Friday, November 2, 2018

Kerajaan pas Terengganu disabotaj?


Sebelum ini penulis berpesan dengan menteri besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan kata kata yang berbunyi: awas, dengan pegawai kanan kerajaan.

Baru baru ini, Perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad berkata kerajaan Malaysia baru di sabotaj.

Penulis tidak tahu sejauh mana akan kebenaran yang kerajaan Malaysia baru yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohammad telah disabotaj.

Macam mana kerajaan malaysia telah disabotaj sedangkan hampir habis KSU KSU kementerian kementerian ditukar dengan orang baru yang mungkin boleh dipercaya tidak akan melakukan sabotaj.

Kerajaan Pas Terengganu dengar cerita sudah nampak sikit sikit sudah, sedang dan akan disabotaj.

Hairan, macam mana kerajaan Pas Terengganu turut disabotaj, sedangkan tiada orang besar kerajaan dahulu ditukar sepertimana tindakan kerajaan malaysia baru keatas orang besar.

Dalam kerajaan Pas Terengganu, Cuma seorang sahaja yang dikenakan tindakan, kerana terbabit dengan salahgunakuasa (Rasuah) berbanding kerajaan malaysia kSU negara orang baru, SPRM orang lama jadi baru, Peguam negara orang baru, ketua hakim negara orang baru.Gobenar Bank Negara orang baru.

Pengarah yayasan keluarga yang dikatakan banyak melakukan salahguna kuasa termasuk mengunakan wang untuk BN umno pada PRU 4 masih kekal, belum ada sebarang tindakan sama ada akan ditukar dan sebaliknya.

Penulis mendapat maklum. Ini berita terbaru bahawa SUK sendiri tidak menggunakan atau langgar satu keputusan EXCO yang diputusakan dalam mesyuarat EXCO baru baru ini.

Semasa Pas memerintah Terengganu pada 1999 dahulu segala keputusan mesyuarat EXCO salinan diberi kepada empat orang  ADUN Umno.

Pendek kata segala keputusan mesyuaarat EXCO salinan keputusan secepat kilat  berada dalam fail mereka berempat, pada hal keputusan tersebut berada dalam fail sulit SUK.

Macam mana boleh berlaku demikian? Inilah yang dikatakan sabotaj yang dilakukan oleh pengawai kanan yang berhasrat untuk memcemar nama baik kerajaan yang di pimpinan seorang ulamak.

Sabotaj yang paling penulis tak boleh lupa, menteri besar Terengganu mengistiharkan bahawa Terengganu negeri islam sedangkan rombongan kebudayaan negeri berketuakan pengarah tanah dan galian waktu itu mengadakan persembahan ulik mayan, di Kedah yang jelas haram dari segi Islam.

Oleh itu, awaslah wahai menteri besar Terengganu yang masih ber hosnumzom dengan pegawai kanan.

Walaupun pegawai kanan dahulu kebanyakanya sudah bersara, akan tetapi jangan lupa anak anak buah mereka masih ada dan diangkat menjadi orang besar.

Langgar keputusan yang dibuat oleh EXCO dalam mesyuarat EXCO etiap Rabu itu tidak boleh dipandang ringan atau dianggap kecil, kerana ia mengganggu dan mengagalkan janji manifesto PAS dalam PRU 14 lalu.

Seperkara lagi, seorang lelaki yang pergi pejabat Tanah Kuala Nerus untuk memohon tanah memberitahu penulis, bahawa pemohonan tanah sekarang ini di tutup.

Penulis diberitahu oleh salah seorang  ahli majlis daerah Kuala Nerus, tak betul tu. Kerana Pemohonan baru tanah masih berjalan dan dalam proses untuk diluluskan.





No comments: