Sebelum penulis pergi lebih jauh, kawan penulis yang
juga seorang penulis prolific berkata macam mana pas boleh kata umno kafir,
sedangkan pas adalah sebuah pertubuhan (bukan manusia)
Betul jugak. Macam mana pas boleh berkata demikian.
Lainlah jika pas itu manusia, maka, ada lojiknya dia berkata umno itu kafir.
Soalnya, Bekas Ketua hakinm Negara, Tun Abdul Hamid
Muhammad, berkata pas sekarang ini tidak
lagi mengkafirkan umno.
Tun Abdul
Hamid Muhammad berkata demikian dalam rencana pendeknya bertajuk: Segerakan usaha penyatuan Melayu (BH 12
Jun 2016)
Lihat pada bahasanya, bahawa Tun Abdul Hamid
Muhammad percaya dan yakin bahawa sebelum ini PASlah yang mengkafirkan umno.
Betulkah pas sebelum ini mengkafirkan umno?
Rata rata bersetuju paslah yang mengkafirkan umno punca
orang Melayu berpecah.Bukan setakat itu sahaja. malah, kata Tun Abdul Hamid
Muhammad, pecah akidah.
Bermakna, orang orang Melayu pas mempunyai akidah
yang berlainan berbanding dengan akidah orang orang Melayu umno.
Pada hemat penulis, Pas tidak pernah kata umno kafir.
Boleh rujuk kata kata Haji Hadi Awang Ketika berceramah pada 7 April 1981 di
Banggol Peradung Manir Kuala Terengganu yang dijenamakan sebagai Amanat Haji Hadi Awang.
Ia merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang
disampaikan oleh Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala
Terengganu pada 7 April 1981.
Ucapan
beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
Atas amanat itulah, orang umno berkata pas kata umno
kafir.Tidak timbul pas kata umno kafir. Kerana orang umnolah yang kata pas,
kata umno kafir.
Perincian dan penelitian pada rujukan asal jelas pas
tidak mengkafirkan umno.Atas sebab itulah Datuk Seri Haji Abdul Awang presiden
pas sampai sekarang ini tidak tarik balik kata kata yang diungkapkan dalam
cermahnya itu.
Sama sama kita lihat ungkapan tersebut.
Saudara- saudara sekalian percayalah
Kita menentang umno, bukan kerana nama dia umno. Kita menantng Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekaklkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang undang kafir, dan mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan
kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita
adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak
ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita
adalah Islam. Kita tidak
perlu masuk Buddha, Kita tidak
perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita
menjadi kafir dengan
mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ,
berkata, Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku.Itu
sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Perkataan Kita adalah ganti nama
semua orang Islam, termasuk dirinya sendiri jika mengamalkan politik suku
agama suka, jadi kafir.
Orang pas pun tidak
terkecuali.Jika orang pas amalkan politik suku agama suku,juga jadi kafir.Bukan
dikhususkan kepada orang orang umno sahaja.
Oleh itu, mengatakan pas mengkafirkan
umno tidak masuk akal langsung. Lebih lebih lagi apa yang dinyatakan Haji
Hadi Awang dalam cermahnya itu merupakan displin ilmu yang berkaitan dengan
akidah orang orang Islam.
|
8 comments:
Kalau pas tak kata kenapi HJ Hadi tak pernah nafi..hingga sanggup berdebat di tv..banyak perselisihan berlaku HJ hadi tetap diam juga..jadi pihak mana yg amalkan ugama suku politik suku..buat lawak ke pertubuhan tidak boleh berkata2
Tak kata secara direct, tp itulah yg difahami oleh kbnykn ahli dan penyokong ketika itu.
Dan mengapa tanggapan salah sebegitu tak diperjelaskan oleh pimpinan ketika itu.
Sana suku sini suku tambah tulis satu lagi suku cukup tiga suku..kalau nak bersatu dengan umno baru sekarang nak nafi pas tak pernah kafirkan umno..umno tak pernah kata nak bersatu dengan pas..
http://mountdweller88.blogspot.my/2016/06/harussani-bikin-pas-panas-kepala.html?m=1
http://alhusseyn51.blogspot.my/2016/06/hj-hadi-adalah-pembohong-bersiri.html?m=1
http://www.kedahlanie.info/2016/06/jangan-dengar-cakap-najib-dan-hj-hadi.html?m=1
http://mountdweller.blogspot.my/2016/06/betul-ker-ni-bengong-menjadi-jadi-la.html
Kalau Pasi kut cakap Zuhdi ton ton wi Pas akan tenggelam..dengan menang 2 PRK umnotidak perlukan pas lagi..elok pas tukar pemimpin2 jumud
Post a Comment