Wednesday, February 21, 2018

Lim Guan Eng kafir zimmi?



Datuk Dr Danial Zainal Abidin yang berkata dan isytihar bahawa Lim Guan Eng kafir zimmi  menyanggah fatwa Mufti Pahang bahawa  DAP kafir harbi dalam satu kenyataan media tidak lama dahulu.

Datuk Dr Danial Zainal Abidin kecewa dengan fatwa Mufti Pahang dan berkata Lim Guan Eng rakyat Negara ini ada Kad pengenalan.

Dan lantas  berkata, setiap warga Negara Malaysia, termasuk Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang, setiausaha agung DAP, dia kafir zimmi.

Inilah fatwa yang dibuat oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam suatu syarahan dakwah menyanggah fatwa mufti Pahang yang mengatakan DAP kafir harbi.

Bercakap pasal kafir zimmi teringat penulis, bahawa untuk menentukan seeorang itu sama ada mereka kafir harbi dan kafir zimmi, ia mesti menerusi suatu akad iaitu akad zimmah dan hukum hukumnya.

Akad zimmah adalah jaminan bagi orang orang kafir yang memenuhi seruan kaum muslimin untuk menyerah upeti dan membuat perjanjian pula dengan kaum muslimin untuk mengikuti hukum syariat Islamiah, dalam bidang had, seperti pembunuhan pencurian dan yang berkaitan dengan martabat.

Orang  yang mengurus dan layak mengadakan akad zimmah adalah imam atau wakilnya dari pimpinan angkatan tentera bersenjata sahaja. Selain keduanya tidak mempunyai hak untuk mengurus hal itu.

Berbeza dengan memberikan perlindungan atau yang setiap muslim lelaki atau perempuan dapat melakukannya sepertimana maksud hadis Ummu Hani binti Abu Talib telah memberi perlindungan kepada seorang lelaki musyrik pada waktu kejatuhan kota Mekah, lalu ia datang dan menceritakanya kepada Rasulullah. Beliau bersabda kita melindungi dan memberi tanggungan kepada orang yang  kamu telah lindungi dan beri jaminan, wahai Ummu Hani ( Bukhari)

Ahli zimmah harus beerbeza dengan kaum muslimin, baik dalam hal berpakaian atau pun yang lainnya, agar mereka mudah dikenali. Mereka jangan dikuburkan di perkuburan kaum muslimin dan jangan mengucap salam lebih dahulu kepada mereka, dan jangan menletakkan mereka ditempat terkemuka didalam suatu masjlis.

Ahli zimmah dilarang melakukan beberapa hal, antara lain dilarang membangun gereja, menjualnya, atau memperbaharui yang telah hancur sepertimna sabda Rasulullah yang maksudnya: “Jangan membangun gereja ditempat umat Islam dan jangan memperbaharui bangunan gereja yang sudah roboh”

Jangan meninggikan bangunannya melebihi ketinggian bangunan rumah kaum muslimin sepertimana sabda Rasulullah yang maksudnya:  Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya (Baihaqi, hadis hasan).

Dilarang terang terangan  meminum minuman arak , makan daging babi dihadepan kaum muslimin dan dilarang makan dan minum pada siang hari di bulan Ramadhan.
Sebaliknya wajib bagi mereka menyembunyikan segala yang haram bagi kaum muslim kerana takut akan menjadi fitnah bagi kaum muslimin.

Akad zimmah batal kerana beberapa hal, antara lain tidak mahu menyerahkan upeti. Tidak mahu berpegang kepada hukum hukum syariat sebagaimana di persyaratkan didalam akad.

Bertindak melampaui batas terhadap kaum muslimin seperti membunuh, merompak dijalanan, memberi tempat kepada pihak musuh Islam.termasuk tidak bersetuju kerajaan hendak memperkasakan undang undang Islam dan menganjurkan pesta arak.

Menyebut nama Allah, Rasulnya dan kitabnya dengan sebutan yang buruk , termasuk mengatakan Al Quran kitab yang ditiru daripada kitab terdahulu.

Kewajipan kaum muslimin sekaligus merupakan hak bagi Ahli zimmah, adalah menjaga nyawa, harta, kerhormatan mereka.

Dilarang menyakiti mereka selama mereka memenuhi janjinya serta tidak melanggarnya sepertimana sabd Rasulullah yang mekasudnya;

 “Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmah, maka aku akan menjadi musuh orang itu pada hari kiamat nanti.”

Jika mereka melanggar janjinya dan membatalkannya dengan mengerjakan sesuatu yang membatalkan perjanjian, maka halallah darahnya dan hartanya (maka harbilah mereka) akan tetapi tidak halal darah wanita dan anak anaknya kerana seseorang tidak boleh diseksa atas perbuatan orang lain.



No comments: