Tuesday, January 21, 2014

Bilakah Kristian bertuhankan Allah

Penulis setuju dengan tindakan JAIS merampas Bible terjemahan Bahasa Melayu biarpun Tun Mahathir Mohamad tidak setuju.

Penulis boleh buktikan ketidaksetujuan Tun Mahathir Mohammad iaitu  anaknya Marina bersama sama dengan pertubuhan Kristian sebagai mewakili ayahandanya tanda protes.

Walaupun Tun Mahathir pernah berkata Melayu mudah lupa, tetapi penulis belum lupa yang Tun Mahathir semasa jadi perdana menteri sangat berharap Bible di terjermahkan ke Bahasa Melayu agar orang Melayu faham agama Kristian.

Mengapa penulis setuju dengan tindakan JAIS. Kerana Agama Kristian tidak boleh disebar kepada orang Melayu beragama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan Negara.Ia juga bertepatan dengan SOP enakmen JAIS.

Oleh itu sangat wajar JAIS merampas Bible terjermahan Bahasa Melayu yang motifnya tidak lain dan tidak bukan untuk dibahagi bahagi kepada orang melayu beragama Islam.

Penulis difahamkan tujuan terjemahan bible ke Bahasa Melayu bukan untuk orang China dan India meskipun dua bangsa majmud Malaysia ini fasis berbahasa Melayu.

Apakah motif sebenar terjemahan Bible ke Bahasa Melayu? Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang China dan India pasti Bible diterjemahkan kepada Bahasa China dan India yang tidak bercanggah dengan perlembagaan Negara.

Seperkara lagi apa sebab Kristian di Malaysia ini mati matian mahu nama GOD di terjemahkan sebagai nama Allah yang pada penulis sangat tidak bertepatan.

Mengapa nama Allah mati matian akan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Sudah tentu ada tujuan yang tersurat dan tersirat.

Bila masanya Kristian bertuhankan kepada Allah, sedangkan Tuhannya tiga (trinity) yang sangat tidak munasabah dengan tuntutan mahukan kalimah Allah di gunakan dalam Bible terjermahan Bahasa Melayu.

Ini tidak menghairankan penulis kerana Allah sudah beritahu kepada kita bahawa orang Kristian dan Yahudi tidak akan duduk diam, selagi orang islam tidak ikut kehendak agama mereka.





Sunday, January 12, 2014

Tun Mahathir rasa dia yang betul


Bercakap pasal Tun Mahahtir kata dia tidak takut “hantu” teringat kisah yang dikisah oleh Allah dalam Al Quran.

Kisah yang di kisahkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai arah Allah supaya “menghormati” kepada Adam AS.

Demikian apabila kita merasa diri kita betul yang menjadi punca “Iblis” derhaka kepada Allah Subha nahu wataala.

Manakala semua malaikat mengikut perintah Allah lalu akur dan menghormati Adam AS miskipun dicipta darpada saripati tanah  berbanding dengan cahaya dan api.

Oleh itu, tidak hairan jika Tun Mahathir kata dia tidak takut hantu (iblis) kerana hatu tidak ada kuasa untuk memurdaratkan manusia.

Fikir punya fikir betul juga hujah Tun Mahahtir itu, kerana Allah menyatakan tiada sesiapa yang boleh memurdaratkan manusia kecuali dengan izin Nya.

Lojik juga ya, tetapi lojik juga apabila mereka merasa diri mereka yang betul macam iblis yang engkar dengan perintah Allah punca dia jadi kafir.

Hal tersebut dinyatakan Allah bahawa Iblis dibenar mengoda dan memperdayakan manusia dengan hujah yang lemah hak iblis dan yang kuat hakl Allah.

Penulis yakin kebanyakan manusia yang merasa dirinya betul fikiranya dikuasai oleh iblis dan segala tindakannya berdasarkan bisikan iblis.

Sebab itu Tun Mahathir tidak takut hantu, kerana hantu sudah jadi kawan. Iblis bukan setakat jadai kawan yang akrab , malah iblis meminpin manusia yang lemah agama.

Tun Mahathir pada hemat penulis bukan sahaja tidak takut pada hantu malah Allah pun beliau tidak pernah takut.

Kalau Tun takut akan Allah, mana mungkin ketika jadi perdana menteri selama 22 tahun dulu pernah mempersenda sendakan undang undang Islam.

Sesungguhnya manusia yang ada diatas muka bumi ini telah dua pimpin. Yang merasa dirinya betul telah di pimpin oleh iblis manakala yang tidak sombong dan memdabik dada di pimpin oleh malaikat.

Bersesuaian dengan apa yang disediakan Allah di akhirat nanti iaitu “syurga” dan “Neraka”. Mereka yang di pimpin oleh “malaikat” akan di masukkan ke dalam syurga dan yang di pimpin oleh “iblis” akan dihumbangkan ke dalam neraka.




Monday, January 6, 2014

Datuk Seri Mohd Najib cuba tipu rakyat

Mengapa tidak? Bayangkan, adakah munasabah kenaikan harga minyak dan potongan subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tidak dapat dielakkan itu boleh  buat rakyat hidup senjahtera.

Ia sangat munasabah, kerajaan dapat jimat wang Negara sebanyak RM 1.1 bilion dan dapat hasil sebanyak RM 13 bilion yang boleh memgembirakan perdana menteri Mohd Najib.

Siapakah yang mendapat faedahnya. Tidak lain dan tidak bukan,  ialah hanya kepada para pemimpin Negara.

Bayangkan, apabila banyak wang masuk  bolehlah masukkan wang  dalam saku para pemimpin dan Negara boleh belanja “boros” tiris sana sini sepertimana laporan audit Negara.

Apakah faedah yang rakyat dapat. Tidak dinafikan rakyat dapat RM 500 satu tahun dan akan dinaikkan sebanyak RM 650 setelah buat janji pilihanraya PRU 13 akan naik RM 1,200.

Percayakah anda wahai rakyat, bahawa harga barangan naik dan GST yang sudah pun berjalan dan yang dikatakan akan dilaksanakan pada tahun 2015 itu boleh buat rakyat hidup bahagia.

Bahagiakah dan senjahterakah rakayt dapat RM 650 satu tahun itu yang nisbahnya hanya sebanyak RM 1.80 satu hari itu.

Apakah rakyat tidak terbabit dengan harga barangan yang naik mendadak itu. Mereka mungkin tak bayar bil lektrik kerana penggunaan tidak melebihi RM 20.00.

Akan tetapi hari hari mereka makan dan minum. Kena bayar dengan barangan yang semakin hari semakin tinggi dan membebankan.

Apakah yang terjadi kepada rakyat apabila sara hidup begitu tinggi. Yang kaya mungkin tidak terbeban, tetapi yang msikin tetap terasa menderita.

Macam mana rakyat boleh hidup bahgia dan senjahtera.sedangkan sara hidup begitu tinggi. Tidakkah menipu namanya.




Friday, January 3, 2014

Status Qua Melayu siapakah yang salah

Maaf ya, kerana mengatakan  pemimpin Negara yang buat salah besar terhadap bangsa Melayu yang hidup terpinggir di Negara sendiri.

Maaf ya,bukan para pemimpin melayu sahaja yang salah dan patut dipersalahkan. Rakyat juga turut bersalah.

Maka, tidak seratus peratus kesalahan duduk atas kepala para pemimpin, kerana mereka naik jadi pemimpinn Negara atas nama system demokrasi (pilihanran umum) yang diadakan lima tahun sekali.

Para pemimpin tidak angkat diri sendiri untuk naik jadi pemimpin Negara. Yang angkat para pemimpin naik diatas menerusi “undi” rakyat.

Rakyat diberi kuasa untuk memilih para pemimpin Negara dalam pilihanraya umum.Itu adalah hak rakyat dalam sebuah Negara demokrasi berparlimen.

Oleh itu, penulis berani mengatakan rakyat juga turut bersalah.  salah besar 
ketika diberi kuasa mengundi dan angkat pemimpin Negara.

Rakayt melayu juga salah.kesalahan Mereka tidak lain dan tidak bukan, kerana mereka undi (pilih) pemimpin yang jahat jadi pemimpin mereka selama 60 tahun.

Kejahatan mereka jelas dan nyata. sanggup menipu rakyat mengatakan kenaikan harga minyak yang tidak dapat dielakkan itu bertujuan untuk kesejahteraan rakyat.

Ada yang sedar, tetapi ada yang tidak merasa bersalah mengangkat dan memberi sokongan padu kepada para pemimpin yang bebal menjadi pimpin mereka.

Inilah kesalahan rakyat. Inilah punca orang Melayu terpinggir dibumi sendiri.
Mereka redha dengan orang bebal jadi pemimpin mereka.Bukan setakat itu sahaja malah mereka marah dengan label jahat dan bebal yang diberi kepada pemimpin Negara.

Yang paling sedih, mereka menganggap orang jahat itu baik dan orang baik itu jahat.

Pemimpin yang menipu dianggap tidak menipu dan pemimpin yang benar dianggap menipu.

Yang malangnya, perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini dikatakan pihak pembangkang mahu gulingkan kerajaan yang boleh disabitkan undang undang Negara, sedangkan perhimpunan rakyat dibenar oleh perlembagaan negara.
Jangan menipu rakyat, mengatakan BN ( barang naik) boleh mesejahteraan rakyat.

Macam mana rakyat boleh hidup bahagia dan sejahtera jika sara hidupnya semakin hari semakin tinggi angkara salahguna kuasa dan pecah amanah pemimpin Negara sepertimana laporan audit Negara.