Masalah besar yang dihadapi oleh
parti bersatu iaitu tiada satu kerusi pun yang akan diberi oleh ketiga tiga
parti dalam pakatan harapan.
Hal ini telah dinyatakan presiden Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelihatan
sedikit sedih.
Oleh itu, beliau berharap ketiga-ketiga parti dalam Pakatan
Harapan akan bekerjasama memberikan kerusi kepada parti bersatu pada PRU 14 nanti.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
muafakat kerjasama antara Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil
sekiranya kerusi tidak diberi kepada Bersatu.
"Sebagai parti baru, kami
ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan
(DAP, PKR dan Amanah) untuk menyumbangkan kerusi.
"Tidak ke mana muafakat di sini
kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral," katanya dalam
sidang media, di sini, semalam.
Masing-masing menandatangani enam
dokumen bersama dalam Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu.
Persetujuan itu ditandatangani dalam
mesyuarat rasmi pertama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.
"Sebagaimana yang disebut dalam
perjanjian, kami akan adakan rundingan dan semua pihak akan terlibat untuk
mengadakan perbincangan pokok.
"Apa yang kita persetujui dalam
perjanjian itu adalah kebolehmenangan
dan kalau itulah yang menjadi asas, maka kita harap kita akan sampai ke tahap
di mana semua pihak akan berpuas hati," kata Muhyiddin lagi.
Persoalan yang timbul sekarang macam mana ketiga
tiga parti dalam pakatan harapan itu
hendak bahagi kerusi kepada bersatu sedangkan parti itu tidak ramai
keahliannya.
Amanah walaupun parti baru sudah ada sejumlah
200,000 ahli setakat hari ini.manakala PKR pula sudah ada 500, ahli, ahli umno
seluruh Negara.
Tidak mustahil bersatu boleh ambik ahli umno
sejumlah 500, jugak, kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang tokoh bekas
perdana menteri dan timbalan presiden Umno macam juga Anwar Ibrahim.
Parti Pas sudah tentu tidak sekali kali akan
bekerjasama dengan pakatan harapan, jika DAP dan Amanah masih ada dalam
kerjasama tersebut.
Maka,
bersatu boleh bertanding dimana sahaja pada posisi kerusi yang pas bertanding
diseluruh Negara yang pasti tidak akan diambil oleh parti Amanah, kerana parti amanah setakat ini
merupakan parti yang baru yang miskipun ahlinya ramai tetapi tidak punya
kemampuan untuk berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment