Monday, March 27, 2017

Usah umat Islam ulamak pun



Penulis masih belum lupa dengan kata kata ulamak ketika bekerjasama dengan DAP dahulu. 

Antara lain ada yang berkata orang china kafir sokong hudud. Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang tergamak berkata china DAP, kafir zimmi.

Inilah antara kata kata tanda yang mereka telah dikaburi matanya. Bukan setakat matanya jadi kelabur malah hatinya turut gelap atas sebab lakonan yang dimainkan oleh para pemimpin tertinggi DAP suatu masa dahulu.

Macam mana umat Islam  tidak dikaburi matanya oleh DAP, sedangkan umat Islam sendiri selama lamanya sudah ditarbiyah tidak boleh buruk sangka dengan manusia.Hatta orang kafir yang Allah nyatakan kafir itu musuhKU.

Apa apa pun jangan sekali sekali buruk sangka dengan manusia hatta kafir sekalipun. Ini tarbiyah sejak dahulu hingga kini ditanam kejat.Sehingga ada yang berkata tidak boleh kata kafir itu kafir, sekaran kan besok dia masuk islam. Mana kita tahu.

Tidak boleh buruk sangka dan kena baik sangka hatta kafir sekalipun.Atas sebab itu DAP dapat kaburi mata umat Islam.

Pada hemat penulis bukan umat Islam sahaja yang dapat dikaburi matanya, malah termasuk sebahagian ulamak dapat dikaburi matanya.

Atas sebab itu juga mereka tergamak menentang hudud yang hendak dilaksanakan oleh Parti Pas yang sudah terlepas dari cengkaman DAP sejak 2008 dahulu.

Sebelum ini ada umat Islam yang tergamak saman hudud kerana terpengaruh dan terpesomna dengan kafir dan beliau bukan calang calang orang jauga nama besar dalam kerajaan umno/BN dan kini sudah jadi ahli DAP.

Terbaru Lim Kit Siang sudah nyatakan jika pakatan harapan menang dan memerintah Pluralisme akan menjadi asas kepada pemerintahan Malaysia.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan pluralisme akan menjadi asas kepada pemerintahan Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 .
Malah, pemimpin veteran DAP itu tanpa berselindung menegaskan pluralisme adalah kekuatan Malaysia yang perlu diterima oleh seluruh rakyat negara ini termasuk penganut agama Islam.

“Kepelbagaian dan pluralisme sebenarnya kekuatan dan aset Malaysia yang unik. Lebih lebih faham itu telah dianuti oleh umno/BN sejak sekian lama.

Bukan setakat itu sahaja malah sesetengah pemimpin tertinggi kerajaan umno/BN menyatakan semua agama sama semuanya punya maltlamat yang satu.

“Jika kita menerima Malaysia sebagai masyarakat plural, maka tidak ada ruang untuk rakyat Malaysia anti mana-mana kaum, agama atau budaya,

Tanggapan ada kaum benci membenci terhadap satu satu  tidak masuk akal, kerana melayu tidak pernah bertindak demikian, kecuali kaum china yang masih tebal dengan perkauman.Bukti 13 Mei 69.

Bukti terbaharu kontraktar Melayu yang dapat tender membina longkang di Kawasan penduduk China di perak telah dipukul dan dihalau.

 Orang China enggan memberi kerjasama dengan Melayu dalam segala hal,termasuk dalam dunia pendidikan .Apatah lagi dalam arena politik. MCA dan Gerakan kalah teruk tidak mahu member kerjasama dengan UMNOBN yang disertainya.

Kit Siang dalam pada itu menegaskan bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berfikir bahawa mereka adalah kaum Melayu, China, India, Kadazan atau Iban.

Ini bersesuaian dengan slogan satu Malaysia yang dicipta oleh Datuk Seri Mohjd Najib Razak.Ia bukan sekadar slogan yang dicanang akan tetapi itulah misi dan visi kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.

Kata beliau, setiap rakyat Malaysia perlu menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tamadun. Meleyu boleh terima apa sahaja malah sanggup berkorban  jiwa raga, tetapi orang China masih tebal dengan kechinaannya.

Ramai cendiakawan Islam sejak berpuluh tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap rancangan kelompok tertentu mahu menerapkan semangat pluralisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mereka berpandangan pluralisme akan turut menyebarkan fahaman bahawa semua agama adalah sama maka kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga.

Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seia sekata untuk mendukung pluralism yang bertentangan dengan Islam.

Yang peliknya Mufti Perlis menyatakan persetujuannya dengan faham Pluralisme yang dianut oleh umno sejak sekian lama.

Bakas ketua biro agama Umno, Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad yang juga mantan menteri Besar Terengganu pernah berkata, kita tidak boleh kata orang kafir itu kafir, kerana mungkin besok dia masuk Islam.

Wednesday, March 15, 2017

Tidak Molek agamawan berbalah?


Sememangnya, memang tidak molek agamawan berbalah. Bukan sahaja tidak elok malah kebanyakan anatara kita yang sakit hati apabila mereka berbalah satu sama lain.

Betapa ramainya umat Islam yang sakit hati apabila agamawan berbalah. Memang cukup ramai. Malah kebanyakan antara kita  mengidap penyakit hati apabila agamawan berbalah sesama sendiri.termasuk ada yang  tergamak saman hudud yang hendak didaulat di malaysia ini.wujud G25 yang sangat tidak puas hati dengan RUU 355.

Sudah tentu ada sebab musababnya mereka berbalah. Macam juga dalam rumah tangga yang disebut sedang gigi lagi tergigit. Gigit lidah yang sama sama duduk diposisi yang sama juga tergigit.
 
Ada pula yang mengatakan berbalah sesama sendiri itu satu rahmah. Macam mana boleh jadi satu rahmah sedangkan antara mereka kutuk mengutuk satu sama lain.
Jika benar berlaku kutuk mengutuk pasti ianya satu bala yang menimpa umat Islam. 

Dahulu dan Hari ini bukan setakat kutuk mengutuk hina menghina, Malah ada yang tergamak tuduh kafir mengkafir dan bunuh membunuh dan yang berlaku di Memali Kedah.

Kita sudah nampak berbalah antara mereka bukan satu rahmah. Ia adalah bala yang boleh membuat umat islam hancur lebur sepertimana yang pernah berlaku di Iraq, Syria nagara para anbiya.

Macam mana Negara para anbiya boleh jadi macam itu.Memang tidak masuk akal  boleh berlaku demikian. Bayangkan Negara para anbiya yang memang penuh berkat tiba tiba jadi Negara bunuh membunuh  dan puluhan juta umat Islam jadi pelarian.

Sekarang kita semakin Nampak dengan jelas mengapa agamawan Negara kita berbalah.Satu pihak mahu mencari kebenaran  manakala satu pihak lagi mahu tunjuk kedudukan ilmu akulah yang lebih tinggi.

Senang faham bahawa umat Islam banyak puak dan mereka berbeza pendapat. Agamawan puga banyak puak. Mereka berpuak puak dan membina pendapat masing masing hatta dalam kes mendaulatkan undang undang Allah mereka turut berbeza.

Kita boleh kategorikan antara mereka ada yang baik dan ada yang jahat. Memang yang jahat dan yang baik tidak boleh bersama. Atau dengan kata lain yang jahat  tetap dengan kejahatannya dan yang baik tetap dengan kebaikannya.Maka sampai bila pun mereka tidak boleh bersefahaman. Malah  mahu tidak mahu mereka kena berbalah dan berhenti sehingga jahat itu bertaubat nasuha .

Lihat Firman Allah yang bermaksud: Hendaklah ada  diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan mereka menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya (surah A’li Imran ayat 104).

Kita ambil istilah berdakwah. Ada agamawan yang setuju dengan kafir supaya suara azan tidak dilaungkan menerusi pembesar suara atas hujah boleh menganggu tidur orang kafir.sedangkan azan waktu subur sahaja yang barangkali boleh menggangu tidor. bagaimana pula dengan  waktu zuhur, asar, maghrib dan Isya. Ganggu tidur juga ke.

Azan Ia adalah dakwah secara langsung dan secara tidak langsung  yang wajib dilakukan oleh orang Islam untuk mengajak umat Islam solat dan manusia am untuk menuju kejayaan sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW apabila berhijarh ke Madinah.

Bina masjid dan azan ajak masyarakat Madinah solat untuk menuju kejayaan. Adalah tidak masuk akal apabila syiar besar dalam Islam ditamatkan daripada dilaungkan.Ini juga punca agamawan berbalah sehingga hari ini.

Mengapa ada agamawan boleh setuju suara azan tidak boleh dikumandangkan keudara menerusi pembesar suara. Mungkin atas alasan zaman Rasulullah SAW tiada mikropong pun.Tapi kita kena ingat bahawa setan sangat takut dengan azan  dan ia mungkin membuat orang orang kafir takut dan benci.

Sebab itu DAP (kafir) tidak mahu suara azan dikekumandangkan ke udara,Lebih lebih lagi satu kajian yang dibuat  70 peratus orang kafir terpikat dengan Islam dek azan suatu syiar besar agama Islam selepas membina masjid.

Kita juga kena ingat bahawa ulamak terbahagi kepada dua golongan. Pertama,ulamak yang jahat dan kedua, ulamak yang baik. Apatah lagi dengan agamawan yang ada hari ini.

Ada PHD pun ikut kafir. jadi macam kafir, sedangkan Allah minta jangan jadi macam kafir dan jangan sekali kali ikut kafir.


Wednesday, March 8, 2017

Minta maaf ya Pakatan harapan



Penulis mohon maaf, kerana tulisan kali ini hanya satu cerita yang mungkin benar atau rekaan sahaja.

Jika cerita ini benar, maka alangkah malangnya  Pakatan harapan  di negeri Terengganu dalam menghadapi dan persediaan PRU 14 nanti.

Kita tidak tahu sama ada Pan akan melatak calonnya kesemua 32 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen di negeri Terengganu pada PRU 14 nanti.

Dikatakan pakatan harapan  akan bertanding semua kerusi di negeri Kelantan negeri miskin rakyat kaya pada PRU 14 nanti untuk tumbangkan kerajaan Pas yang memerintah selama lebih 20 tahun itu.

Akan di negeri Terengganu kita belum dapat maklumat sama ada PAN akan bertanding kesemua kerusi untuk menggagalkan pas memerintah semula negeri kaya rakyat miskin itu.

Macam mana Pakatan harapan  akan meletak calon kesemua kerusi di Terengganu, sedangkan dalam mesyuarat untuk menentukan sama ada pakatan harapan  bertanding atau tidak  baru baru ini menyedihkan.

Dahlah bersatu tidak hadir dalam mesyuarat yang turut di hadiri ADUN Batu Burok Dr Syed Azman telah menemui jalan buntu untuk meletakkan calon kerusi DUN Bandar dan parlimen Kuala Terengganu.

Dikatakan, ADUN Bandar Azam Ismail dan Datuk Raja Baharin pening kepala kerana yang dirancangkan tidak menjadi.

Macam mana boleh menjadi, kalau tiada  tenaga jentera plihanraya. Dahulu mengharap orang pas yang bantu PKR menang di DUN Bandar dan Parlimen Kuala Terengganu.

Nampak gayanya cita cita Pakatan harapn untuk bertanding negeri Terengganu pada PRU 14 akan tinggal impian dan mimpi siang hari sahaja yang barangkali jauh untuk jadi realiti.

Friday, March 3, 2017

Dr Khairuddin tidak setaraf?



DR Mohd Asri Zainal Abidin, mufti Perlis sudah memberi jawapan setuju berdialog, bukan dengan ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Dr Khairuddin Aman Razal, akan tetapi dengan Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin,memang power yang tinggi berbanding dengan Dr Khairuddin Aman Razal miskipun memiliki PHD.
Atas sebab itulah Dr Mohd Asri berkata beliau hanya akan berdialong bukan dengan Ketua penerangan dewan Ulamak pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.tetapi dengan presiden Pas datuk Seri haji Abdul Hadi Awang.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang selayaknya lawan dengan Dr Asri Zainal Abidin. Barulah padan dengan nama besar dan power ilmu tinggi yang dimilikinya

Sehubungan dengan itu, Dr Mazlee Malik pernah menyatakan bahawa Dr Khairuddin Aman Razali hanya juara kampungan. Tidak lebih dari itu.

Kalau Dr Khairuddin Aman Razali seorang juara kampungan, apa tah lagi dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang hanya memiliki ijazah MA sahaja berbanding dengan Dr Asri mufti yang power ilmu agamanya lebih tinggi berbanding Haji Abdul Hadi Awang.

Jika Dr Khairuddin Aman Razali tidak setaraf  ilmu agama dengan Dr Asri, Datuk Seri Haji Hadi Awang lagilah tidak setaraf,kerana tidak ada PHD. maklumlah presiden sebuah parti bertaraf kampungan yang power ilmu agamanya terlalu rendah berbanding mufti Perlis yang ada PHD itu satu nama besar dalam Islam.

Oleh itu, adalah amat wajar Dr Asri menolak pelawaan Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) tempoh hari dan menyatakan kesanggupannya untuk lawan presiden Pas bukan dengan ketua penerangan Dewan ulamak pas pusat satu nama kecil.