Wednesday, March 11, 2009

Siasat segera rasuah politik

Kita naik hairan Macam mana ketiga-tiga calon bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan rasuah politik .

Mereka bertiga mahu SPRM menyiasat dakwaan rasuah politik dalam Umno sebelum pemilihan parti berlangsung pada 25 Mac ini, sedangkan Pesuruhjaya pencegah Rasuah Malaysia,Datuk Ahmad Said Hamdan sendiri berkata tiada politik wang dalam Umno.

Tiga calon itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin minta supaya di percepatkan siasatan untuk membersihkan nama baik Umno.

Menurut Pesuruhjaya PRM Datuk Ahmad Said Hamdan, bahawa Umno bersih dari politik wang. Bermakna Umno sekarang ini jelas sudah bersih, kerana tidak berlaku politik walaupun ada 900 aduan diterima.

Maka kata kata Datuk Mukhriz , bahawa perkara itu amat penting dilakukan bagi membersihkan nama baik UMNO selain mengelakkan berlakunya pembaziran masa dan wang jika terdapat pemimpin tertinggi parti terbabit terbukti melakukan kesalahan tersebut, seolah olah macam mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya SPRM.

Ini boleh kita simpulkan bahawa SPRM tidak mengadakan siasatan dan hatta sebarang tindakan. Apatah lagi untuk menyiasat 900 aduan dan laporan yang dibuat. Kalau SPRM bertindak menyiasat mana mungkin Mukhriz mengatakan siasatan dan tindakan lanjut SPRM perlulah berdasarkan bukti kukuh supaya tidak ada individu yang teraniaya.

Ini juga menunjukkan antara 900 aduan yang dibuat itu memang ada bukti kukuh dan bukanlah suatu tuduhan melulu ahli Umno diseluruh negara, kerana tuduhan rasuah memberi gambaran tidak baik kepada parti terutama menjelang pemilihan parti hujung bulan ini.

Yang peliknya macam mana datuk Ahmad said hamdan boleh buat kenyataan yang Umno bersih daripada politik wang, sedangkan ada 900 aduan dan pernah disebut oleh pihak jawatankuasa displin parti?

Oleh itu, seruan ketiga ketiga calon ketua pergerakan pemuda Umno yang akan bertanding nanti agar SPRM perlu mempercepatkan siasatan untuk kebaikan semua pihak supaya tidak ada yang akan menjadi mangsa itu hanya lakonan semata mata.

Mereka berkata pada sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Melaka baru baru ini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan setiausaha politik kepada seorang menteri Kabinet di sebuah restoran Rabu lalu kerana dipercayai menerima suapan lebih RM70,000.

sehubungan dengan itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu telah ditahan oleh sepasukan anggota SPRM setelah menjalankan intipan ketika menerima suapan kira-kira pukul 10.30 malam. Lelaki itu bagaimanapun dibebaskan sehari selepas keterangannya diambil.

Jika betul penahanan itu dibuat bermakna dakwaan berlakunya politik wang dalam umno sah ada asas yang kukuh, tetapi mengapa Ahmad Said Hamdan berkata, umno bersih?

Apa ertinya Mukhriz yang berkata, jika SPRM mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu, maka tindakan awal perlu diambil bagi mengelakkan perwakilan salah memilih calon yang sanggup menggunakan taktik kotor demi kepentingan diri.

Apa makna pendapat yang disuarakan oleh Mohd. Khir bahawa semua pihak perlu memberi kerjasama kepada suruhanjaya tersebut bagi membendung rasuah politik daripada terus menular dalam parti.

Bagaimana pula dengan kata kata SPRM mempunyai etika sendiri. Suruhanjaya itu akan menyiasat semua aduan yang diterima, sedangkan Ahmad said hamdan sudah labelkan umno berish sebersihnya dari politik wang.

Apa pula reaksi dengan kata kata, jika seseorang calon itu terlibat dalam rasuah politik, individu itu terpaksalah menerima hakikat dan bersedia dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib,

Dalam pada itu, Khairy pula berkata, Lembaga Disiplin UMNO seharusnya diberi peranan sebagai pusat rujukan pertama apabila berlakunya sebarang aduan berkaitan pemilihan parti. Ini seolah olah ada benda yang tidak kena terhadap SPRM.

Apa hal dengan kata kata, walaupun kita berterima kasih kepada pihak SPRM kerana prihatin terhadap pemilihan UMNO, tetapi saya percaya Lembaga Disiplin UMNO adalah tempat rujukan utama untuk kes sebegini.

Ini menampakkan yang SPRM tiada bidang kuasa untuk menyiasat dan bertindak keatas Umno.

Ketiga tiga calon yang berada diatas pentas tempoh hari kelihatan begitu berani mendesak SPRM menyiasat dan bertindak Ini jelas mengambarkan yang mereka sah tidak terbabit dengan politik wang.Kalau mereka terbabit mana mungkin mereka begitu berani berbuat demikian.

Pada hal SPRM sudah nyatakan umno bersih daripada politik wang yang bermakna tiada lagi siasatan yang akan dibuat.Malah memang SPRM tidak boleh menyiasat kes politik dalam umno sepertimana yang dinyatakan bahawa makhmah tidak boleh mendengar sebarang kes yang berlaku, hatta yang membabitlam kes politik wang.

Sebab itu ketiga tiga calon ketua pergerakan pemuda Umno begitu berani dan lantang mendesak SPRM menyiasat dan bertindak keatas mereka yang terbabit dengan politik wang. wal hal mereka cuba berlakon untuk memperlihatkan diri masing masing bersih dan tidak berbabit dengan politik wang.

No comments: