Nampak dengan jelas keputusan ujikaji makmal jabatan kimia Malaysia dan makmal
kementerian kesihatan bercanggah satu sama lain.
Bagi penulis, sesungguhnya keputusan kedua dua makmal tersebut tidak
bercanggah, kerana sampel ujikaji makmal jabatan kimia dibekal oleh kilang,
manakala sampel ujikaji makmal kementerian kesihatan di beli di kedai.
Sampel di bekal oleh kilang belum dibungkus,
tetapi sampel yang dibeli di kedai telah dibungkus dengan sempurna sebagai produk
berjenama dan berlabel.
Cuba kita bayangkan sampel yang dibekal oleh
kilang dan sampel yang di beli dikedai.Sudah tentu berbeza kandungannya.Hal ini
suatu reality telah yang tidak dapat dinafikan.
CAP yang sangat prihatian mengenai halalharam
dalam Islam amat perpengalaman akan hal produk yang ada sijil tanda halal yang
dikeluarkan JAKIM
Sampel yang datang dari kilang tiada DNA babi
sepertimana keputusan dibuat makmal jabatan kimia Malaysia dan sampel yang
dibeli kedai ada DNA babi sepertimana keputusan dibuat makmal kementerian
kesihatan.
Sudah barang tentu sampel yang dibekal oleh kilang
pasti tiada DNA babi. Kerana bertujuan untuk layak mendapatkan sijil halal.
Kalau ada atau dimasukkan GNA babi macam mana JAKIM nak lulus produk itu
sebagai halal.
Sudah tentu tidak lojik sampel untuk tujuan
mendapat sijil halal ada mengandungi DNA babi.Akan tetapi coklat yang dijual
dikedai ada mengandung DNA babi sepertimana ujikaji makmal kementerian
kesihatan itu.
Sebab itu keputusan makmal kesihatan dan makmal jabatan
kimia Malaysia tidak sama, sedangkan makmal kementerian kesihatan punya
kelihatan menemui DNA babi yang terkandung dalam coklat tersebut.
Mustahil makmal menipu atau mengeluarkan keputusan
yang salah dan bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh makmal jabatan
kimia Malaysia.
Jika benar sampel yang dijuikaji itu berlainan,
maka keputusan kedua kedua makmal itu betul dan boleh diterima pakai.persoalan
sekarang produk tersebut sudah jadi produk subhat dan dilarang memakannya
menurut persepktif Islam.
Bagaimana pun keputusan kedua kedua makmal itu
menjadikan coklat itu sebagai produk subhat yang dinyatakan oleh islam wajib
tidak di makan oleh orang benar beriman, kerana yang haram itu jelas dan yang
halal itu jelas.
Yang peliknya, JAKIM kelihatan tidak mahu menerima
ujikaji makmal kementerian kesihatan dengan alasan hanya makmal jabatan kimia
malaysia sahaja yang layak dan boleh diterima pakai. Ini seolah olah makmal kementerian
kesihatan tidak layak dan boleh pakai dalam kes ini.
Kesimpulanya seolah olah ada sesuatu yang tidak
kena berlaku pada JAKIM atau dengan kata lain macam ada apa apa je dengan usaha
mengharapkan orang kafir membuat makanan halal kepada orang Islam.
Pada penulis, harapan JAKIM itu umpama harapkan
pagar yang jelas tidak boleh diharapkan langsung. Bayangkan pagar, disuruh menjaga
padi yang dikenalpasti bahawa pagar memang tidak boleh diharapkan, kerana pagar
yang diharapkan itu memakan padi yang dijaganya..
Bagaimana boleh kita orang Islam mengharapkan orang
kafir menyediakan makanan halal kepada orang Islam, sedangkan mereka tidak ada
kena dengan syariat Islam.
Bolehkah kita memberi harapan orang kafir
melaksanakan syariat halal haram dalam Islam?