Sunday, December 27, 2015

Betul ke musuh sayang kita?



Penulis bertemu dengan kata kata yang berbunyi: musuh sayangi kita.Mungkin kata kata itu terbit dek umno dah hulur tali untuk bekerjasama. maka umno bukan lagi musuh  tradisi PAS .

Lebih lebih lagi dalam perhimpunan agung umno lepas pas tidak diserang sebaliknya DAP pula yang jadi mangsa serangan berkala umno.

Bagaimana pun sesetengah pemimpin pas tetap mengatakan umno adalah musuh pas sampai kiamat. Sampai begitu sekali fahaman pas terhadap umno.

 Mengapa tidak?  Kerana umno setakat hari ini masih  enggan menerima ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang difahami pucuk kepimpinan Pas.

Pucuk kepimpinan umno pula menganggap umno telah mengamalkan islam sebenar dengan konsepsi wasatiyyah yang dicanang sedemikian rupa oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Persoalan kini umno adalah musuh tradisi pas mula  sayang dengan kita (pas) betul ke umno sudah sayangi pas.Amat tidak munasabah musuh sayangkan musuh. Pelik.

Sesetengah  mengatakan mustahil musuh boleh sayangi musuhnya. tetapi kita kena ingat tidak mustahil musuh boleh sayang musuhnya.

Mengapa tidak? Kerana  Allah menegaskan dalam Al Quran orang orang kafir sayang orang Islam yang lali. Demikian penjelasan Allah kepada manusia akan sikap Kafir terhadap orang Islam yang lalai.

Jangan salah faham pula, kerana ayat Allah diatas itu tidak bercanggah dengan ayat Allah yang bermaksud:  orang orang kafir tidak sekali sekali akan setuju dan suka dengan kamu (wahai Mohammad).

 Mengapa musuh Allah (kafir) boleh benci dengan orang orang Islam? Kerana mereka yang dibenci itu tak ikut agama kafir. Manakala kafir suka dan sayang dengan musuhnya kerana mereka lalai dan ikut cara hidupnya. (kafir).

 Kafir sayang dan suka dengan orang orang islam yang lalai. oleh itu, tidak mustahil pucuk kepimpinan umno sayangi pas, kerana pas kelihatan sudah duduk dalam keadaan sedikit lalai.

sebelum ini Pas boleh bertahaluf siasi dengan DAP (kafir Harbi).Tak kan tak boleh bertalahuf siasi dengan umno pulak.

Dan kini Pas masih bertahaluf siasi dengan PKR  parti yang juga enggan menerima hudud yang diperjuangan oleh PAS selama ini.

Lebih lebih lagi ketua umum parti itu adalah seorang yang jelas berfahaman Islam liberal yang sangat berbahaya terhadap perkembangan pergerakan islam di malaysia ini.

Jadi jika PAS boleh bertahaluf siasi dengan parti seumpama itu maka tidak mustahil Pas boleh bekerjasama dengan umno/BN  yang cuba berjinak jinak dengan ajaran islam syumul.

No comments: