Thursday, December 21, 2017

Antara hamba Allah dan hamba setan


Baru baru ini kata kata yang berbunyi: semua makhlok adalah hamba Allah ini mengetuk pintu hati penulis.

Mengapa tidak? Kerana makhlok terbahagi kepada dua. non muslim (kafir) dan muslim (islam).

Oleh itu, mustahil makhlok yang kafir jadi hamba Allah. Macam mana mereka jadi hamba Allah, sedangkan mereka benci dengan Allah Subhanahu Wataala.

Ertinya, mereka tidak sekali kali suka dengan Allah subhanahu wataala dan Nabi Mohammad shallallahu alaihi wasallam adalah hamba setan setan.

Atas sebab itulah ianya menarik hati penulis untuk membicarakan isu ini dalam satu tulisan ringan agar tidak mudah menerima bahawa semua makhlok hamba Allah Subhanahu Wataala

Mereka yang benci dengan Allah Subhanahu Wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pasti bukan hamba Allah. Mereka adalah hamba setan, termasuk umat 
Islam tak solat lima waktu sehari semalam.

Mengapa tidak? Kerana setan adalah musuh Allah Subhanahu Wataala dan para para nabi dan musuh ketat kepada semua muslim yang beriman.

Sejak kebelakangan ini sudah ada puak yang cuba mengatakan semua makhlok diatas bumi ini adalah hamba Allah Subhanahu Wataala

Macam mana mereka jadi hamba Allah sedangkan mereka musuh Allah dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Hamba Allah, mereka sayangi Allah Subhanahu Wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan patuh dengan perintah yang diturunkan kepada para para nabi.
Iaitu, meninggalkan apa apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala melalui Rasulullah dan melakukan apa apa suruhan Allah dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Demikian hamba Allah. Apabila mereka lakukan apa apa larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah Subhanahu Wataala mereka adalah hamda setan dan bukan hamba Allah.

Walaupun hari ini sudah ada puak yang mendakwa orang kristian yang tidak minum arak, tidak berzina, tidak makan babi, banyak melakukan derma dan tolak trinity tuhan adalah muslim.

Macam mana mereka boleh jadi muslim sedangkan mereka memilih agama lain, bukan agama Islam.

Allah Subhanahu Wataala tidak akan menerima mereka yang memilih agama selain daripada agama islam.

Mereka berhak mendakwa yang mereka juga muslim. Wajarkah mereka jadi muslim sedangkan agama yang mereka anuti itu (kristian) bukan agama Allah.

Apakah wajar mereka ini muslim dan hamba Allah. Pada mereka kafir dan hamba kepada setan musuh yang nyatakan kepada Allah subhanahu wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Tak masuk akal musuh Allah subhanahu wataala dan musuh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam juga sebagai hamba Allah, sedangkan terang terangan mereka adalah hamba setan yang jadi musuh Allah Subhanahu Wataala sampai bila bila jika tidak masuk Islam.


No comments: