Saturday, November 24, 2018

Kehendak Tun Dr Mahathir


Tan Sri Musan Hassan bekas ketua polis Negara hairan sejak kebelangan ini  sudah mula ada yang mempertikaikan Islam.

Mengapa hairan? Tak perlu hairankerana sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohammad perdana Menteri Malaysia pernah mempertikaikan Islam.

Bukan setakat mempertikainkan Islam, malah beliau turut mempersenda sendakan hukum hakam Islam secara terang terangan.

Beliau ketika menjadi perdana menteri pernah amaran  dengan Pas dan berkata, jangan laksanakan hudud di Kelantan.

Kalau pas melaksanakan hudu di negeri yang diperintahnya kerajaan Malaysia akan saman kerajaan pas Kelantan.

Tidak lama kemudian menteri dijabatan perdana menteri  Datuk Seri Zaid ibrahim menyaman kerajaaan Pas kerana meluluskan enakmen kanun jenayah syariah Kelantan.

Kita sedia maklum bahawa kafirun ini memang benci dengan Nabi Mohammad SAW . Secara tidak langsung mereka benci dan tidak bertuju dengan Islam yang Allah turunkan ini.

Allah subhanahu wataala sudah beritahu bahawa kafirun ini benci dengam Nabi Mohammas Saw dan tidak bersetuju dengan Islam.

Cuma kita, umat Islam Islam tidak percaya dengan pemberitahuan Allah menerusi wahyu didalam Al Quran surah Al Baqarah itu.

Kita umat Islam ini lebih percaya dengan manusia yang jahil dan jahat untuk menghancurkan Islam dengan nenggunakan konsepsi dakwah fil hikmah.

 Bahawa sesungguhnya kita kena dakwah orang kafir. Betul kena dakwah orang kafir, akan  tapi jangan sampai membiarkan orang Islam jadi kafir.

Allah SWT perintah kita berkeras dengan orang orang kafir, kita berlembut dengan orang kafir dan berkeras dengan orang orang Islam. Sepetutnya kita berlembut dengan orang islam akan tetapi kita berkeras.

Atas sebab membiarkan umat Islam dominan dengan kafirun, maka  mereka mengaku beragama Islam, disampaing mempertikaikan dan mempersenda sendakan agamanya sendiri.

Sekarang kita kita sedia maklum, bahawa Waytha Moonhty seorang India Kafirun yang pernah mempertikaikan Islam sebelum ini.

Beliau pernah mendesak kerajaan Malaysia waktu perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hantar balik pendakwah Islam India Dr Zakir Naik, kerana berbahaya.

Tun Dr Mahathir Mohammad sedia maklum Waytha Moonthy seorang yang sahih anti Islam dan dilantik sebagai senator dan sekaligus dilantik menteri di jabatan perdana menteri.

Apabila sudah sedia maklum seseorang itu anti Islam diangkat duduk dalam cabinet, bermakna,fahamlah kita bahawa itu adalah kehendak perdana menteri (TUN M).

Beliau sengaja berbuat demikian, agar seorang menteri kafirun melakukan apa sahaja mengenai Islam, termasuk mempertikaikan Islam dan undang undang Islam yang sedia ada.

Setakat ini beliau cuba dengan sedayauapaya mengulas ICERD dengan alasan ia tidak membabitkan perlembagaan persekutuan akta 153 dan Islam  agama rasmi Negara.

Kalau dahulu Tun Dr Mahathir yang melakukan sesuatu terhadap Islam, termasuk mempertikai dan mempersenda sendakan agama islam mengenai hokum hudud.

Kini beliau boleh suci tangan dan goyang kaki kerana sudah ada menteri kafirun yang dipercayai untuk mempertikaikan dan mempersenda sendakan Islam secara terang terangan.





Thursday, November 15, 2018

Anwar oh Anwar


Pada penulis  rombakan cabinet bukan lagi ramalan, tetapi  ia tetap berlaku kerana pemilihan  dan pertukaran kepimpinan PKR.

Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan perdana menteri bukan lagi presiden PKR dan sudah tidak layak lagi menyandang jawatan tersebut.

Dr Wan Azizah hanya layak menyandang jawatang menteri penuh manakala Jawatan timbalan perdana menteri akan diganti dengan presiden PKR yang baru.

Presiden PKR yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli Parlimen Port Dickson yang dikatakan akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8 selepas dua tahun berperdana menteri Tun Dr Mahathir.

Persoalan yang timbul sekarang ini, siapakah timbalan perdana menteri yang akan menggantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sudah barang tentu bukan Anwar Ibrahim, kerana ahli parlimen Port Dickson itu mahukan  jawatan perdana menteri dan bukan timbalan perdana menteri.

Jika demikian, orang kanan dan paling layak dalam PKR sekarang, orangnya, tidak lain tidak bukan Timbalan presiden PKR, Dari Seri Mohd Azmin Ali merangkap menteri Hal ehwal Ekonomi Negara.

Apabila Anwar menolak jawatan timbalan perdana menteri, bermakna beliau kekal sebagai ahli parlimen yang bukan apa apa dalam kebinet Tun Dr Mahathir.

Ada ramalan yang mengatakan, walaupun Tun Dr Mahathir pernah berjanji akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim bila tiba masanya nanti.

Pada hemat penulis, jawatan perdana menteri bukan semakin dekat dengan Anwar Ibrahim, malah jawatan itu semakin jauh, kerana Datuk Seri Azmin Ali sudah pegang timbalan perdana menteri.

Sangat tidak wajar kerajaan pakatan harapan bertindak memiliki perdana menteri dan timbalan perdana menteri dari orang PKR, sedangkan DAP parti dominan.

Oleh yang demikian, untuk mengatasi permasalahan yang mungkin timbul selepas ini ada dua nama yang boleh dipertimbangkan oleh Tun Dr Mahathir.

Mereka dari PKR tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Mohd Azmin Ali, jika Anwar menolak.  

Mereka dari DAP juga tidak lain dan tidak bukan ialah Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang diimpikan selama ini jika BN jatuh pada PRU 14.

Anwar oh Anwar, fikir dan fikirlah. Jika kamu tolak jawatan timbalan perdana menteri, bermakna kamu akan semakin jauh dengan jawatan perdana menteri.

Semua sedia maklum Dunia politik, tiada yang mustahil.musuh jadi kawan akrab dan kawan akrab jadi musuh ketat.

Oleh itu, jangan sekali kali kamu jadikan Pas dan umno sebagai musuhmu sekarang ini.Mungkin yang kamu benci itu baik bagi kamu dan yang kamu suka itu tak baik bagi kamu.

Lebih labih lagi, DAP adalah parti dominan dalam kerajaan pakatan harapan disamping PKR, manakala BERSATU dan PAN parti minority yang mana powernya kecil dan tidak boleh berbuat apa apa, hatta dalam cabinet sekalipun.





Friday, November 2, 2018

Kerajaan pas Terengganu disabotaj?


Sebelum ini penulis berpesan dengan menteri besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan kata kata yang berbunyi: awas, dengan pegawai kanan kerajaan.

Baru baru ini, Perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad berkata kerajaan Malaysia baru di sabotaj.

Penulis tidak tahu sejauh mana akan kebenaran yang kerajaan Malaysia baru yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohammad telah disabotaj.

Macam mana kerajaan malaysia telah disabotaj sedangkan hampir habis KSU KSU kementerian kementerian ditukar dengan orang baru yang mungkin boleh dipercaya tidak akan melakukan sabotaj.

Kerajaan Pas Terengganu dengar cerita sudah nampak sikit sikit sudah, sedang dan akan disabotaj.

Hairan, macam mana kerajaan Pas Terengganu turut disabotaj, sedangkan tiada orang besar kerajaan dahulu ditukar sepertimana tindakan kerajaan malaysia baru keatas orang besar.

Dalam kerajaan Pas Terengganu, Cuma seorang sahaja yang dikenakan tindakan, kerana terbabit dengan salahgunakuasa (Rasuah) berbanding kerajaan malaysia kSU negara orang baru, SPRM orang lama jadi baru, Peguam negara orang baru, ketua hakim negara orang baru.Gobenar Bank Negara orang baru.

Pengarah yayasan keluarga yang dikatakan banyak melakukan salahguna kuasa termasuk mengunakan wang untuk BN umno pada PRU 4 masih kekal, belum ada sebarang tindakan sama ada akan ditukar dan sebaliknya.

Penulis mendapat maklum. Ini berita terbaru bahawa SUK sendiri tidak menggunakan atau langgar satu keputusan EXCO yang diputusakan dalam mesyuarat EXCO baru baru ini.

Semasa Pas memerintah Terengganu pada 1999 dahulu segala keputusan mesyuarat EXCO salinan diberi kepada empat orang  ADUN Umno.

Pendek kata segala keputusan mesyuaarat EXCO salinan keputusan secepat kilat  berada dalam fail mereka berempat, pada hal keputusan tersebut berada dalam fail sulit SUK.

Macam mana boleh berlaku demikian? Inilah yang dikatakan sabotaj yang dilakukan oleh pengawai kanan yang berhasrat untuk memcemar nama baik kerajaan yang di pimpinan seorang ulamak.

Sabotaj yang paling penulis tak boleh lupa, menteri besar Terengganu mengistiharkan bahawa Terengganu negeri islam sedangkan rombongan kebudayaan negeri berketuakan pengarah tanah dan galian waktu itu mengadakan persembahan ulik mayan, di Kedah yang jelas haram dari segi Islam.

Oleh itu, awaslah wahai menteri besar Terengganu yang masih ber hosnumzom dengan pegawai kanan.

Walaupun pegawai kanan dahulu kebanyakanya sudah bersara, akan tetapi jangan lupa anak anak buah mereka masih ada dan diangkat menjadi orang besar.

Langgar keputusan yang dibuat oleh EXCO dalam mesyuarat EXCO etiap Rabu itu tidak boleh dipandang ringan atau dianggap kecil, kerana ia mengganggu dan mengagalkan janji manifesto PAS dalam PRU 14 lalu.

Seperkara lagi, seorang lelaki yang pergi pejabat Tanah Kuala Nerus untuk memohon tanah memberitahu penulis, bahawa pemohonan tanah sekarang ini di tutup.

Penulis diberitahu oleh salah seorang  ahli majlis daerah Kuala Nerus, tak betul tu. Kerana Pemohonan baru tanah masih berjalan dan dalam proses untuk diluluskan.