Tuesday, June 20, 2017

Tidak hairan dengan wanita SIS



Penulis tidak hairan dengan pendapat wanita wanita anggota Sisters In Islam, kerana ada menteri dan timbalan menteri yang memberi sokongan penuh dengan NGO tersebut

YB Datuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menteri kementerian Belia dan Sukan ada berkata tangkap orang tak puasa tidak bagus yang bagus kena beri bantuan kepada asnaf.

Pendapat ini  jelas dan nyata sebagai  trade mark salah seorang menteri  berbangsa melayu beragama islam dalam kerajaan satu Malaysia tidak suka dengan kerja amal Islam.

Pada hal kerja tangkap yang tidak berpuasa itu suatu tindakan yang di syariatkan Islam, kerana orang tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai adalah jenayah syariah.mereka itu adalah pejenayah. Kena ambil tindakan berdasar enakmem jenayah syariat.

Macam juga tangkap orang melayu islam yang minum arak dikhalayak ramai yang jika sabit kesalahanya disebat 40 puluh sebatan  yang telah ditetapkan enekman jenayah syariah negari negeri di Malaysia ini.

Demikian juga tangkap orang Melayu Islam yang tidak berpuasa yang telah ditetap hukumannya jika sabit kesalahannya.

Akan tetapi dianggap oleh YB Datuk Khary Jamaluddin sebagai tidak bagus dan tidak harus dilakukan oleh pegawai penguat kuasa  jabatan agama Islam negeri Selangor yang beroperasi sepanjang bulan Ramadhan ini.

Demikian juga pendapat YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed –timbalan menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu hidangan arak dalam kapal terbang Mas.

Beliau berkata, arak bukan masalah. Padahal dalam Islam arak itulah ibu segala kejahatan yang jadi masalah kepada masyarakat  dan manusia yang meminumnya.

Tiba tiba timbalan menteri orang Melayu masih Bergama Islam yang diberi amanah oleh rakyat jelata memimpin Negara ini mengatakan arak bukan masalah.

Macam mana benda diharamkan oleh islam bukan masalah, sedangkan itulah permasalahannya yang jadi isu penumpang mabuk dalam kapal terbang Mas baru baru ini.

Apa bezanya dengan pendapat wanita wanita dalam sisters In Islam yang suatu masa dahulu pernah memdesak poligami diharamkan.Terbaharu wali tidak diperlukan lagi kepada wanita yang sudah berkahwin  dan yang hendak berkahwin. Bukan satakat itu saahaja malah sudah ada  pendapat bahawa kahwin lelaki sama lelaki dan perempuan sama perampuan sebagai satu rahmat 

Zainah Anwar adalah ahli pengasas dan bekas Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang bekerja mengenai hak-hak wanita dalam kerangka Islam. 

Kumpulan itu bekerja dalam bidang penyelidikan, advokasi, pendidikan awam dan pembaharuan undang-undang dan perkhidmatan untuk menolak kerana memahami berasaskan hak progresif Islam. Ia terlibat dengan pelbagai isu, termasuk Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Jenayah Islam, keganasan rumah tangga, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, Islam sebagai sumber undang-undang dan dasar awam, Islam dan hak-hak wanita.

Zainah adalah Pengarah Musawah, satu pergerakan global untuk kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Dia juga menulis kolum bulanan mengenai politik, agama dan hak-hak wanita, yang dipanggil Berkongsi Nation, dalam Sunday Star, Malaysia. Dia adalah seorang bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

pengalaman kerjanya yang lain termasuk: Ketua Pegawai Program, Bahagian Hal Ehwal Politik, Sekretariat Komanwel, London; Penganalisis Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Kuala Lumpur; dan Politik dan Penulis Diplomatik, New Straits Times, Kuala Lumpur. buku beliau, kebangkitan semula Islam di Malaysia: Dakwah Antara Pelajar, telah menjadi rujukan standard untuk kajian Islam di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di Fletcher School of Law and Diplomacy di Universiti Tufts, Boston University, dan Institut Teknologi MARA.

Penulis tidak nafi mereka juga Islam, akan tetapi Rasulullah SAW ada menyatakan umat islam suatu masa nanti kan brpecah kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang di terima keislamannya , iaitu yang ikut ajaranNya.
oleh itu, orang Islam kena hati hati dengan pendapat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.kerana ajaran islam selain daripada yang diajar oleh Rasulullah SAW, tempatnya didalam neraka.

No comments: