Penulis
mohon maaf, kerana tulisan kali ini hanya satu cerita yang mungkin benar atau
rekaan sahaja.
Jika cerita
ini benar, maka alangkah malangnya
Pakatan harapan di negeri
Terengganu dalam menghadapi dan persediaan PRU 14 nanti.
Kita tidak
tahu sama ada Pan akan melatak calonnya kesemua 32 kerusi DUN dan 8 kerusi
parlimen di negeri Terengganu pada PRU 14 nanti.
Dikatakan
pakatan harapan akan bertanding semua
kerusi di negeri Kelantan negeri miskin rakyat kaya pada PRU 14 nanti untuk
tumbangkan kerajaan Pas yang memerintah selama lebih 20 tahun itu.
Akan di
negeri Terengganu kita belum dapat maklumat sama ada PAN akan bertanding
kesemua kerusi untuk menggagalkan pas memerintah semula negeri kaya rakyat
miskin itu.
Macam mana
Pakatan harapan akan meletak calon
kesemua kerusi di Terengganu, sedangkan dalam mesyuarat untuk menentukan sama
ada pakatan harapan bertanding atau
tidak baru baru ini menyedihkan.
Dahlah
bersatu tidak hadir dalam mesyuarat yang turut di hadiri ADUN Batu Burok Dr
Syed Azman telah menemui jalan buntu untuk meletakkan calon kerusi DUN Bandar
dan parlimen Kuala Terengganu.
Dikatakan,
ADUN Bandar Azam Ismail dan Datuk Raja Baharin pening kepala kerana yang
dirancangkan tidak menjadi.
Macam mana
boleh menjadi, kalau tiada tenaga
jentera plihanraya. Dahulu mengharap orang pas yang bantu PKR menang di DUN
Bandar dan Parlimen Kuala Terengganu.
Nampak
gayanya cita cita Pakatan harapn untuk bertanding negeri Terengganu pada PRU 14
akan tinggal impian dan mimpi siang hari sahaja yang barangkali jauh untuk jadi
realiti.
No comments:
Post a Comment