Friday, September 4, 2009

Ahmad Said yakin kemelut UMNO Terengganu akan selesai

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,pada 25-26 ogos.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," kata Ahmad said kepada pemberita selepas persidangan dewan baru baru ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil BN yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau,

Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?" "Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka"

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan berkerjasama dengan beliau mempimpin negeri itu dan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO.

Bercakap memang mudah, malah bukan main sedap didengar, tapi hakikatnya tidak demikian apabila Datuk Rosol Wahid Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, berkata 18 adun BN masih tidak puas hati.

Apakah betul 18 ADUN BN masih tidak puas hati dengan kerajaan yang diterajui oleh Ahmad Said. Jika demikian, ini bermakna cuma 5 Adun sahaja yang memberi kerjasama. Bagaimana pula dengan 10 orang EXCO?

Sudah tentu 5 orang sahaja yang memberi kerjasama, manakala 5 lagi masih menjadi duri dalam daging. Begitulah yang difahamkan dengan kata kata Ahmad Said masih ada tiga empat wakil rakyat BN yang enggan bekerjasama dengannya.

Oleh itu adalah tidak benar sama sekali bahawa 23 orang ADUN BN sepertimana kata Ahmad Said "Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju.

Ini dapat kita lihat semasa persidangan Dewan undangan negeri yang baru lalu, hanya seorang sahaja wakil rakyat BN yang mengemukakan soalan iaitu Ramlan Ali ADUN Jabi Setiu. Manakala yang lain lain tidak menghantar sebarang soalan.

Boleh dikatakan sidang dewan kali ini merupakan sidang dewan yang paling malang bagi kerajaan Terengganu berbanding sebelum ini.

Ini juga menandakan 10 wakil rakyat BN cuba membiokot dewan miskipun mereka hadir sepertimana 10 orang yang telah memboikot sidang Dewan musim lalu.

Persidangan Dewan baru lalu itu disebut tidak menarik , kerana sebilangan kecil sahaja yang mengambil bahagian berbahas.

Sesetengah berpendapat, barangkali sidang diadakan dalam bulan ramadan menyebabkan ramai adun mengambil jalan selamat untuk tidak banyak bercakap bagi menghormati kemuliaan bulan itu.

Yang menghairankan mengapa ADUN dari PAS mengambil bahagian yang sangat bermakna untuk menyelesaikan kes bayaran royalti minyak kepada Terengganu yang masih belum tertunai lagi itu.

Ia dibuat buat sesuai dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak, ketika bercakap dikhlayak ramai semasa kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu tidak lama dahulu yang berjanji akan menyerahkan wang royalti kepada Kerajaan negeri ini.

Bukan setakat berjanji akan menyelesaikan bayaran tertunggak kepada kerajaan Terengganu,malah telah mengistiharkan penubuhan Tabung amanah Terengganu sebanyak RM 10 bilion.

Kini penubuhan tabung amanah Terengganu itu entah bagaimana, sama ada ia suatu realiti atau hanya mimpi siang hari.

Tahniah wakil rakyat PAS, kerana banyak memberi kerjsama pada kerajaan negeri untuk menyelesaikan bayaran royalti minyak yang dirampas oleh kerajaan pusat semasa memerintah 2000-2004) dahulu.

Cerita kemelut akan selesai tidak lama lagi itu dengan sendirinya ternafi dan tidak boleh diterima oleh rakyat Terengganu, kerana 18 adun BN tetap dengan pendirian masing masing bahawa faktor Ahmad Said lah punca mereka tidak puas hati.

Walaupun cerita kononnya Datuk Rosol Wahid dan lapan lagi Adun bercadang meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dinafikan tetapi ia mengambarkan krisis tidak mungkin selesai.

Untuk mengelak dari dikesani Rosol ketua ADUN hendak lampot parti, berkata bahawa laporan portal The Malaysian Insider itu semata-mata untuk menjatuhkan imej Umno di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR.

Kita difahamakan bahawa 8 orang sahaja ADUN yang setuju berbuat demikian manakala dua lagi masih berdalih dan ada yang setuju masuk PAS sahaja lebih baik. Inilah puncanya. Jika 8 orang sahaja yang setuju, bermakna nisbahnya 16 -16 yang pasti boleh membentukkan kerajaan.

Inilah masalahnya. Ini dapat kita baca ketika Rosol ditemui pemberita pada persidangan DUN Terengganu ke 12. Rosol berkata beliau bersama ADUN UMNO yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu.

Akan tetapi mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu.

Adakah perkara ini tidak berlaku dalam kumpulan kita. Apakah ia hanya Khabar angin untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UBN.

Tidak dinafikan bahawa mereka masih lagi wakil rakyat BN. Itu realitinya. Walaupun dikatakan tiada kompromi sebagai tanda aras masih memberi sokongan kuat pada kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Akan tetapi semua telah maklum dan dengar tentang 10 Adun BN Terengganu yang masih belum berpuas hati dengan pelantikan Ahmad Said sebagai menteri besar sedang berusaha dengan sedayaupaya untuk menjatuhkan Ahamd Said, miskipun tidak berjaya melalui undi tidak percaya yang dibuat didalam sidang Dewan baru baru ini.

Macam macam ada cerita yang timbul selepas ini.

Mereka yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jusoh masih menyimpan hasrat untuk menukar menteri besar setelah usaha menaikkan nama Datuk Idris sebagai menteri penuh gagal kerana ditolak oleh yang dipertuan agong.

Ironinya dalam pada masa yang sama,semua Adun yang menyokong Ahmad said kini mendiamkan diri kerana masing masing takut untuk berhadapan dengan Idris jusoh.Ini mengambarkan bahawa kemelut UMNO Terengganu tidak mungkin dapat diselesaikan sampai bila bila.

No comments: