin. Bukan satakat itu saahaja malah sudah ada  pendapat bahawa kahwin lelaki sama lelaki dan perempuan sama perampuan sebagai satu rahmat 

Zainah Anwar adalah ahli pengasas dan bekas Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang bekerja mengenai hak-hak wanita dalam kerangka Islam. 

Kumpulan itu bekerja dalam bidang penyelidikan, advokasi, pendidikan awam dan pembaharuan undang-undang dan perkhidmatan untuk menolak kerana memahami berasaskan hak progresif Islam. Ia terlibat dengan pelbagai isu, termasuk Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Jenayah Islam, keganasan rumah tangga, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, Islam sebagai sumber undang-undang dan dasar awam, Islam dan hak-hak wanita.

Zainah adalah Pengarah Musawah, satu pergerakan global untuk kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Dia juga menulis kolum bulanan mengenai politik, agama dan hak-hak wanita, yang dipanggil Berkongsi Nation, dalam Sunday Star, Malaysia. Dia adalah seorang bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

pengalaman kerjanya yang lain termasuk: Ketua Pegawai Program, Bahagian Hal Ehwal Politik, Sekretariat Komanwel, London; Penganalisis Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Kuala Lumpur; dan Politik dan Penulis Diplomatik, New Straits Times, Kuala Lumpur. buku beliau, kebangkitan semula Islam di Malaysia: Dakwah Antara Pelajar, telah menjadi rujukan standard untuk kajian Islam di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di Fletcher School of Law and Diplomacy di Universiti Tufts, Boston University, dan Institut Teknologi MARA.

Penulis tidak nafi mereka juga Islam, akan tetapi Rasulullah SAW ada menyatakan umat islam suatu masa nanti kan brpecah kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang di terima keislamannya , iaitu yang ikut ajaranNya.
oleh itu, orang Islam kena hati hati dengan pendapat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.kerana ajaran islam selain daripada yang diajar oleh Rasulullah SAW, tempatnya didalam neraka.

Monday, June 12, 2017

Wanitakah pondan itu



Amat mendukacitakan apabila  Datuk seri Mohd Hishamuddin Yunus minta undang undang  Islam dihapuskan, kerana perlembagaan mengiktiraf hak asasi mak nyah untuk bebas mengamalkan kegiatan mereka.

Macam mana Dato' Seri Mohd Hishamudin Yunus boleh bersetuju dengan kegiatan pondan yang jelas bukan haknya.

Kita ambil  mengenai pakaian yang dipakai oleh pondan. Apakah pakaian wanita itu hak pondan, sedangkan pondan bukan wanita.Mereka tetap lelaki.

Macam mana boleh berkata pakaian wanita itu adalah pakaian pondan. Wanita bukan pondan dan pondan bukan wanita.

Pondan bukan wanita ,miskipun dia sudah buat perbedahan  menukar jantina sekalipun.. Mereka tetap lelaki yang dijenamakan sebagai pondan.

Maaf, penulis tidak akan bahas pasal cadangan Datuk Seri Mohd Hishamuddin yang mahu hapuskan Undang-undang enakmen jenayah syariah yang menghalang lelaki berpakaian seperti seorang wanita.

Yang jadi fakus tulisan ini  bila masanya hak lelaki jadi hak wanita dan hak wanita jadi hak lelaki. Apatah lagi pondan, kerana pakaian lelaki adalah hak ponda kerana mereka  adalah lelaki.

 Lojikkah hak wanita jadi hak lelaki dan hak lelaki jadi hak wanita, sehingga tergamak  mencadangkan undang undang Islam perlu dihapuskan.

Jika hak lelaki jadi hak wanita dan hak wanita jadi hak lelaki, sudah barang tentu kacau bilaulah dunia ini.

Penulis tak mahu bahas mengenai  undang-undang Islam kerana Datuk Seri Mohd Hishamuddin Yunus telah menolak bulat bulat seksysen  66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992

Bukan setakat menolak bulat bulat, malah beliau berkata seksyen 66Enakmen jenayah syariah (negeri Sembilan) 1992 tidak sah  di sisi perlembagaan,kerana perlembagaan mengiktiraf hak asasi ‘pondan'.

Yang lagi pelik, macam mana beliau boleh kata pakaian wanita hak asasi ‘pondan'.
dan ini mendiskriminasi dan melanggar hak asasi manusia.

Macam mana Seorang hakim boleh iktiraf pakaian wanita hak asasi pondan, sedangkan pondan bukan wanita. Status qua Mereka tetap lelaki.  

Kita tidak nafi ada manusia yang menilai perkara baik itu buruk dan perkara buruk itu baik.Malah adalah juga yang mengatakan zina itu baik untuknya dan minum arak itu baik untuknya.Inilah yang dikatakan keberagaman manusia, 


Tuesday, June 6, 2017

Betulkah kristian evangelis tak apa?



Disebabkan kemahiran orang orang kafir,orang orang Islam turut terpedaya dengan pendekatan lunat yang digunakan kristian Evangelis.

Atas sebab itu, salah seorang pensyarah university milik penuh kerajaan Malaysia suatu masa dahulu pernah berkata, kristian Evangelis tak apa. Bermakna yang selain itu tidak boleh. Evangelis tidak berbahaya.

Penulis boleh sebut nama pensyarah tersebut. Tapi kali ini, dalam rencana ini penulis tidak akan tulis itu.

Pada hal Allah sudah beritahu yang kafir ini tidak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW dan Islam.Lebih tepat mereka adalah musuh Allah Subhanahu wataala.

Tidak kisah apa nama sekalipun. Pokoknya mereka kafir, kecuali kafir zimmi dan kafir ahlu kitab yang patuh dan berpegang teguh dengan ajaran Taurat dan Injil.

Kristian Evangelis membuat pengakuan yang mereka bepegang teguh dengan kitab Injil yang wajib di imani orang orang Islam.

Mereka hamba Tuhan juga. Sama macam orang islam hamba Allah. Hamba Tuhan dengan hamba Allah tidak sama, kerana Tuhan Evangelis bukan Allah. Ia tiga dalam satu.

Ingat, orang Islam juga ada yang bukan hamba Allah, tetapi mereka menjadi hamba Syiatan. keHidupan mereka tak ubah macam orang kafir, pada hal Allah sudah pesan jangan jadi macam kafir dan jangan sekali ikut kafir.

Kristian Evangelis ini digelar sebagai penginjil.Bermakna kitab yang mereka pakai adalah kitab Injil ( Alkitab) bukan lagi kitab Bable yang telah diubah dan diseleweangkan banyak kali dengan pelbagai jenama.

Disebalik itu, yang sangat pelik masih ada orang orang Islam yang banyak ilmu pengetahuan Islam boleh berkata, kristian sudah tidak memusuhi Islam lagi.

Maaf cakap. Penulis boleh sebut nama nama mereka itu. Akan tetapi dalam rencana ini penulis tidak akan sebut nama mereka yang terpedaya dan terpesona dengan pendekatan lunat kristian Evangelis.

Kristian Evangelis mengatakan Tuhan mereka sama dengan Tuhan orang orang Islam.Pada hal itu ada suatu tipu daya.

Betul kristian Evangelis mengatakan Allah tuhan mereka, tetapi Tuhan mereka tidak sama dengan Tuhan Allah.God bukan Allah.Allah Esa. Tuhan Evangelis tiga juga.

Tuhan Allah yang dikatakan itu telah di tiga kan, sedangkan dalam Islam Allah itu Esa. Tidak sekali kali jadi tiga sepertimana pemahaman kristian.

Macam mana seorang pensyarah beragama islam dan agamawan Islam boleh percaya dan terpedaya lantas mengatakan kristian Evangelis tak apa. Boleh. Dan kristian tidak memusuhi Islam lagi.

Pada hal Allah telah mendedahkan tipu daya orang orang kafir yang syak ragu ragu dan hasad dengki dengan Nabi Muhammad SAW umatnya di dalam Al Quran satu persatu.

Yang peliknya, masih ada yang percaya dengan orang orang  kafir dan ragu ragu dengan pemberitahuan Allah yang diwahyukan kepada Nabi Mohammad SAW mengenai sikap dan perangai mereka (kafir) itu.