Kawan FB
penulis dua tiga hari lepas berkata, ahli jawatankuasa (EXCO) pemuda Pas
Malaysia kebanyakannya ada ijazah Dr (PHD).
Tiba tiba
teringat penulis nama Dr Mujahid Yusof yang kalah ahli jawatankuasa pada
muktamar agung tahunan tahun lepas (2015) lari tinggalkan wadah perjuangan.
Beliau
dikatakan sangat komented dan istiqamah dengan parti Pas, akan tetapi setelah
kalah teruk dalam muktamar tahunan tempoh hari jadi tidak keruan sebelum
tinggalkan parti Pas.
Jadi, kita
tidak boleh andaikan bahawa yang ada ijazah PHD merupakan ajk atau pemimpin
yang boleh bertahan sabar apabila diuji dengan satu ujian yang kecil berbanding
dengan ujian Allah terhadap para pemimpin Ikhwanul muslimin.
Penulis
berani mengatakan PHD bukan tiket untuk mereka terus menersu boleh bersyukur.
Apatah lagi untuk menahan sabar. Kalau ia tiket mengapa Dr Mujahid Yusof pergi
tinggalkan parti pas satu satu parti Islam di Malaysia.
Apa pun iman
dan takwalah sebagai tiket untuk manusia dapat benar benar bersyukur dan
menahan sabar.Ijazah PHD (DR) bukan tiket untuk manusia boleh kekal istiqamat
dengan perjuangan, hatta dalam wadah perjuangan Islam sekalipun.
Sepertimana
firman Allah yang bermaksud:
“ Dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran
dengan cekal hati) Sesungguhnya Allah berserta orang orang yang sabar” (surah al-Anfal ayat 46)
Allah
subhanahu wataala sudah nyatakan apabila Dia berserta dengan orang orang yang
sabar, maka mereka akan beroleh kebaikan dan kemenangan, serta kenikmatan zahir
dan batin didunia dan diakhirat.
Kepimpinan
dalam parti politik bergantung kepada kesabaran dan keyakinan sepertimana
firman Allah yang bermaksud:
“ dan kami jadikan dari kalangan mereka
beberapa pemimpin yang membimbang kaum masing masing kepada hukum agama kami,
selama mereka bersikap sabar (dalam menjalakan tugas itu) serta mereka tetap
yakin akan ayat ayat keterangan kami” (surah as-Sajadah ayat 24)
Dengan
adanya jiwa sabar dan bertakwa kepada Allah subhanahu wataala maka segala apa
yang berlaku pada dirinya termasuk tipu daya musuh, miskipun dia berkuasa, tidak
akan mampu mendatangkan sebarang kemurdaratan.
Sepertimana
firman Allah yang bermaksud:
“sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan
bersabar, maka sesunggunya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang orang
yang berbuat kebaikan” (surah Yusof ayat 90)
Allah
suhbanahu wataala nyatakan lagi dengan firmannya yang bermaksud:
“ Wahai
orang orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih
daripoada kesabaran musuh, dimedan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan didaerah daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya
kamu Berjaya (mencapai kemenangan)” (surah Al-Imran ayat 200)
11 comments:
Bodoh nya statement di atas.
Mana tak kalah kalau dah dirancang supaya geng2 penentang kerajaan perpaduan dengan umno yg mungkar disingkir dari jawatan dlm PaS oleh puak2 kopiah dengan chai..puak2 kopiah ikut telunjuk umno..hudud dah jadi RUU 355..putarbelit..
Wadah perjuangan bersama NAJIB.
http://mountdweller88.blogspot.my/2016/06/status-facebook-seorang-bekas-pengikut.html?m=1
http://mountdweller88.blogspot.my/2016/06/kalau-benar-betapa-jahatnya-mereka.html?m=1
http://mountdweller88.blogspot.my/2016/06/hijrah-penggerak-pas-perak.html?m=1
http://greenboc.blogspot.my/2016/06/isu-kafir-harbi-akhirnya-pas-yang.html?m=1
http://greenboc.blogspot.my/2016/06/isu-kafir-harbi-akhirnya-pas-yang.html?m=1
Geng kopiah berserban dan berjubah pun pandai tipu dan putarbelit jugak..ulamak dulu masuk netaka..
http://pahangdaily.blogspot.my/2016/06/mufti-pahang-enggan-tarik-balik-atau.html
http://greenboc.blogspot.my/2016/06/naib-presiden-parti-amanah-negara.html?m=1
Post a Comment