Saturday, June 2, 2018

Anwar Ibrahim bimbang?


Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang? Mungkin sudah ada parti yang tidak puashati dengan jemaah kabinet kerajaan pakatan harapan.

Perdana menteri yang disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tidak dipertikaikan oleh DAP kerana telah dipersetujui sebelum ini.

Akan tetapi jawatan timbalan perdana menteri yang disandang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tersurat dia hanya tersirat.

DAP sudah tentu tidak puas hati miskipun Lim Guan Eng dilantik sebagai menteri kewangan, kerana parti itu menangi 47 kerusi parlimen.

Maka sewajarnya DAPlah yang dapat timbalan perdana menteri, bukan menteri Kewangan yang diberi kepada Lim Guan Eng.

Sebab itu Lim Kit siang berdiam diri tak puashati dalam kes lantikan jemaah kabinet tempoh  hari. malah beliau dikatakan akan menolak untuk dilantik sebagai menteri dalam kerajaaan npakatan harapan.

Lim Guan Eng dikatakan sudah menyatakan tidak begitu minat dengan jawatan menteri kewangan yang di pegang selama 15 hari itu.

Kata kata tidak begitu minat dengan menteri kewangan inilah yang membuat Anwar Ibrahim bimbang yang seolah olah sudah ada perbzaan pendapat antara parti gabungan.

PKR mungkin tidak punya masalah lagi setakat ini miskin pun menang 40 kerusi parlimen berbanding BERSATU hanya menang 13 kerusi parlimen sahaja.

Dari segi demokrasi DAP wajar mendapat jawatan perdana menteri kerana kerusi parlimennya mengatasi lain lain parti dan PKR yang punya 40 kerusi parlimen dapat timbalan perdana menteri sepertimana yang sedia ada sekarang.

Walau bagaimna sekalipun DAP akan menuntut jawatan itu nanti selepas dua tahun berperdana menterikan Tun Dr Mahathir.

Ini juga yang membimbangkan Anwar Ibrahim yang belum ada apa apa lagi jawatan dalam kerajaan telah berindak macam perdana menteri setelah bebas tanpa salah dari Penjara baru baru ini.

Untuk Jadi perdana menteri, mengikut perlembagaaan perkutuan seorang itu mestilah seorang wakil rakyat parlimen, lantikan Senator tidak layak dilantik sebagai perdana menteri.

Pada hemat saya mahu tidak mahu DAP pasti akan tuntut jawatan perdana berdasarkan merit demokrasi berpalimen. Percayalah.

Inilah yang membuat Anwar Ibrahim merasa bimbang dengan kerajaan pakatan harapan kerana DAP dapat 47 kerusi parlimen majoriti berbanding PKR yang dapat 40 kerusi parlimen, BERSATU 13 kerusi perlimen dan PAN 11 kerusi parlimen.

Kebimbangan Anwar Ibrahim ada asasnya, lebih lebih lagi keinginan untuk menjawat jawatan perdana menteri masih kelabu miskipun menang dalam pilihanraya kecil selepas dua tahun PRU 14.