Monday, October 28, 2013

Kita hendak tengok jerung mana yang didakwa


Kebanyakan rakyat Malaysia merungut tidak berpuas dengan bidang tugas Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa jerung yang terbabit dengan rasuah.

Sejarah telah membuktikan hanya bilis bilis sahaja yang didakwa dan dijatuhkan hukuman manakala jerung jerung ada yang didakwa tetapi dibebaskan.

Ini menunjukkan jerung bebas melaku rasuah kerana kebanyakanya tidak dapat didakwa. Jika didakwa pun mereka dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti dan tiada kes yang membolehkan mereka dijatuhkan hukuman.

Rupa rupanya tiada peruntukkan undang undang untuk mendakwa dan menghukum jerung. Hal ini telah dijelaskan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad Pesuruhjaya Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan baru baru ini.

Kenyataan itu berbunyi: “dengan adanya undang undang baru itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta juta ringgit kepada rakyat”.

Sah undang undang SPRM sebelum ini tidak cukup peruntukkannya untuk mendakwa dan menghukum jerung jerung yang terbabit dengan rasuah.

Dan sahlah undang undang lama hanya di peruntukkan untuk memdakwa dan menghukum bilis bilis sahaja punca munculnya ketidakpuasanhati rakyat berterusan.

Oleh itu, kita hendak tengok siapakah jerung yang akan didawa dan dihukum dek adanya undang undang baru sepertimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad tempoh hari.

Maka sama samalah kita tunggu siapakah jerung pertama yang akan didakwa dan dihukum kerana laporan audit Negara terang terangan menyatakan sejak dulu lagi ada  individu jerung yang terbabit dengan rasuah tetapi tidak pernah didakwa dan dihukum.




Wednesday, October 23, 2013

Maka bunuhlah, kerana dia itu setan



Sudah tentu kita merasa takut dengan kata kata, “maka bunuhlah. Kerana dia adalah setan” yang mana telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi sabda yang bermaksud:

“jika orang yang melintas tahu dosa apa yang dia akan dapat dengan melintasi orang yang sedang solat, naescaya berdirinya meninggu selama empat puluh tahun lebih baik baginya daripada melintasi didepan orang yang solat” (Hadis riwayat Abu Jahm al- Ansahari).

Kata kata, maka bunuhlah merupakan perintah Rasulullah SAW kepada kita terhadap orang yang “melintas” di depan orang sedang solat sepertiman sabda yang bermaksud:

 “Jika kalian hendak mendirikan solat maka solatlah dibelakang tirai atau pembatas dan jangan biarkan orang lain ,melintasi ditengahnya. Jika ada orang hendak melintasi bahagian dalam pembatasan itu, maka bunuhlah, kerana dia itu setan”

Penulis kemukakan hal ini atas sebab ada antara ketika didalam  masjid untuk menunaikan solat jumaat pandang ringan atau buat remeh temeh perkara yang begitu berat dan besar dosanya.

Malahan ada antara kita yang tidak kisah dan ambil berat melintasi depan orang sedang solat sehingga ia seolah olah menjadi perkara biasa macam juga perangai kanak kanak.

Kalau kes itu dosa kecil mustahil Rasulullah SAW berkata “bunuhlah” terhadap mereka yang melintasi orang sedang solat.

Pasti dosanya adalah dosa besar yang harus diambil berat oleh setiap kita yang mengaku umat islam yang beriman.


Monday, October 14, 2013

Jangan buat mudah dengan PRK Sungai Limau

Penulis sungguh sungguh setuju dengan pandangan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tiga hari ini pasal DUN Sungai Limau.

Sememangnya betul tidak boleh ambil mudah atau buat mudah dengan Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Mengapa? Kerana pilihanraya kecil merupakan peluang bagi umno/BN menyerang habis habisan untuk robohkan kubu kuat PAS itu, macam  Dun Manik Urai, Kuala Krai Kelantan dahulu.

Bayangkan majority Pak Su Wail sebanyak dua ribu undi hilang begitu teruk dan hampir hampir kalah pada pilihanraya kecil tersebut.

Penulis melihat Dun Sungai Limau, Jerai Kedah lebih kurang sama dengan DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan.

Pak Su Wail bukan calang calang wakil rakyat Pas Kelantan. Pendek kata beliau merupakan wakil rakyat mesra rakyat, miskipun tidak ada ijazah macam lain lain wakil rakyat.

Demikian juga ustaz Azizan Razak yang menang lima penggal di Dun Sungai Limau yang menjadi kubu kuat PAS dan dikatakan sangat sukar untuk dirobohkan.

Dan tidak mustahil Dun Sungai Limau dapat dirobohkan pada pilihanraya kecil yang akan diadakan 4 November depan jika calonnya tidak setanding dengan ustaz Azizan Razak.

Atas sebab itulah presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, mahu calon yang dipilih dan bertanding nanti mestilah orangnya setanding dengan ustaz Azizan wakil rakyat mesra rakyat yang pandai jaga hati pengundi.

Pada penulis ustaz Azizan Razak pengaruhnya lebih tinggi berbanding ustaz Fadhil Mohd Nor dalam arena politik Negara.

