Thursday, February 7, 2008

pecah tembelang

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika bercakap dengan rakyat Kelantan tidak lama dahulu yang dia ikhlas untuk membangun negeri pembangkang itu. Tapi ketika datang ke Terengganu baru-baru merasmikan TamanTamadun Islam meminta rakyat Terengganu maju agar mengundi BN dalam piliharaya umum kali ke 12 ini supaya pembangun yang sedang berjalan dengan lancar itu tidak terhenti.

Bermakna jika BN kalah nanti segala pembangunan yang sedang berjalan itu pasti akan dihentikan Kalau begitu bagaimana pula dengan pembangunan di kelantan. Kalau BN tidak bejaya menawan negeri itu sudah pasti pembangunan yang dijanjikan itu tidak akan dilaksanakan. Ini menunjukkan ikhlas yang dicakapkan itu rupa-rupanya ditanam dibibir mulut sahaja. Tidak lebih daripada itu.Wahai rakyat Kelantan ingatlah. Jangan jadi macam rakyat Terengganu yang sering kali ditipu. Bak kata perpatah orang bodoh jadi alat orang cerdik.

No comments: