Tuesday, November 17, 2015

Antara Husam Musa dan bai’ah


Sesungguhnya Husam Musa berpendapat bai’ah tidak boleh ditebus sepertimana yang dilakukan oleh Dr Hatta Mohd Ramli.

Atas sebab itulah beliau isytihar dirinya sebagai ahli PAS dan tidak bertindak lari menyertai parti Amanah(PAN) yang diterajui Mohammad Sabu.

Untuk bebas dari ikatan bai’ah Husam Musa bertindak menyerang kerajaan Kelantan dan mengungkit ungkit segala keburukan dan kelemahan yang berlaku sepanjang dia jadi EXCO.

Sasaran serangan terbaru beliau ialah menerusi ceramah terbarunya dan mengatakan Haji Abdul Hadi Awang akan bekerjasama dengan umno untuk membentuk kerajaan Selangor.

Atas sebab itu juga, PAS Kelantan telah menyerahkan budibicara kepada PAS pusat  sama ada mengambil tindakan dan sebaliknya.

Sudah ada suara akar umbi PAS agar Husam Musa dipecat kehaliannya kerana tindakan tikam dari belakang itu berbahaya.Lebih lebih ada pendapat yang mengatakan orang yang bertindak begitu terhadap parti  tidak wajar dikekalkan.

Pada hemat penulis, itulah yang diharap harapkan oleh Husam Musa. Kerana tindakan tersebut terhadapnya boleh membuat dia terlepas dirinya dari ikatan bai’ah  yang apabila tidak terlucut ikatan itu,gaji yang didapatinya adalah haram dan akan tertalaklah isteri dengan tiga talak jika lompat parti.Lainlah jika dipecat keahliannya.

Bayangkan bai’ah yang berbunyi: “Saya Husam Bin Musa berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam  bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat keparti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyat maka akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elauan ahli Dewan tersebut adalah haram. Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah wallahi wabillahi watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.

Beliau percaya, tindakan pemecatan keahliannya boleh melucutkan ikatan bai’ah yang menghantui dirinya.

Pada hemat penulis perkataan dipecat dari parti dijadikan sandaran  bahawa bai’ah yang mengikat dirinya akan terlepas dan tidak akan tertalak isterinya dengan tiga talak.

Sebab itu beliau bertindak menyerang presiden dengan pelbagai tuduhan itu dan ini agar pas pusat memecatnya.

Husam Musa berpendirian bahawa pas akan bekerjasama dengan umno, termasuk mentemplek Haji Abdul Hadi Awang dengan tuduhan yang boleh membuat nama presiden tercalar.

Pendek kata, beliau kini habis habisan melakukan serangan miskipun sasaran terhadap Haji Abdul Hadi Awang dan PAS tidak masuk akal, kerana satakat hari ini umno sendiri tidak tahu menahu akan perihal tersebut.


5 comments:

Anonymous said...

mengapa nak ubah topik? ... jawab la persoalan YB Husam tu ... sampai sekarang lidah kelu nak menjawab ...

Anonymous said...

Bukti HA bersekongkol dengan AMNO tapi asyik menafi .... Macam Syiah pulak.

Anonymous said...

Semakin nyata dan jelas apa yg dikatakan dato husam. Dulu umno kafir sekarang sahabat. Hmmm...

Anonymous said...

dulu arwah tok guru nik aziz walaupun umno buat tuduhan dlm tv bekenaan balak , arwah minta sprm siasat siap nak bagi satu bilik lagi kt pengawai.. skg klu ckp salah satu, kita kena ikut saluran betuii... dah semace umno..

Anonymous said...

Kami nk jwpn YA@ TIDAK. ADA @ TAK usaha dan rancgn ke arah ug nga umno. X perlu jwpn berjela-jela...