Beliau sangat disegani dan digeruni oleh umno/BN yang merupakan musuh politik asasi disamping ada musuh dalaman sepanjnag menjadi menteri besar Kedah dalam masa singkat telah di anugerahkan gelaran Tan Sri.

Oleh itu, faktor calon harus diutamakan oleh PAS miskipun sesetengah pendapat mengatakan umno masih belum boleh menang lagi pada pilihanraya kecil nanti jika calonnya setanding dengan ustaz Azizan.

Macam juga DUN Manik Urai, Kuala Krai Kelantan yang masih kekal di tangan PAS walapun dengan majority yang sangat tipis pada pilihanraya kecil tersebut.

Lihat pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang mana umno sangat kecewa, kerana dengan pelaburan sebanyak RM250 juta dan tawaran seribu buah rumah percuma kepada rakyat tempatan, hanya 156 orang sahaja yang memberi undi Kepada calon umno.

Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Dun Kuala Besut ini, maka DUN Sungai Limau Insya Allah masih kekal milik PAS dengan majority sikit susuk. Maklumlah semua tenaga dan jentera pilihanraya umno turun habis habisan bagi mempastikan kerusi Dun tersebut roboh.






Tuesday, October 8, 2013

Presiden mahu calon Sungai Limau setanding Azizan

Untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, kubu kuat Pas, Kedah pada pilihanraya kecil ini presiden mahu calon setanding dengan Ustaz Azizan Razak.

Fikir punya fikir siapakah tokoh PAS Kedah yang setanding dengan Ustaz Azizan Razak sudah tentu tidak lain dan tidak bukan Datuk Phahrolraze Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Akan tetapi  tokoh ini, Phahrolrazi Zawawi menang dengan majority 3,884 undi sebagai ADUN Pengkalan Kundor yang jelas dan nyata tak boleh dijadikan calon pilihanraya kecil kali ini.

Manakala Dr Ismail Salleh yang kalah di Parlimen Jerlun dengan majority 3,720 undi ada harapan untuk dijadikan calon untuk mempertahankan kerusi Sungai Limau nanti miskipun tiada gelaran Datuk yang mana Azizan Razak ada gelaran Datuk Seri dan Tan Sri.

Jika nama Dr Ismail Salleh masih kontradik pro dan kontra, Maka Mohammad Sabu lah orangnya bukan sahaja setanding dengan ustaz Azizan Razak, malah paling layak sebagai calon Dun Sungai limau.

Mengapa tidak? Mohammad Sabu adalah timbalan presiden PAS yang walaupun tiada gelaran Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri, dia lebih layak berbanding dengan lain lain calon di Kedah sekarang ini.

Datuk Yusof Husein barangkali tak mahu kroban jawatan Senator yang dijanka tamat tidak lagi dan berpencen.

Mohammad Sabu walaupun kalah di parlimen Pendang, tetapi dengan majority tipis iaitu 2,678 yang besar kemungkinan boleh mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau.

Pada hemat penulis, Mohammad Sabu tokoh yang bukan sahaja setanding dengan Ustaz Azizan Razak, malah paling layak dan tidak dinafikan ada suara yang berbunyi: “Mat Sabu lagi?”.

Tetapi itulah calon yang ada harapan untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS selama lima penggal yang pasti sangat sukar untuk umno robohkan. Lebih lebih lagi beliau adalah pemimpin nombor dua PAS Pusat.



Thursday, October 3, 2013

Siapa ulamak ganti Mat Sabu



Penulis sudah jawap siapa ulamak ganti Mat Sabu dalam tulisan yang dianggap sebuah tulisan melaga lagakan PAS.

Saya tidak ada nait untuk melaga lagakan pemimpin PAS, lebih lebih lagi para pemimpin kebanyakan cerdik belaka.

Siapakah penulis berbanding para pemimpin yang dikatakan oleh musyidul PAS, bahawa orang PAS adalah ulamak belaka.

Penulis tidak kisah sangat dengan adanya orang pas akar umbi yang tak boleh menerima label yang dilabel semua orang pas ulama oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat tempuh hari.

Penulis namkan Datuk Tuan Ibrahim Man, adalah orang yang boleh ganti Mat Sabu dalam muktamar tahunan PAS yang akan diadakan pada November ini.

Nama itu akan dicalonkan oleh kawasan kawasan disamping nama Mohamad Sabu yang tetap masih popular dikalangan para perwakilan yang akan mengundi dalam muktamar  nanti.

Jika ada lain lain nama untuk turut bertanding jawatan timbalan presiden atau dengan kata lain lawan tiga penjuru, maka Mohammad sabu masih boleh menang dengan majoriti  tipis.Itulah kehendak para perwakilan seluruh negera sekarang ini.

Pada penulis, Mohamad Sabu dalam suasana sekarang jika ada pencalonan bertanding jawatan presiden satu lawan satu dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ada kemungkinan presiden sekarang gagal mempertahanakan jawatan itu.

Lebih lebih lagi Haji Abdul Hadi Awang sudah ada hasrat untuk menyerahkan jawatan presiden PAS jika ada orang yang lebih layak mengambil alih jawatan presiden.