Penulis ada menulis tentang isu Kassim Ahmad dalam akhbar
Utusan Malaysia tahun 80 an dan berikutnya ditambahbaik oleh tulisan Ahmad Azam
bekas wakil rakyat negeri Terengganu.
Kedua dua tulisan berkaitan dengan isu Kassim Ahmad tolak
hadis membuat Kassim berhenti menulis dan tiada jawapan dan ulasan dibuat.
Dua tiga hari ini tembul pula isu Kassim Ahmad atas sebab
ada pihak mengadakan seminar pemikiran Kassim Ahmad yang dirasmikan oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad bekas perdana paling lama memerintah Malaysia.
Penulis bukan apa, Cuma hendak ingat sikit kepada mereka
yang marah marah dengan seminar tersebut dan ada yang berkata Kassim Ahmad
murtad kerana menolak hadis, kerana kassim Ahmad pernah pernah menang samannya
terhadap akhbar harakah.
Kassim pernah berkata dia tidak tolak hadis, Cuma menolak
hadis hadis yang daif dan perlu kaji semula kedudukan hadis yang begitu banyak.
Hal seumpama ini bukan sahaja Kassim yang mahu hadis hadis
dinilai semula, malah Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi perdana menteri
mengesa supaya Al Quran ditafsir semula.
Disini dapatlah kita buat kesimpulan bahawa dua orang ini
Kassim Ahmad dan Tun Dr Mahathir Mohamad satu angkatan atau satu kepala yang
mempunyai agenda tertentu terhadap agama Islam.
Kassim Ahmad mahu supaya hadis dinilai semula. Manakala Tun
Dr Mahathir Mohamad mahu Al Quran ditafsir semula.
Oleh itu, kena beringat sikit dengan isu ini, kerana bimbang
nanti ada pula yang kena zaman dan mahkamah tetap memihak kepada kassim Ahmad.
Harakah pernah hilang wang sebanyak RM 80,000 kerana kalah
dalam kes saman tersebut. Jadi hendak beringat sikit dengan percakapan agar
duit tidak terbang begitu sahaja. Awas dan hati hati.