Sesungguhnya Husam Musa berpendapat bai’ah tidak boleh ditebus sepertimana yang dilakukan oleh Dr Hatta Mohd Ramli.
Atas sebab
itulah beliau isytihar dirinya sebagai ahli PAS dan tidak bertindak lari menyertai
parti Amanah(PAN) yang diterajui Mohammad Sabu.
Untuk bebas
dari ikatan bai’ah Husam Musa bertindak menyerang kerajaan Kelantan dan
mengungkit ungkit segala keburukan dan kelemahan yang berlaku sepanjang dia
jadi EXCO.
Sasaran
serangan terbaru beliau ialah menerusi ceramah terbarunya dan mengatakan Haji
Abdul Hadi Awang akan bekerjasama dengan umno untuk membentuk kerajaan
Selangor.
Atas sebab
itu juga, PAS Kelantan telah menyerahkan budibicara kepada PAS pusat sama ada mengambil tindakan dan sebaliknya.
Sudah ada suara
akar umbi PAS agar Husam Musa dipecat kehaliannya kerana tindakan tikam dari
belakang itu berbahaya.Lebih lebih ada pendapat yang mengatakan orang yang
bertindak begitu terhadap parti tidak
wajar dikekalkan.
Pada hemat
penulis, itulah yang diharap harapkan oleh Husam Musa. Kerana tindakan tersebut
terhadapnya boleh membuat dia terlepas dirinya dari ikatan bai’ah yang apabila tidak terlucut ikatan itu,gaji
yang didapatinya adalah haram dan akan tertalaklah isteri dengan tiga talak jika
lompat parti.Lainlah jika dipecat keahliannya.
Bayangkan bai’ah
yang berbunyi: “Saya Husam Bin Musa
berikrar untuk patuh kepada hukum Allah
dan Rasulnya dan patuh kepada arahan
pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam bahawa
saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi,
wabillahi watallahi sekiranya saya
meninggalkan atau melompat keparti lain dengan kerelaan saya sendiri
setelah terpilih menjadi ahli Dewan
negeri atau Dewan rakyat maka akan
tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, segala
perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elauan ahli Dewan tersebut adalah
haram. Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah wallahi wabillahi
watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan
rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat
dari parti.
Beliau
percaya, tindakan pemecatan keahliannya boleh melucutkan ikatan bai’ah yang
menghantui dirinya.
Pada hemat
penulis perkataan dipecat dari parti
dijadikan sandaran bahawa bai’ah yang mengikat
dirinya akan terlepas dan tidak akan tertalak isterinya dengan tiga talak.
Sebab itu
beliau bertindak menyerang presiden dengan pelbagai tuduhan itu dan ini agar
pas pusat memecatnya.
Husam Musa
berpendirian bahawa pas akan bekerjasama dengan umno, termasuk mentemplek Haji
Abdul Hadi Awang dengan tuduhan yang boleh membuat nama presiden tercalar.
Pendek kata,
beliau kini habis habisan melakukan serangan miskipun sasaran terhadap Haji
Abdul Hadi Awang dan PAS tidak masuk akal, kerana satakat hari ini umno sendiri
tidak tahu menahu akan perihal tersebut.
5 comments:
mengapa nak ubah topik? ... jawab la persoalan YB Husam tu ... sampai sekarang lidah kelu nak menjawab ...
Bukti HA bersekongkol dengan AMNO tapi asyik menafi .... Macam Syiah pulak.
Semakin nyata dan jelas apa yg dikatakan dato husam. Dulu umno kafir sekarang sahabat. Hmmm...
dulu arwah tok guru nik aziz walaupun umno buat tuduhan dlm tv bekenaan balak , arwah minta sprm siasat siap nak bagi satu bilik lagi kt pengawai.. skg klu ckp salah satu, kita kena ikut saluran betuii... dah semace umno..
Kami nk jwpn YA@ TIDAK. ADA @ TAK usaha dan rancgn ke arah ug nga umno. X perlu jwpn berjela-jela...
Post a Comment