Wednesday, March 15, 2017

Tidak Molek agamawan berbalah?


Sememangnya, memang tidak molek agamawan berbalah. Bukan sahaja tidak elok malah kebanyakan anatara kita yang sakit hati apabila mereka berbalah satu sama lain.

Betapa ramainya umat Islam yang sakit hati apabila agamawan berbalah. Memang cukup ramai. Malah kebanyakan antara kita  mengidap penyakit hati apabila agamawan berbalah sesama sendiri.termasuk ada yang  tergamak saman hudud yang hendak didaulat di malaysia ini.wujud G25 yang sangat tidak puas hati dengan RUU 355.

Sudah tentu ada sebab musababnya mereka berbalah. Macam juga dalam rumah tangga yang disebut sedang gigi lagi tergigit. Gigit lidah yang sama sama duduk diposisi yang sama juga tergigit.
 
Ada pula yang mengatakan berbalah sesama sendiri itu satu rahmah. Macam mana boleh jadi satu rahmah sedangkan antara mereka kutuk mengutuk satu sama lain.
Jika benar berlaku kutuk mengutuk pasti ianya satu bala yang menimpa umat Islam. 

Dahulu dan Hari ini bukan setakat kutuk mengutuk hina menghina, Malah ada yang tergamak tuduh kafir mengkafir dan bunuh membunuh dan yang berlaku di Memali Kedah.

Kita sudah nampak berbalah antara mereka bukan satu rahmah. Ia adalah bala yang boleh membuat umat islam hancur lebur sepertimana yang pernah berlaku di Iraq, Syria nagara para anbiya.

Macam mana Negara para anbiya boleh jadi macam itu.Memang tidak masuk akal  boleh berlaku demikian. Bayangkan Negara para anbiya yang memang penuh berkat tiba tiba jadi Negara bunuh membunuh  dan puluhan juta umat Islam jadi pelarian.

Sekarang kita semakin Nampak dengan jelas mengapa agamawan Negara kita berbalah.Satu pihak mahu mencari kebenaran  manakala satu pihak lagi mahu tunjuk kedudukan ilmu akulah yang lebih tinggi.

Senang faham bahawa umat Islam banyak puak dan mereka berbeza pendapat. Agamawan puga banyak puak. Mereka berpuak puak dan membina pendapat masing masing hatta dalam kes mendaulatkan undang undang Allah mereka turut berbeza.

Kita boleh kategorikan antara mereka ada yang baik dan ada yang jahat. Memang yang jahat dan yang baik tidak boleh bersama. Atau dengan kata lain yang jahat  tetap dengan kejahatannya dan yang baik tetap dengan kebaikannya.Maka sampai bila pun mereka tidak boleh bersefahaman. Malah  mahu tidak mahu mereka kena berbalah dan berhenti sehingga jahat itu bertaubat nasuha .

Lihat Firman Allah yang bermaksud: Hendaklah ada  diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan mereka menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya (surah A’li Imran ayat 104).

Kita ambil istilah berdakwah. Ada agamawan yang setuju dengan kafir supaya suara azan tidak dilaungkan menerusi pembesar suara atas hujah boleh menganggu tidur orang kafir.sedangkan azan waktu subur sahaja yang barangkali boleh menggangu tidor. bagaimana pula dengan  waktu zuhur, asar, maghrib dan Isya. Ganggu tidur juga ke.

Azan Ia adalah dakwah secara langsung dan secara tidak langsung  yang wajib dilakukan oleh orang Islam untuk mengajak umat Islam solat dan manusia am untuk menuju kejayaan sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW apabila berhijarh ke Madinah.

Bina masjid dan azan ajak masyarakat Madinah solat untuk menuju kejayaan. Adalah tidak masuk akal apabila syiar besar dalam Islam ditamatkan daripada dilaungkan.Ini juga punca agamawan berbalah sehingga hari ini.

Mengapa ada agamawan boleh setuju suara azan tidak boleh dikumandangkan keudara menerusi pembesar suara. Mungkin atas alasan zaman Rasulullah SAW tiada mikropong pun.Tapi kita kena ingat bahawa setan sangat takut dengan azan  dan ia mungkin membuat orang orang kafir takut dan benci.

Sebab itu DAP (kafir) tidak mahu suara azan dikekumandangkan ke udara,Lebih lebih lagi satu kajian yang dibuat  70 peratus orang kafir terpikat dengan Islam dek azan suatu syiar besar agama Islam selepas membina masjid.

Kita juga kena ingat bahawa ulamak terbahagi kepada dua golongan. Pertama,ulamak yang jahat dan kedua, ulamak yang baik. Apatah lagi dengan agamawan yang ada hari ini.

Ada PHD pun ikut kafir. jadi macam kafir, sedangkan Allah minta jangan jadi macam kafir dan jangan sekali kali ikut kafir.


No comments: