Friday, May 24, 2013

PRU 13 paling bersih paling banyak petisyen




Atas nama Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengetahui bahawa PRU 13 tidak bersih, maka awal awal lagi telah membuat kenyataan media bahawa PRU 13 paling bersih.



Penulis tidak tahu mengapa pengerusi SPR tergamak membuat kenyataan melawan arus, sedangkan dia tahu PRU 13 tidak bersih.

Jika PRU 13 paling bersih macam mana PR menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan PRU 13 penuh dengan penipuan.

Tidak semena mena Datuk Seri Mohd Najib Razak presiden umno mengatakan PR juga melakukan penipuan.

Bermakna PRU 13 yang dikatakn paling bersih jelas tidak bersih, sebab itu pahat masih berbunyi sedangkan rumah sudah siap sepenuhnya.

Siapakah yang menipu dan siapalkah pula yang kena tipu. Tidak wajar dua dua menipu dan dua dua kena tipu. Tetapi tidak mustahil PR juga menipu dan umno lagi menipu.

Mengapa penulis kata begitu? Kerana ada bukti, terutama sekali dakwat kekal yang dikatakan kekal tetapi tidak kekal sepertimana yang didakwakan pengerusi SPR dalam satu kenyataan yang tidak boleh dipadamkan.

Persoalan sekarang pilihan telah dibuat, keputusan pun telah diketahui. Akan tetapi pahat masih berbunyi hingga tidak boleh berhenti.

Memang ada sebab musabahnya pahat tidak masih berbunyi dan boleh berhenti setakat hari ini.
Pasti ada yang tak kena. Mungkin PRU 13 yang dikatakan paling bersih itu jelas tidak bersih, maka perlu dibersihkan akan ia betul betul bersih.

Setengah meminta hentikan sosek-sosek politik. Berikanlah tumpuan untuk utamakan kepentingan rakyat dan jangan sekali kali pentingkan diri sendiri.

Yang kalah terima sahajalah kekalahan dan redhalah dengan kekalahan itu, kerana ia adalah takdir yang ditentukan Allah dan yang menang jangan lupa tepati janji yang dijanjikan.

Entah apa-apa yang dijanjikan dalam manifesto masing masing, kerana ini boleh memekat hati rakyat, terutama sekali yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
 
Tidak kira kerajaan BN atau kerajaaan PR. Beri tumpuan utama pasca PRU13 sepatutnya kepada usaha membangun Negara dan negeri. Itu yang diharapkan rakyat.Jangan ada niat untuk balas dendam sepertimana pernah di perlakukan selama ini.










No comments: