Thursday, November 15, 2018

Anwar oh Anwar


Pada penulis  rombakan cabinet bukan lagi ramalan, tetapi  ia tetap berlaku kerana pemilihan  dan pertukaran kepimpinan PKR.

Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan perdana menteri bukan lagi presiden PKR dan sudah tidak layak lagi menyandang jawatan tersebut.

Dr Wan Azizah hanya layak menyandang jawatang menteri penuh manakala Jawatan timbalan perdana menteri akan diganti dengan presiden PKR yang baru.

Presiden PKR yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli Parlimen Port Dickson yang dikatakan akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8 selepas dua tahun berperdana menteri Tun Dr Mahathir.

Persoalan yang timbul sekarang ini, siapakah timbalan perdana menteri yang akan menggantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sudah barang tentu bukan Anwar Ibrahim, kerana ahli parlimen Port Dickson itu mahukan  jawatan perdana menteri dan bukan timbalan perdana menteri.

Jika demikian, orang kanan dan paling layak dalam PKR sekarang, orangnya, tidak lain tidak bukan Timbalan presiden PKR, Dari Seri Mohd Azmin Ali merangkap menteri Hal ehwal Ekonomi Negara.

Apabila Anwar menolak jawatan timbalan perdana menteri, bermakna beliau kekal sebagai ahli parlimen yang bukan apa apa dalam kebinet Tun Dr Mahathir.

Ada ramalan yang mengatakan, walaupun Tun Dr Mahathir pernah berjanji akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim bila tiba masanya nanti.

Pada hemat penulis, jawatan perdana menteri bukan semakin dekat dengan Anwar Ibrahim, malah jawatan itu semakin jauh, kerana Datuk Seri Azmin Ali sudah pegang timbalan perdana menteri.

Sangat tidak wajar kerajaan pakatan harapan bertindak memiliki perdana menteri dan timbalan perdana menteri dari orang PKR, sedangkan DAP parti dominan.

Oleh yang demikian, untuk mengatasi permasalahan yang mungkin timbul selepas ini ada dua nama yang boleh dipertimbangkan oleh Tun Dr Mahathir.

Mereka dari PKR tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Mohd Azmin Ali, jika Anwar menolak.  

Mereka dari DAP juga tidak lain dan tidak bukan ialah Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang diimpikan selama ini jika BN jatuh pada PRU 14.

Anwar oh Anwar, fikir dan fikirlah. Jika kamu tolak jawatan timbalan perdana menteri, bermakna kamu akan semakin jauh dengan jawatan perdana menteri.

Semua sedia maklum Dunia politik, tiada yang mustahil.musuh jadi kawan akrab dan kawan akrab jadi musuh ketat.

Oleh itu, jangan sekali kali kamu jadikan Pas dan umno sebagai musuhmu sekarang ini.Mungkin yang kamu benci itu baik bagi kamu dan yang kamu suka itu tak baik bagi kamu.

Lebih labih lagi, DAP adalah parti dominan dalam kerajaan pakatan harapan disamping PKR, manakala BERSATU dan PAN parti minority yang mana powernya kecil dan tidak boleh berbuat apa apa, hatta dalam cabinet sekalipun.





No comments: