Wednesday, October 23, 2019

Mustahil orang melayu jadi liberal?


Ada yang berpendapat mustahil orang melayu jadi liberal (fahaman liberal) kerana orang melayu sahih berpegang teguh dengan Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Betulkah begitu? Amat tidak betul dengan telahan tersebut, kerana sudah ada pendapat yang keluar dari mulut ulamak Melayu dari Indonesia mengatakan, muslimah boleh kahwin dengan lelaki kafir.

Islam mengharamkan muslimah berkahwin dengan lelaki kafir dan mengharamkan lelaki islam berkahwin dengan perempaun kafir, kecuali ahli kitab yang ada disebut didalam Al Quran.

Baru baru ini Melayu di Indonesia membantah kerajaan mengharamkan rakyatnya melakukan hubungan seks bebas.

Islam mengharamkan zina (seks bebas) sebahgian rakyat melayu Indonesia bangkit mebantah menerusi tunjuk perasaan secara bebas besaran.

Islamkah mereka yang membantah itu? Di Turki (orang bukan melayu) mengatakan mereka juga Islam bangkit membantah perlaksanaan undang undang islam secara besar besaran di jalanan.

menerusi tunjuk perasaan besar besaran dan melaungkan kata kata yang berbunyi: kami tak mahu undang undang islam.Di Indonesia mereka menyatakan mereka tidak setuju seks bebas diharamkan.

Malayu di Malaysia setakat hari ini  belum berbuat demikian, akan tetapi Tun Dr Mahathir yang mengaku melayu pernah mempersenda sendakan hukum hudud dan ada pengikutnya.

Hari ini sudah ada orang melayu yang mahu Al Quran di tulis semula alasannya al quran dahulu tidak lengkap dan ada kelemahannya, maka mahu tidak mahu Al Quran hendaklah ditulis semula.

Tun Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun pernah syor bahawa Al Quran hendaklah ditafsir semula kerana tafsiran Al Quran yang dahulu itu sudah tidak sesuai lagi dengan zaman sekarang.

Hari ini sudah ada syor bahawa Al Quran hendalah ditulis semula dan ditafsir semula agar selari dengan kehendak rakyat yang mengatakan Islam tidak melarang homoseksual (hubungan sejenis).

Malah sudah dicanang kata kata “Gay yang warak” yang tak tinggal solat lima waktu sehari semalam dan sering kali mengerjakan umrah di Baitullah. 

Mengatakan Islam tak larang homoseksual sangat bercanggah dengan Al Quran dan sahih itulah pemikiran liberal yang meresap masuk dalam kepala orang Melayu.

Yang sangat biadap ada pula yang mengatakan Rasulullah SAW tidak larang mereka melakukan hubungan seks sejenis (lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan)

Pendapat ini bukan keluar dari mulut orang awam malah juga keluar dari mulut bergelar ustaz yang pernah belajar di university Al Azhar, Mesir.

Tanpa disedari ada pelajar yang pernah belajar di university Azhar jadi sesat dan ikut ajaran sesat Ayah Pin di Besut Terengganu suatu masa dahulu.

Bermakna university Al Azhar juga pernah jadi pusat pengembangan pemikiran liberal yang mana ada diantara pensyarahnya menganut ajaran liberal yang barang tidak boleh dinafikan lagi.

Apatah lagi di university university Awam di Malaysia di samping ajaran syiah yang amat berbahaya itu.

No comments: