Sejak akhir akhir ini boleh dikatakan Pas tidak lagi menghentam kerajaan pusat yang diterajui Datuk Seri Mohd najib Razak.
Tidak dinafikan pas masih tidak boleh mebisu seribu bahasa terhadap silap langkah yang dilakukan oleh para pemimpin dan menghentam umno/BN.
Barangkali sejak kebelakangan ini sudah banyak bantuan diberi oleh kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan yang dikatakan kerajaan miskin rakyat kaya itu.
Ada yang berkata itulah puncanya pas tidak lagi menghentam kerajaan Pusat, seolah olah umno sudah berjaya menutup mulut mulut para pemimpin pas termasuk menutup mulut presidennya.
Sesungguhnya presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dituduh bersyubhat dengan Najib Razak yang banyak merompak wang rakyat.
Presiden Pas dikatakan membisu kerana mahu bekerjsama dengan umno dan banyak lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Rupa rupanya semua yang dilemparkan itu tidak benar belaka apabila motif Barisan Nasional memberi bantuan kepada kerajaan Kelantan terbongkar juga akhirnya.
Motif sebenar pemberian bantuan itu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menutup mulut para pemimpin pas agar tidak lagi menghentam kerajaan Pusat.
Perkara ini telah disuarakan oleh Datuk Seri Mustapa Mohammad, bahawa Barisan Nasional (BN) negeri kesal dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang berterusan menghemtam Kerajaan Pusat meskipun pelbagai bantuan dan pembangunan telah disalurkan.
Pengerusi BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Pusat sentiasa dipersalahkan dan menjadi mainan sindiran wakil rakyat mereka.
Katanya, pelbagai usaha yang dilakukan di Kelantan selain menyalurkan bantuan, namun kerajaan negeri tidak pernah bersyukur.
“Pelbagai isu dibangkitkan termasuk kelewatan projek yang diluluskan seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dan Hospital Bachok selain Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
“Bagaimanapun, kita terima kritikan dan Kerajaan Pusat akan sentiasa membantu Kelantan demi kebaikan rakyat.
Kata Datuk Mustapa lagi, Memang kita dukacita dan merasakan seolah-olah tidak adil kerana kerajaan negeri dan Pusat sudah berbaik-baik,
Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek pembinaan ECRL mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat termasuk bakal menarik pelabur ke kawasan Pantai Timur.
Katanya, kesan daripada pembinaan projek tersebut turut memberi kelebihan kepada Kelantan khususnya untuk menarik pelabur dan kemudahan perhubungan kepada rakyat.
“Jangan kata projek ini tidak penting atau tidak perlu didahulukan, kerana apa yang dilakukan Kerajaan Pusat sudah dikaji terlebih dahulu,” katanya.
Pada penulis, pas tetap bersyukur dan berterima
kasih kepada kerajaaan BN kerana banyak membntu kerajaan Kelantan. Akan tetapi
banyak lagi perkara yang buruk diperlakukan oleh BN terhadap kerajaan Kelantan
berbanding bantuan yang diberikan.
Oleh itu, mereka tidak boleh berdiam diri, malah kena
ambil sikap hentam dan terus menghentam. Lebih lebih perjuangan pas tidak sama
dengan perjungan UMNO/BN. Pas utamakan kepentingan rakyat manakala umno/BN
utamakan kepentingan peribadi pemimpin.
Seperkara lagi, para pemimpin pas Kelantan tidak
boleh ditutup mulut mereka kerana apa yang diperlakukan oleh kerajaan BN itu tidak
ikhlas, malah bermotifkan rasuah sepertimana rasa kesal yang disuarakan Datuk
seri Mustafa Mohammah itu.
Mereka ingat apabila sudah diberi bantuan BN pusat
tidak dihentam lagi. Rupa rupanya pas macam biasa juga masih menghentam habis
habisan kerana mereka memperjuangkan keadilan untuk rakyat jelata bukan
kepentingan diri sendiri.
Inilah punca Pas enggan hendak bekerjasama dengan
umno kerana prisip perjuangan antara kedua parti sangat berbeza.BN beri bantuan
untuk tutup mulut Pas tanpa menyedari semua itu adalah rasuah.
No comments:
Post a Comment