Monday, October 29, 2012

Anwar tidak layak jadi perdana menteri?




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak, berkata Pakatan rakyat tidak mampu memerintah

Sehubungan dengan itu,Tun Dr Mahathir Mohammad ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme,

Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu berkata, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.

Pendek kata dimana sahaja perdana menteri dan bekas perdana menteri pergi pasti itulah serangan terhadap pakatan dan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakyat yakin dan  mengundi umno/BN pada PRU 13 nanti.

Setakat hari ini barangkali sebanyak 2.5 juta ahli umno percaya dan yakin dengan kata kata Perdana menteri Mohd Najib Razak bahawa Pakatan rakyat (pembangkang) tidak mampu memerintah.Tetapi belum tentu mereka yakin dengan kata kata Tun Mahathir, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.

Akan tetapi kita kena ingat sebanyak 500 ribu ahli umno tidak percaya dengan kata kata perdana menteri satu Malaysia dan bekas perdana menteri ke 4 yang pakatan rakyat (pembangkang) tak mampu memerintah. Mereka yakin pakatan rakyat mampu memerintah Negara Malaysia.

Atas sebab itulah 500 ribu ahli umno mengundi pakatan rakyat pada pilihanraya umum ke 12 dahulu.punca dapat menafikan 2/3 parlimen. Demikian juga MCA yang Presidennya Dr. Chua Soi Lek turut berkata pakatan rakyat tak mampu memerintah konon ketika cuba bersandiwara di depan Najib di perhimpunan Agung partinya.

Alasan Najib mengatakan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) PRU 13 nanti mungkin tak boleh diterima.

Sejarah telah membuktikan Kelantan yang diperintah oleh PAS mendapat pujian audit Negara yang menunjukkan kerajaan yang baik dan boleh dipercayai dan mampu memakmur dan mesejahterakan rakyat.

Tun Mahathir pasti amat tahu Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.dan bertanya “Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, dijawapanya, orang macam ini tidak dibenarkan gantinya. Dia harus disingkirkan.Memang pun, kerana Anwar dianggap musuh ketatmya.

Untuk menguatkan hujahnya, Tun Mahathir berkata,“dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,”

Tun Mahathir malu dengan Anwar, tapi tidak segan silu mengatakan Dr Ling liong Sik seorang yang jujur dan tidak menipu, Demikian pandangan seorang musuh terhadap musuhnya dan pandangannya terhadap kawan akrabnya. Musuh miskipun baik tetapi jahat padanya. Kawan akrab miskipun jelas jahat tapi dianggap jujur dan baik.

Pada penulis, semua itu prejudis belaka.

Sunday, October 21, 2012

Tony Pua cuba selamatkan Mahahtir



Tajuk tulisan ini membuat iangatan penulis bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang presiden PAS yang juga cuba membersihkan nama buruk Mahathir Mohamad.

Sedikit masa dahulu, Mahathir ketika mengkritik umno yang diterajui  Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kedua dua pemimpin ini cuba sedayaupaya bersih nama busuk bekas perdana menteri dengan ucapan 
“Alhamdulillah” Mahathir sudah sedar dan insaf.

Perkataan “Alahamdulillah” tidak boleh diucapkan sebarangan, kecuali pada suatu yang baik sahaja.Adalah suatu kesalahan (dosa)  ucapan “Alhamdulillah” ditujukan pada perkara yang buruk buruk.

Berdasarkan inilah penulis berani mengatakan dua orang tokok kepimpinan Gerakan Islam pernah cuba membersihkan nama buruk Tun Mahathir yang disebut  Tony Pua, Mahathir  sebagai sudah “nyayuk” di lobi parlimen baru baru ini.

Penulis yakin gelaran nyayuk kepada Tun Mahathir suatu senjata yang besar dan berkesan untuk menyelamatkan bekas perdana yang sedang menjadi saksi Tun Ling Liong  Sik yang dituduh menipu cabinet membabit hilangnya wang yang begitu banyak.

Cuba anda bayangkan, saksi orang yang sudah nyayuk. Atau seorang saksi yang sudah nyayuk. Macam mana nak pakai cakap cakap saksi yang nyayuk.

Dalam islam orang nyayuk bebas dan tidak boleh diambil kira akan segala yang dilakukan. Apatah lagi apa apa yang dicakapkan. Malahan mereka yang nyayuk tidak berdosa dengan gerak laku yang salah.

Jika demikian sudah tentu segala hujah yang keluar dari mulut mereka tidak boleh dipakai dan mahkamah tidak akan jadikan dalil ketika buat keputusan.

Setakat hari ini peguambela Tun Dr Ling Liong Sik sudah membuat permohonan untuk mengugurkan tuduhan terhadap bekas menteri pengangkutan yang dikatakan jujur oleh Tun Mahathir itu.

Oleh sebab itu, pada penulis gelaran nyayuk yang jadi kemarahan kebanyakan para pemimpin umno dan disenangi Tun Mahathir sendiri sebagai usaha cuba selamatkan bekas perdana menteri yang banyak melakukan kemungkaran sepanjang menerajui Malaysia.

Wednesday, October 17, 2012

DAP tidak ganggu PAS?



Memang pun DAP tidak menganggu PAS, kerana Karpal Singh yang disebut oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa anti Islam itu adalah pengerusi DAP. Beliau bukan DAP. Oleh itu, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, DAP setakat hari ini tak pernah ganggu PAS.

Betul ke begitu? Ini bukan kata penulis, tetapi itu adalah kata kata Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan yang juga musyidul  Am PAS Malaysia ketika diminta mengulas isu yang dikatakan PAS lari daripada dasar perjuangan sebanar.

Jika benar begitu, bermakna PAS tiada musuh, sedang Presiden PAS sendiri pernah sebut PAS ada musuh sebagai ujian daripada Allah.Agar mustahil PAS tiada musuh sedangankan Rasulullah SAW sendiri mempunyai musuh keliling pingggang.

Adalah munasabah DAP tak ganggu PAS, sepertimana kata Datuk Nik Aziz itu. Yang ganggu PAS,Karpal Singh dan beberapa orang pemimpin DAP lain. Mereka bukan DAP. Mereka pemimpin dan Ahli parti tersebut.

 Hari jumaat 12 Oktober 2012  Datuk Seri Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang, presiden PAS Malaysia ketika menyampaikan kuliah mingguan di masjid Rusila berkata, macam macam.

Penulis difahamkan bahawa macam macam yang disebut itu berkaitan rapat dengan musuh PAS. Memang musuh PAS tetap ada kerana ia adalah ujian kepada perjuangan Islam.

Katanaya lagi, musuh PAS terbahagi kepada dua. Musuh didalam dan musuh diluar. Musuh ini juga adalah ujian kepada PAS yang hendak mendaulatkan syariah Allah di Malaysia ini.

Apa yang dinyatakan oleh Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika di minta mengulas pandangan Shahnon Ahmad tempuh hari, PAS seolah olah tiada musuh, sedangkan Presiden sendiri mengatakan PAS ada musuh.

Datuk Dr. Harun Din, timbalan mursyidul Am PAS Malaysia, pernah berkata,ketika bentang kertas kerja dalam di Nadwah ulamak PAS pusat tidak lama dulu,berkata,  awas musuh dalam selimut, api dalam sekam.

Bukan setakat itu sahaja, malah beliau sebut awas munafik yang ada dalam parti. Ya tak ya juga. Kalau zaman Rasulullah SAW ada munafik, mustahil zaman jahiliah moden ini tiada musuh dan munafik dalam gerakan Islam.

Penulis tulis rencana ini, kerana ada orang PAS yang terkejut dengan tajuk berita muka depan SINARAN HARIAN Jumaat 12 Oktober 2012 yang di edar percuma kepada Jemaah masjid At Takwa Batu Enam untuk sama sama kita fikirkan. Renung renunglah.





Thursday, October 11, 2012

Sedih dengan pandangan Tan Sri Profesor unggul Dr Kamal Hassan


Tan Sri Profesor Unggul Dr. Mohd Kamal Hassan sedih dengan Melayu yang berpecah belah kerana percaturan dan perbezaan politik.

Yang peliknya mengapa  apabila masuk usia 70 tahun baru merasai kesedihan. Pada hal Allah melarang keras  orang beriman berpecah. Sebaliknya  memerintah orang orang beriman bersatu padu. 

Apakah kita baru tahu  percaturan dan perbezaan politiklah yang membuat orang Melayu di Negara ini berpecah belah.sedangkan Islam melarang orang beriman berpecah. Apath lagi memutusakan silaturahim.

Jika dilihat secara sepintas lalu semacam munasabah perpechan orang Melayu berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik, kerana ada parti politik yang memisahkan agama dengan arti kata islam suku politik suku.

Sehubungan dengan itu, hari ini tidak kelihatan sebarang tanda orang melayu akan bersatu, miskipun sesetengah mengatakan orang Melayu akan bersatu semula suatu masa nanti jika keadaan terdesak.

Saya berani mengatakan orang melayu” dua beradik” yang pernah bersatu dalam BN (1970) dan berpisah ini mahu bersatu kembali kerana percaya bersatu itu kuat dan berpecah itu  lemah.

 Yang paling pelik kemahuan bersatu dua beradik ini bukan atas nama akidah, tetapi atas nama bangsa yang sah sampai kucing tumbuk tanduk pun tidak akan mencapai kejayaan.miskipin ada sesetnagh yakin mereka akan bersatu juga satu  masa nanti.

Jika dahulu mereka bersatu dek 13 Mei. Apakah perlu 13 Mei sekali lagi baru dua beradik ini bersatu semula.

Penulis sedih dengan pandangan Profesor unggul Dr Mohd Kamal Hassan, kerana mengatakan  perpecahan orang melayu di Negara ini berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik antara tiga  beradik.

Sewajarnya abang tua kena tanya diri sendiri, disamping adik yang mahu mendaulatkan Islam di Negara ini.
Sehubungan dengan itu, selama lamanya pembangkang (PAS) dituduh penyebab melayu di Negara ini berpecah belah.Seolah olah adiknya yang menjadi puncanya dan abang tidak bersalah sama sekali.

Buktinya, Tun Mahathir Mohamad sendiri baru baru ini mengulangi dan mengatakan pembangkanglah punca orang Melayu berpecah, sedangkan Pembangkang, PAS dan parti keadilan rakyat adalah serpihan umno.Pasal apa boleh jadi demikian. Pasti ada sebab musababnya.

Maka alangkah tidak benarnya pandangan Tan Sri Profesor unggul Negara Dr Mohd Kamal Hassan yang mengatakan percaturan dan perbezaan politik sebagai punca hakiki perpecahan orang melayu di Negara ini.

Penulis sekali lagi merasa sedih apabila Tan Sri Profesor unggul Negara berkata demikian, kerana punca mutlak perpecahan Melayu di Negara ini  tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada akidah yang juga disebut dalam karya wasiatnya.

Kalau mereka tidak rosak  akidah Islamiah sudah barang tentu tidak berlaku perpecahan. Mana mungkin orang Melayu yang beriman (mukmin)memilih untuk berpecah belah, sedangkan Allah melarang keras dan memerintah bersatu.

Sangat tidak lojik mereka bertindak seumpama  itu. Atau mana mungkin mereka melanggar perintah Allah dan Rasul SAW. Kecuali bagi mereka yang rosak akidahnya. Ikuti  sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir”.(Kafir umat Islam).

Kajian yang dibuat 83 peratus orang melayu tak solat. Bermakna 17 peratus saja yang kekal akidahnya. 83 peratus sudah jadi kafir yang masih mengaku Islam.Yang sedihnya apa pendakwah yang mengatakan masa bujang, solat boleh lebih kurang.bermakna tak apa tak solat pun.

kita juga tidak lupa bahawa umat Islam terbahagi pada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang diterima pakai. Mereka  yang mengikut ajaran Rasulullah SAW.

Lebih lebih lagi Allah telah menyatakan, hendak kamu berpegang teguh dengan tali Allah (akidah). Bermakna Jika tidak berpegang teguh dengan tali Allah, pasti kacau bilau dibuatnya.

Kita lihat “ Kalau kamu orang orang yang beriman”.maksud firman Allah ini harus dijadikan nas dan dalil dalil dan tidak harus dolah dalih lagi jika mahu jadi kuat dan teguh.

Sejak dulu dan kini orang melayu ada yang jadi kafir dan sikit saja yang kekal beriman. Jadi bagaimana mereka yang kafir boleh dan mahu bersatu dengan orang orang yang beriman yang sudah tentu akan menjadi penghalang kepada kegiatan mungkar para pemimpin yang rosak akidah.


Friday, October 5, 2012

Ezam Mohd Nor kata umno lemah


Betul ke umno lemah, sedangkan Datuk Seri Mohd Najib Razak presidennya sendiri mengatakan umno sudah kuat dengan semangat baru.

Dahulu semasa Datuk Seri  (Tun)Abdullah Ahmad Badawi jadi presidennya umno dikatakan sangat lemah dan didesak letak jawatan.

Kalau sekiranya umno yang diterajui Najib lemah, maka amat wajar didesak untuk meletakkan jawatan dan diganti dengan Tan Sri Mahyuddin Yasin pula.

Senator Ezam yang dikatakan akan dilantik sebagai menteri besar Selangor selepas PRU 13 nanti berkata umno lemah.

Gelaran “lemah” diberi kepada umno yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak tidaklah sejahat Tun Mahahtir Mohamad mengatakan umno “buruk” dan “busuk” ketika  diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tujuan Ezam mengatakan umno lemah selepas Najib membentangkan Bajet beli undi  2013 seakan ada kebenarannya.

Sesetengah mengatakan gelaran itu dibuat untuk memperkasakan umno/BN sebagai persediaan menghadap PRU 13 yang dikatakan paling sengit berbanding PRU sebelum ini.

Pada hemat penulis, Barangkali Ezam yakin dan percaya umno/ BN akan tumbang dalam Pru13 nanti miskipun banyak bantuan untuk mensenjahterakan.

Atas sebab itulah dia mengelarkan umno lemah miskipun Bajet 2013, bajet beli undi yang dinafikan Najib sekeras kerasnya ketika  jelajah janji ditepati ke negeri Sembilan tempoh hari.

Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah",